Bab 22☁

2.8K 267 32
                                    

🍀

"Min Haemi?" panggilnya, serentak buatkan aku tersedar dari khayalan, aku kelip- kelipkan mata melihat Namjoon yang sedang berdiri dihadapan meja aku seraya kedua tapak tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Err ya? Do you need something?"

"I need you" ucapnya seraya tersenyum lebar, aku hanya diamkan diri. Namjoon bergerak masuk kedalam ruanganku lalu berdiri dihadapan meja.

"Em, sekarang waktu lunch, temankan saya, please?" ucap Namjoon, Haemi mengemam bibir, dia menjeling pada tumpukan kertas kerja diatas mejanya. Tak siaplah kau hari ni! Hesy, tulah siapa suruh mengkhayal je kerja?

"Tapi kerja saya.."

"Kerja tu boleh buat nanti kan, sayang? Temankan saya lunch, area ni je kalau awak nak cepat balik office." kata Namjoon, aku anggukkan kepala sebelum berdiri lalu berjalan menghampiri meja keluar, namun langkahku terbantut bila dia tahan lengan aku seraya menariknya perlahan.

"Sayang, masih fikirkan hal semalam tu ke?" soalnya dengan suara deep, aku diamkan diri. Memang aku teringat pasal hal semalam, dia cuma cakap je kan? Untuk menyedarkan aku ke? Aku tundukkan wajah, hisy! Aku still tak ready!

"Tak adalah.." jawab aku dan serentak pinggang aku dipautnya dengan satu tangan. Dagu aku disentuh lalu dia dongakkan wajahnya agar memandangnya.

"Janganlah macam ni, saya dah minta awak lupakannya, kan? It's not a big deal-"

"It's a big deal! Saya.. saya cuma takut hubungan awak dan saya renggang disebabkan hal macam ni.." bibir aku disentuhnya lembut.

"Sayang, hidup sebagai suami isteri ni kenalah selalu bersabar, even sesakit mana pun penantian tu. Sayang jangan risaulah, selagi saya masih boleh bersabar, saya sabar. Kalau tak boleh sabar dah.." Namjoon gantungkan ayatnya sebelum merenung anak mataku dalam. Dia senyum, lesung pipitnya terselah.

"Kalau tak boleh sabar dah?" soalku, keningnya terjongket.

"Sayang, faham- fahamlah.." ucapnya separuh berbisik sebelum kenyitkan anak mata. Laju aku larikan pandangan, wajah aku merah dan panas. Argh! Help me!

"Jomlah, kita pergi lunch" ajaknya seraya menarik perlahan tangan aku. Kami beriringan keluar dari pejabat sebelum masuk ke lift, butang berhuruf G ditekan menuju ke Ground Floor. Kat bawah ada restoran, so, nak kalau cepat- cepat balik makanlah kat area terdekat.

"Orderlah.." katanya bila masing- masing sudah duduk atas kerusi. Aku capai menu sebelum membelek- beleknya. Sebenarnya aku tak lapar lagi ni, nak temankan husband makan je.

"Saya tak lapar lagilah, tak ada selera.." kataku seraya meletakkan menu atas meja. Keningnya terjongket, tapak tangan aku yang berada atas meja dia sentuh.

"Kenapa? Sayang sakit?" soalnya. Aku gelengkan kepala tanda tidak, wajah peliknya bertayang.

"Habis tu, kenapa?"

"Tak lapar lagi, awak jelah makan" kata aku lalu kelip- kelipkan mata, dia berdehem perlahan lalu sandarkan tubuh pada kerusi.

"Saya tak makan kalau sayang tak makan" Katanya buat aku terjeda sedikit, dui. Kenapa strict betul Namjoon ni? Suka sangat buat aku rasa nak seligi kepala dia. Degil!

"Yalah, yalah!" balasku, menu makanan aku capai lalu mata aku meneliti senarai makanan yang tertera, semuanya menyelerakan. Air liur ditelan, sekarang aku rasa laparlah pulak! Heii.

"Em.. saya nak order chamchae jjigae (sup pedas ikan tuna) dengan bokumbap (fried rice) jelah!" jawabku, keningnya terjongket. Tangan aku yang memegang buku menu disentuhnya dengan hujung jari.

"Eh? Cakap tak lapar tadi?" soalnya seraya muka peliknya tertayang. Aku hanya sengih lebar, lalu hulurkan buku menu kepadanya.

"Saya pergi order dulu. Awak tunggu sini" kata Namjoon, aku hanya memandang kepergiannya dari ekor mata. Haemi menongkat dagu dengan tangan, Namjoon yang tengah didepan kaunter ditelitinya, masih penuh dengan karisma dan nampak gentleman. Arghhhhhhhhh kenapa handsome betul husband aku ni?!

Haaa, stop, haemi stop! Jangan suka sangat pandang dia macam tu, nanti dia perasan! Nanti tak concentrate! Nanti makin jatuh cinta!, desis Haemi dalam hati. Kepala digeleng- gelengkan, namun masih tak boleh nak hilangkan bayangan wajah Namjoon.

"Sayang?" panggilnya, terus aku dongakkan wajah seraya kelip- kelipkan mata bila pelik dengan kehadiran dia yang tengah duduk dihadapan aku ni.

"Okay tak ni? Tergeleng- geleng, terpegang- pegang kepala. Sakit kepala ke? Saya risaulah dengan awak ni.." kata Namjoon, dahi aku dia sentuh. Nak check suhu badan aku. Kot- kot kesayangan dia ni jatuh sakit ke, mahu tak rindu dia nanti?

"Saya okay, err.. saya cuma suka.."

"Suka apa?" soal Namjoon, tapak tangan aku yang berada diatas meja, diusapnya lembut. Aku ketap bibir.

"Saya suka tengok awak dari jauh, awak nampak.. nampak kacak." ucapku perlahan- lahan buatkan bibirnya serta merta mengukir senyum lebar.

"Kenapa nak pandang jauh- jauh? Dekatkan, boleh? Pandanglah puas- puas, saya dah jadi milik awak pun.." katanya seraya kenyitkan mata. Mahu putus nafas aku disitu. Aku renung mata dia dalam- dalam bila dia tongkat dagu dengan tangan.

Dari mata, hidung dan turun ke bibir. Bila aku terpandang bibir, aku ingat hal semalam bila aku cium bibir dia dan automatik darah merah menyerbu wajahku, merah, panas! Argh!

"Kenapa muka sayang merah ni?"

"Jangan tanya!"

.

.

Okay, ni last update.

Bubai!

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now