Bab 6☁

3.4K 303 45
                                    

🍀

"Ma.. em, inilah Namjoon. Bos Haemi" kata Haemi lalu menghulurkan secawan kopi pada lelaki itu. Namjoon menundukkan tubuh lalu menyambut huluran kopi Haemi untuknya.

"Ahh, ini ke? Kacak orangnya Haemi. Bergaya pula tu. Namjoon kan? Mama banyak dengar cerita pasal kamu dari Haemi ni, anak makcik. Katanya dia suka-"

"Mama.."

Haemi menggoncang lengan ibunya bila Puan Min mula berkata jauh. Namjoon hanya memerhati, senyuman kecil terbit dihujung bibirnya.

"Ya, ke puan? Selalu ke anak puan ni cakap pasal saya? Biasanya dia tak suka dengan saya. Memang benci jadi cinta la tu, kan puan?" Jawab Namjoon. Haemi mengetap bibir, dia larikan pandangan bila lelaki itu menoleh kearahnya. Amboi Namjoon! Kalau dengan aku bukan kemain lagi cakap english please! Piirah!

"Agaknya kalau dah suka, memang macam tu jadinya mungkin. Hem.. Namjoon sukakan anak makcik?"

Wow mama! Terang lagi bersuluh! Jujur sungguh! Haemi ketap bibir lagi, lengan mamanya dia cuit perlahan. Mahu dia lari sembunyikan wajah dalam selimut sekarang! Argh!

"Eomma.. kenapa tanya soal tu?" Bisik Haemi pada mamanya, Puan Min mencubit lengan Haemi lalu memukul paha Haemi.

"Memang saya sukakan dia, Puan.." kata Namjoon perlahan. Terus Haemi terdiam. Dia mendongak memandang lelaki itu, Namjoon senyum simpul. Melebar senyuman Puan Min jadinya.

"Kalau dah suka, baik datang melamar cepat- cepat. Bukan apa, takut nanti dikebas orang, bak kata orang, siapa cepat dia dapat. Tak ke begitu, Namjoon?" Kata appa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Namjoon senyum lagi.

"Itulah tujuan saya datang kesini, pakcik.." kata Namjoon, dia keluarkan satu kotak kecil berisi cincin berwarna baldu merah dari poketnya. Haemi terkedu. Sungguh dia tak percaya, Namjoon benar- benar mengotakan apa yang dia katakan seminggu yang lalu.

Mama memandang aku sebelum tersenyum penuh makna. Dia tepuk paha aku perlahan.

"Saya.. nak jalinkan hubungan lebih dari pekerja dan majikan dengan anak mak cik. Saya berniat nak jadikan anak mak cik, isteri saya" kata Namjoon. Lagi- lagi Haemi mati kata. Dia renung wajah Namjoon dalam. Mahu memastikan yang lelaki itu tidak bergurau dengannya.

"Pak cik suka dengan lelaki macam kamu ni, berani. Walauapapun yang kamu nak, pak cik terima kamu seadanya. Hal itu, kena tanya tuan empunya badanlah, ya?" Kata papa buatkan aku rasa macam nak terbang sekarang ni.

"Haemi, awak nak kahwin dengan saya?" Soal Namjoon tanpa tertahan lagi. Aku ketap bibir, aku pandang mama sebelum pandang papa. Dia angguk perlahan.

"Nak.. saya nak kahwin dengan awak" jawab aku sebelum tunduk memandang karpet yang melekat atas lantai. Wahh bila mama tukar karpet ni? Tak habaq pon!

"Baguslah, tak payahlah majlis besar- besaran Namjoon. Kalau kamu nakkan anak pak cik ni, kahwin terus. Pak cik izinkan"

"Saya akan uruskannya pak cik" jawab Namjoon.

...

"Lancar je cakap bahasa lain selain English" perli aku ketika menghantar Namjoon keluar dari rumah. Aku nampak dia tarik sengih sebelum kedua tapak tangan dia masukkan kedalam poket seluar hitamnya.

"They gonna be my parents, by the way.." jawab Namjoon. Haemi cebikkan bibir, dia berpeluk tubuh.

"Saya ingat awak nak berkenal- kenalan dengan mama dan papa saya dulu"

"Yes, memang macam tu pun pada awalnya. Tapi bila fikir balik, saya nak cepat kahwin dengan awak. Yalah, macam mak awak cakap, benda boleh cepat, buat apa nak lambatkan?" Kata Namjoon, dia lirikan matanya kearah Haemi yang sedang menggosok lengan itu.

"You cold?"

"Aniya, eo, tomorrow I'll send you the file. I already check it twice to make sure there's no error in it." Kata Haemi, Namjoon hanya mengangguk perlahan. Sesampainya mereka di kereta, terus Namjoon sandarkan tubuhnya disitu. Berkerut dahi Haemi jadinya.

"Err.. tak balik lagi?"

Namjoon mendongak, wajah putih bersih Haemi dia renung sejenak sebelum dia menggeleng untuk menjawab pertanyaan gadis itu.

"Awal lagi. I want to spend time with you, with my wife to be" kata Namjoon buatkan wajah Haemi membahang. Dia larikan pandangan dari bertentang mata dengan lelaki itu. Huish, jantung! Cover sikit!

"Esok boleh, kan?"

"For me, there's no tomorrow. If I can, I will marry you tonight.." Namjoon menyentuh lengan Haemi, sebelum tubuh gadis itu dia tarik perlahan, menjadikan jarak mereka sangat rapat. Panahan mata Namjoon, mampu buatkan jantung Haemi mahu pecah.

"Namjoon.."

"Yes, sweetie?"

"Sa- saya nak masuk ni. Nak tidur, dah lewat. Jumpa esok! Selamat malam!" Laju saja Haemi bertutur sebelum secepat kilat dia berlari masuk ke dalam rumah.

Aisy!

.

.

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now