🍀
Sejak aku berpindah masuk ke rumah Namjoon, rasa kekok aku makin menjadi- jadi. Yalah, tidur sebilik, yep memang normal untuk suami isterikan? Tapi itu tak normal bagi aku!
Bukan apa, Namjoon ni suka- suka je tukar baju depan aku! Dahlah seksi! Dia ni suka sangat menyeksa jiwa raga aku! Risau aku, kang silap hari bulan aku terterkam dia, ehhhhh. Lupakan, lupakan semua tu! Argh!!!
"Sayang?" teguran dari Namjoon buatkan Haemi sedar dari khayalan, dia jongket kening, pelik dengan aku yang asyik merenung dia tengah buat kerja kot?
"Err, ya?"
"Kenapa senyap je malam ni? Selalunya bising bebel itulah inilah" ucap Namjoon, Haemi hanya tersengih sebelum dia gelengkan kepalanya tanda tak ada apa- apa. Namjoon hanya tersenyum, tangannya lincah menaip di keyboard laptop.
"Sayang bebel-lah, saya nak dengar" ucap Namjoon seraya tersenyum- senyum. Lesung pipitnya terserlah.
"Peliklah awak ni, selalunya orang tak suka kena bebel, awak pula terbalik. Suka kena bebel." balas Haemi, dia melangkah ke sofa di hujung katil lalu melabuhkan punggung disamping Namjoon.
"Kalau kena bebel dengan sayang, tak apalah. Saya suka.." jawab Namjoon seraya mengenyitkan anak matanya. Haemi sudah rasa sesak nafas, dia alihkan pandangan memandang dinding putih yang tak berapa nak menarik tu.
"Kenapa ni? Nak cakap apa- apa ke?"
"Tak adalah.." Haemi meletakkan kepalanya diatas bahu Namjoon. Dia berniat hendak menemani Namjoon buat kerja malam ni.
"Tak ngantuk ke? Kalau mengantuk, tidurlah dulu" kata Namjoon lembut. Haemi menggeleng, Namjoon menoleh sekilas, dahi Haemi dia cium sekilas sebelum dia sambung buat kerjanya semula. Haemi sembunyi senyum, isk, ni yang lemah ni!
"Sayang.."
"Em?"
"Sampai bila nak macam ni?"
"Sampai apa?" tanya Haemi semula dengan dahi yang berkerut. Apa yang sampai bila?
"Sayang tak terniat nak ada baby dengan saya?"
Zzap! Soalan Namjoon buatkan Haemi terkelu, wajahnya merah. Sungguh dia cakap, dia belum terfikir sampai ke situ. Terkebil- kebil Haemi. Dia tegakkan badan, wajah Namjoon yang sedang memandangnya diperhati. Air liur ditelan.
"Baby?"
"Yup, baby. Kenapa sayang nampak cuak ni? Nervous ke?" Kedua pipi Haemi ditekup menggunakan tapak tangan. Wajah merah Haemi buatkan Namjoon senyum lebar. Comelnya ya tuhan!
"Erk err.."
"Sayang tak ready lagi eah?" soal Namjoon, lelaki itu tetap tersenyum, perlahan- lahan bibirnya melekap di dahi Haemi lalu diciumnya lembut. Dia cuma menyoal, tak ada niat pun hendak buat gadis itu rasa serba salah. Soalan tu sensitif, wokay?
"Tunggu sini.."
"Nak pergi mana?" soal Haemi bila Namjoon berdiri dari duduknya. Malunya masih lagi belum hilang. Argh! Kan aku cakap Namjoon ni menyiksa jiwa raga aku?!
"Dapur jap. Nak buat minuman-"
"Tak apa, awak duduk sini. Biar saya buatkan untuk awak" Laju Haemi menawarkan diri sebelum dia hilang disebalik pintu bilik. Tubuhnya disandarkan pada dinding, dada yang berombak kencang disentuhnya.
"Boleh sakit jantung aku kalau hari- hari macam ni.." desis Haemi sebelum langkah kaki dibawa ke dapur. Mug besar berwarna putih dicapai di rak almari paling atas, namun ketinggian Haemi yang hanya sampai celah ketiak Namjoon itu langsung tak terdaya hendak menggapai.
"Aish.."
Haemi terdiam saat ada tangan yang menghulurkan bantuan untuk mengambil mug tersebut. Siapa lagi kalau bukan Namjoon? Selesai mencapai mug, Namjoon tidak terus menjarakkan diri, dia memberikan Haemi back hug dengan lengannya melilit erat di pinggang Haemi. Gadis itu terdiam.
"Namjoon.."
"Sayang lupakan soal yang tadi tu eah? Saya tak nak sayang hilang fokus pada kerja. Teruskanlah macam ni kalau awak rasa lebih selesa.." bisik Namjoon, tepat pada telinga Haemi.
Haemi tidak menjawab, dia leraikan pelukan Namjoon pada pinggangnya, kini dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu. Pipi Namjoon disentuh, renungan mata Namjoon terhadap dirinya dibalas.
"Maaf kalau saya buat awak kecewa. Saya perlukan waktu untuk-"
"Saya fahamlah, sayang.. Jangan kesah sangat pasal ni. Saya tahu awak tak selesa, dan saya minta maaf kalau dah buat awak rasa tak selesa.." bisik Namjoon, jarinya mengusap bibir Haemi yang lembut itu.
"Can I.. kiss you?"
Haemi tidak menjawab, bibirnya diketap sebelum kolar baju Namjoon ditarik buatkan Namjoon menundukkan badan lalu bibirnya melekap dengan bibir Namjoon. Panas wajahnya.
"Huwargh!"
Haemi berlari naik masuk ke bilik. Namjoon tersenyum dan sedikit terkejut dengan tindakan gadis itu.
"why is she so cute?"
.
.
Hey, i'm back just for one day.
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...