🍀
"Satu, dua, tanda- tanda banyak persoalan yang terlintas, i wonder how to tell you this, aku malu padanya.." Haemi bernyanyi kecil sebelum dia melangkah keluar dari bilik air tapi sebaik keluar, dia terlanggar pulak dada Namjoon yang sedang berdiri di hadapan pintu kamar mandi.
"Heyyy kenapa berdiri dekat sini?"
"Ahh sorry, saya tak sangka awak akan keluar.." balas Namjoon, langsung tidak rasa bersalah malahan lelaki itu senyum- senyum sendiri.
"Kenapa senyum?"
"Senyum pun salah?" jawab Namjoon, Haemi menjeling, dia berjalan melintasi Namjoon lalu terus ke meja solek. Nasiblah dia dah siap- siap pakai baju dalam kamar mandi, kalau tak, teruk jadinya nanti. Tuala diatas kepala dilepaskan sebelum rambutnya yang basah itu dilap menggunakan tuala kecil.
"Tadi cakap pasal apa dengan mama?" tanya aku dengan perasaan ingin tahu, yalah tadi, bukan main bercerita lagi dia dengan mama bila ketika aku sedang mencuci pinggan didapur. Gelak yang kat ruang tamu tu sampai dapur dengar.
"Mama cerita pasal awak" jawab Namjoon, Haemi mengerutkan dahi, dia putarkan kerusi dan duduk berhadapan dengan Namjoon yang sedang duduk di birai katil.
"Pasal saya?"
"Ya, pasal awak. Waktu kecil, mama cakap awak clingy sangat, sampai tidur pun nak peluk mama. Bila besar peluk bantal peluk, bila dah kahwin, peluk saya pulak.." balas Namjoon sebelum mengenyitkan matanya. Haemi mengemam bibir, dia kembali memutarkan kerusi menghadap cermin.
"Saya suka dengar mama cerita macam tu, saya boleh imagine betapa comelnya awak waktu kecil." ucap Namjoon, Haemi sudah senyum- senyum sendiri. Dia kembali mengelap rambutnya dengan tuala. Dia curi- curi memandang Namjoon dari pantulan cermin meja solek.
"Kalaulah ibu saya masih ada, elok, kan sayang? Boleh cerita pasal waktu kecil saya, gelak ketawa bersama. Saya rindu nak buat semua tu dengan ibu saya.." kata Namjoon perlahan. Terus aku hilang mood nak sambung lap rambut bila dengar nada suara Namjoon yang sedih tu. Haemi letakkan tuala atas meja solek sebelum langkah kaki diatur merapati Namjoon lalu duduk disisi lelaki itu.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awakkan ada saya? Awak ada Mama, awak ada papa? Kalau awak rindu ibu, awak boleh luangkan masa dengan mama saya. Saya sentiasa ada dekat awak, Namjoon, untuk hilangkan kesedihan awak.." bisik aku, pipi dia aku usap dengan satu tapak tangan sebelum aku peluk tubuh dia erat.
"Syhh, awak tak perlulah fikir sangat.. mereka dah bahagia pun diatas sana, apa reaksi mereka kalau mereka nampak awak macam ni?" kata aku pada Namjoon, belakang badan dia aku tepuk. Aku dapat rasakan yang lengannya melingkar pada pinggang aku sebelum wajahnya disembamkan pada leher aku.
"Saya ada Namjoon, saya ada untuk awak.." bisik aku tepat pada telinga dia, aku dapat rasakan yang Namjoon sedang tersenyum, walaupun aku tak nampak.
"Em.. thank you sayang.." bisiknya sebelum leher aku diciumnya. Membulat anak mata aku, disebabkan terkejut aku secara automatik meleraikan pelukan. Dia pandang aku pelik.
"Kenapa kiss leher?"
"Heum.." dia hanya berdehem kecil seraya tersenyum dia pandang aku dengan pandangan redup. Aku ketap bibir, malu ditatap begitu, terus aku berdiri dari tempat duduk sebelum mengipas- ngipas wajah aku dengan tapak tangan. Boleh gila aku macam ni!
"Sayang nak pergi mana?" soalnya lembut.
"Nak ke- keringkan rambut" jawab aku tergagap sebelum aku dengar dia ketawa kecil. Aku biarkan dia disitu sebelum aku langkahkan kaki ke meja solek. Tuala kecil aku capai semula kemudian sambung lap rambut balik.
"Sayang malu ke dengan saya?" soalnya.
Siapa je tak malu Namjoon oi! Kalau awak boleh control kejap lesung pipit dengan muka handsome awak tu, tak adanya saya nak malu- malu macam ni, jawab aku dalam hati.
"Takkanlah sayang nak buat macam ni juga bila honeymoon nanti?" soalnya sebelum wajah aku yang tak panas, tiba- tiba menjadi panas semula. Rasa mahu terbakar pulak dah! Haaa mummy help me!
"Sayang.." panggilnya buatkan aku terkaku sekejap. Aku pandang dia dari pantulan cermin meja solek, dia juga berbuat begitu, dia senyum menampakkan lesung pipitnya sebelum kenyitkan mata.
"Sayang ada prepare something ke untuk saya masa honeymoon nanti?" soalnya seraya smirk kecil buatkan aku rasa macam nak tercekik disitu. Aku gelengkan kepala sebelum mata aku pejamkan aku dengar dia ketawa.
"Sayang ni comelah!"
"Diamlah Namjoon!"
"Yalah, sayang." jawabnya, aku sudah ketap bibir.
"Sayang, jom tidur" ajaknya lembut. Aku diamkan diri, penyikat rambut aku capai sebelum rambut aku sisir biar rapi. Aku berdiri lalu melangkah merapati katil, tanpa banyak kata aku rebahkan badan atas katil lalu selimut aku tarik sampai ke dada. Baru aku hendak pejam mata, ada sepasang tangan yang melingkar di pinggang aku.
"Good night, sayang.." bisiknya.
.
.
Oh my my my!
Oh my my my!
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romantik[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...