Bab 20☁

3K 261 43
                                    

🍀

Namjoon mematikan enjin kereta dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa Haemi dengan kawannya, Jisoo itu. Seatbelt dibuka.

"Awak tunggu sini, saya janji saya tak lama" kata Haemi sebelum dia keluar dari perut kereta, membulat matanya bila Namjoon juga ikut keluar dari kereta dan berdiri disampingnya.

"Nak ikut?"

"Ya , mestilah nak ikut" jawab Namjoon buatkan Haemi ketawa kecil. Macam budak- budak je gaya mereka ni. Haih. Haemi menekan loceng rumah sebanyak dua kali sebelum berdiri tegak untuk menunggu Jisoo membukakan pintu gate mereka.

"Tinggal berdua je ke selama ni?" Soal Namjoon, tubuhnya disandarkan pada kereta seraya dia berpeluk tubuh. Haemi mengangguk perlahan.

"Tak takut?"

"Takut apa?"

"Yalah, sayang tinggal berdua, dua- dua perempuan pulak tu, tak takut ke kena pecah rumah? Sayang mana kuat sangat pun.." balas Namjoon buatkan aku menjelingnya. Aku tunjukkan buku lima aku pada dia, tapi dia seperti perlekehkan aku dengan menjongketkan keningnya. Tangan aku dicapai sebelum diletakkan pada pipi dia.

"Tangan kecil sayang yang comel ni, jentik orang pun tak mampu, tapi terjentik hati saya pula. Tulah saya jadi angau ni.." kata Namjoon buatkan Haemi tampar bahu Namjoon perlahan. Haemi pusing membelakangkan Namjoon. Hadap Namjoon ni boleh gila rasanya!

"Malulah tu.." aku dengar dia berbisik perlahan dan aku dapat rasa bahang di bahagian leher aku. Aku pejamkan mata, eee Jisoo! Cepatlah datang, kang aku robohkan gate ni-

"Ehh Haemi!"

Ahh panjang pun umur kau, Jisoo!

Lebar senyuman Jisoo ketika menyambut aku di luar rumah, pintu pagar dibuka sebelum aku ditarik kedalam pelukannya.

"Ahh aku rindu kau!"

"Aku pun weh!"

Jisoo meleraikan pelukan, dia tundukkan badan tanda menyapa Namjoon yang ada dibelakang aku. Kami beriringan masuk kedalam rumah dan dahi aku berkerut bila nampak sepasang kasut kulit dimuka pintu. Ni, mesti tunang dia ni.

"Tunang kau datang temankan kau?"

"Ya, malam ni je. Esok dia baliklah, ada kerja sikit" jawab Jisoo dan sudah pandang dia lain macam. Sedar akan pandangan aku pada dia, bahu aku dipukul Jisoo.

"Jangan fikir bukan- bukan eah! Dia temankan aku je!" Jawab Jisoo buatkan aku gelak kecil. Selesai melepaskan kasut masing- masing, mereka masuk kedalam rumah dan tunang Jisoo, Minhyuk terus mendapatkan kami dan memberi tunduk hormat.

"Selamat datang, pengantin baru!" Seloroh Minhyuk seraya berjabat tangan dengan Namjoon. Lelaki itu tanpa banyak tanya menyambut huluran tangan Minhyuk.

"Saya naik ataslah dulu, nak pack barang"

"Nak saya tolong?" Celah Namjoon, aku melirik pandang ke Jisoo dan Minhyuk yang sudah tersengih- sengih dari tadi. Laju aku menggeleng.

"Kejap je.."

"Okay kalau macam tu, saya tunggu sayang kat bawah" tutur Namjoon seraya melabuhkan punggung atas sofa bersama dengan Minhyuk. Haemi dan Jisoo laju melangkah naik ke tingkat atas.

"Sayang eah?"

"Diamlah.." balas Haemi. Jisoo sudah gelak besar. Dia capai bagasi besar diatas almari, segala pakaian dikeluarkan dari almari bersertakan buku- buku dan peralatan yang lainnya.

"Aku tengok, suami kau tu kan, gentleman ahh orangnya. Sopan, eich, dia tak tutup pun yang dia sayangkan kau. Sweet lah!" Serentak bantal dibaling kearah Haemi yang sedang menyusun. Hisy, nilah Jisoo ni kalau bab- bab yang sweet miut ni, kelautlah dia!

"Ehh Haemi.."

"Em?" Tanpa memandang Jisoo, Haemi sambung melipat pakaian masuk kedalam bagasi.

"Apa pandangan kau pada suami kau?" Jisoo menyoal sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Haemi mendiamkan diri sekejap sebelum dia senyum sendiri. Pandangan? Pandangan aku terhalang sebab bila aku pandang dia, aku tak nampak apa- apa. Ecing!

"Em, dia macam tulah. Handsome, aku suka tengok dia senyum, nampak lesung pipit. Mencairkan hati aku yang sedia cair ni!" Jawab Haemi sedikit teruja.

"Saya handsome sangat ke?"

Haemi kakukan tubuh, ni mesti dia dah kena perangkap dengan Jisoo ni. Haemi pejam mata sebelum secara senyap- senyap dia sambung balik aktiviti melipat pakaian yang tergendala tadi.

"Sayang.."

Aku dapat rasakan bahang dibelakang badan aku. Sekali lagi, aku pejam mata sebelum bibir aku diketap.

Aku putarkan tubuh aku menghadap Namjoon dan serentak jaraknya yang sangat rapat dengan aku buatkan aku terkejut lalu jatuh atas katil. Sempat tangan aku memaut pada leher dia dan hasilnya, dia jatuh menimpa aku. Wait, MeNimPa AKu?!

"Namjoon.."

"Am i that handsome?"

Soalan Namjoon dan jarak antara wajah Namjoon dan dia serta posisi yang begitu janggal sekarang buatkan Haemi rasa sesak nafas.

"Namjoon-"

"Answer me, am i that handsome?"

"Y- ya. You're handsome a- and my heart melt when i see your smile" jawab Haemi seraya merenung tepat ke anak mata Namjoon. Lelaki itu tersenyum, sedikit terpesona dengan anak mata Haemi. Namjoon rapatkan wajah serta merta wajah Haemi merona merah.

"Wait!"

"What?" Wajah pelik Namjoon bertayang.

"Kerja saya belum siap, c- cakap nak balik awal, kan?" Haemi berkata sebelum memuncungkan bibir pada beg pakaiannya.

"Ahh, okay"

Cup!

Sekilas ciuman di pipi Haemi diberikan oleh Namjoon sebelum lelaki itu berganjak duduk di birai katil. Haemi yang masih kaku diatas katil buatkan Namjoon geli hati.

"You want more?"

"Shut up!"

.

.

Namjoon😍

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now