Bab 36☁

2.4K 231 35
                                    

🍀

"Sayang nak cuba pakai wedding dress sekali lagi?" tanya Namjoon seraya menarik pergelangan Haemi agar merapat dengannya.

Gadis itu hanya mendiamkan diri sedari tadi. Natalie yang berpeluk tubuh memandang dengan wajah yang tak puas hati.

"Sayang.."

"Kenapa saya nak pakai? Sedangkan bukan saya yang akan jadi bride awak kali ini" jawab Haemi, dia melepaskan pegangan tangan Namjoon lalu melabuhkan punggung diatas sofa di butik baju pengantin tersebut. Mereka ke sini sekali lagi untuk mencari baju pengantin buat Natalie dan Namjoon memilih untuk membawa Haemi sekali.

Namjoon mengeluh perlahan, baru saja dia ingin membuka langkah untuk mendapatkan Haemi, Natalie sudah merangkul erat lengan Namjoon, membantutkan pergerakan lelaki itu untuk seketika.

"Babe, let's go try some tuxedo for you" kata Natalie lalu menarik Namjoon mencari tuxedo. Mahu tidak mahu Namjoon mengikuti kehendak Natalie.

Dia melirik memandang Haemi dari ekor mata. Namjoon ditarik ke ruang tuxedo tanpa dia sempat hendak memesan apa- apa kepada Haemi.

"Kalau tahu macam ni, baik tak payah pergi honeymoon. Balik Korea bukan setakat bawa ole- ole, bawa balik madu sekali!" perli Haemi, sedikit panas hati melihat kemesraan mereka berdua. Kalau mereka buat sembunyi- sembunyi tak apalah, ni depan mata! Sakit tau tak! Argh!

"So, have you think about it?"

Haemi mendongak, wajah Natalie yang sedang masam mencuka sambil berpeluk tubuh dipandangnya tanpa perasaan. Kalau bukan disebabkan permintaan Namjoon untuk temankan dia hari ini, tak adanya dia hadap muka perempuan ni. Menyusahkan!

"About what?"

"Oh come on, you're in pain right? So why don't you ask a divorce from Namjoon?" soal Natalie buatkan Haemi tersentak. Sepanjang dua hari dia tersakiti, dia tak pernah untuk meminta cerai dari Namjoon. Semarah apapun dia, dia masih waras.

"Why would I? He's my husband and I still love him"

"You still love him even you have to shared him with me? Don't you afraid he'll turned his head to me? Broke all his promise towards you and come to me?" soal Natalie berulang- ulang kali. Haemi mengetap bibir, soalan- soalan itu buatkan hatinya yang sedia sakit bertambah sakit. Berkongsi kasih? Itu perkara yang sensitif untuk seorang isteri.

"I've known Joon since we're child. He promise he'll marry me and now he'll do what he said. I think he love me" kata Natalie, cuba memprovok Haemi dengan kata- katanya yang mengguris hati.

Walaupun dia terpaksa menipu, dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Namjoon menjadi miliknya seorang. Tapi yang pertama dia perlu hapuskan Haemi dahulu, dengan cara yang halus.

"If you don't want to get hurt, better just leave him."

Haemi tidak membalas, dia hanya mendiamkan diri. Kepalanya menjadi runsing. Sudah pastinya dia merasa sakit hati, ya perempuan mana yang tak sakit hati bila ketahui dirinya akan diduakan?

...

"Sayang nak pergi mana? Kenapa kemas baju?" soal Namjoon bila melihat Haemi memasukkan baju- bajunya kedalam bagasi. Dia yang baru keluar dari kamar mandi terus melabuhkan punggung dibirai katil. Rambutnya yang basah dia lap menggunakan tuala kecil.

"Saya nak balik"

"Kenapa? Sayang tak nak tunggu sampai majlis tu selesai?" soal Namjoon, tujuannya bukan untuk menyakitkan hati Haemi, tapi alangkah baik kalau dia dan Haemi sama- sama pulang Korea? Nanti apa orang disana nak cakap pulak kalau Haemi balik sendirian?

Mendengarkan soalan tersebut buatkan Haemi memberikan death glare pada Namjoon. Lelaki itu mengangkat tangan, tanda menyerah sekaligus meminta maaf.

"Lebih baik saya pergi dari tinggal disini, lagi menyakitkan hati kalau tunggu lebih lama. Lagipun majlis yang awak hadiri bukan majlis biasa, majlis kahwin awak dan bakal isteri baru awak, daripada berlaku benda tak baik, baik saya pergi" kata Haemi, Namjoon mendiamkan diri. Dia meletakkan tuala kecil diatas katil lalu menarik lengan Haemi buatkan gadis itu berdiri dihadapannya.

"Tolong tinggal sehari lagi untuk saya. Lepas tu kita balik sama- sama, hem?" pujuk Namjoon, Haemi mengetap bibir, Namjoon melingkarkan lengannya pada pinggang Haemi lalu memuncungkan bibirnya.

"Tak boleh, saya dah penat menangis untuk awak Namjoon, hasilnya akan tetap sama. Awak akan kahwin dengan dia.. Saya nak balik.."

"Sayang.." Namjoon memanggil dengan suara yang lembut. Kini dia sudah berdiri tegak dihadapan Haemi, ketinggian gadis itu hanya mencecah bahagian dadanya sahaja. Dagu Haemi diangkat perlahan supaya gadis itu memandangnya.

"Please, bagi saya satu peluang. Saya buat semua ni sebab saya terpaksa-"

"Dan saya pun terpaksa, jadi tolong biarkan saya pergi untuk seketika.." ucap Haemi, laju Namjoon menggeleng tanda tidak membenarkannya. Baru sahaja Haemi hendak mengungkap kata yang seterusnya, dia sudah menarik gadis itu kedalam pelukan buatkan Haemi tersembam pada dadanya yang tak berbaju itu.

Dia tak mahu mendengar banyak alasan lagi dari mulut gadis itu. Dia cuma mahu Haemi tinggal bersamanya, walaupun untuk sehari, walaupun menyakitkan.

"Please, just stay with me.."

.

Ohh i should be running,
Ohh you keep me coming for ya.

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now