🍀
"I think that's all for today, thank you for listening" kata Namjoon, mengakhiri sesi mesyuarat untuk pagi ini. Para pekerja mulai keluar dari bilik mesyuarat satu persatu. Haemi masih duduk di kerusi, menyusun fail dan beberapa kertas kerja miliknya.
"Sayang dah siap?" soalnya, seraya berdiri di tepi aku.
"Em, ya. Kenapa?"
"About this project, kita dah selesaikan separuh daripadanya, means ianya separuh siap. That's mean, kita boleh pergi honeymoon.." bisiknya serentak lengannya melingkar pada pinggang aku. Bibirnya sangat rapat dengan wajah aku dan hampir menyentuh pipi aku. Pipi aku panas.
"Err.. betul ke nak honeymoon?"
"Betulah, awak fikir saya tipu ke? Saya nak ajak awak honeymoon, dekat Melbourne, Australia. My favourite country. About a weeks" katanya selamba seraya menarik tapak tangan aku lalu dia cium.
"A weeks? Tak lama sangat ke? Pejabat siapa nak urus kalau kita honeymoon seminggu?" soal aku, sedikit tidak percaya dengan kata- katanya. Bukan aku tak suka, cuma yang buat aku risau ni, honeymoon apa lama sangat? Namjoon ni suka sangat buat keputusan yang aku sendiri tak jangka!
"Marah ke?"
"Tak marah, saya cuma.."
"Sepupu saya ada, dia boleh tolong tengok- tengokkan. Biasanya saya akan serahkan syarikat ni pada dia sementara kalau- kalau saya nak keluar negara. Sayang ni, perkara macam tu awak tak payahlah risau, saya tahu nak urus macam mana, hem?" kata Namjoon buatkan aku lepaskan keluhan lega. Dia ketawa kecil.
"Boleh tak saya cium sayang kat sini?" soalnya seraya menyentuh bibir aku. Aku jegilkan anak mata buatkan dia ketawa besar. Duh, kelakar sangat ke cik abang? Tak fahamlah aku.
"Sayang masih ada kerja yang nak dibuat, kan?"
"Em, ya. Kenapa?"
"Pergilah buat" arahnya seraya jongketkan kening buatkan dahi aku berkerut.
"Ya, kejap lagi saya nak buatlah ni. Awak nak kemana?" soal aku, Namjoon senyum.
"Kenapa? Awak nak saya temankan awak sambil awak buat kerja ke? Saya boleh je, i'm free today.." bisiknya, cepat- cepat aku kemas barang aku sebelum melangkah menjarakkan diri dari dia. Namun lengan aku kembali ditarik, buatkan aku tertarik lalu berdiri tegak dihadapan dia. Namjoon kenyitkan mata.
"Saya nak kenal awak lebih jauh lagi, Haemi. Saya harap awak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan, jangan sia- siakan peluang ni. Saya sayang dan cinta awak sepenuh hati saya, Haemi.." bisiknya buatkan aku tersenyum. Aku jongketkan kaki, memberikan ciuman sekilas pada pipinya.
"Saya tahu, dan saya cintakan awak juga, Kim Namjoon." ucapku serentak bibirnya melengkung dengan senyuman. Dia renung aku dalam- sedalamnya.
"I love you.."
"I love you moreee" balas aku sebelum kenyitkan mata lalu berlari keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Namjoon senyum- senyum sendiri, tindakan Haemi buatkan jantung Namjoon berdegup kencang.
"ahh how can she be so cute yet so pretty at the same time?" soal Namjoon pada dirinya sendiri.
🍀
"Kamu berdua ni, kenapa datang tak bagitau? Mama tak sempat nak masak apa- apa untuk kamu bila kamu datang secara tiba- tiba macam ni.." rungut mama seraya menarik aku kedalam pelukan. Aku hanya mampu senyum bila mama cakap macam tu.
"Haemi pun tak sangka nak datang rumah mama hari ni, menantu mama tu yang ajak, rindu katanya.." bisik aku pada mama. Yalah, Namjoon tiba- tiba je ajak ke rumah mama hari ni. Dia cakap dia rindu. Em. Suami mithali.
"Laa yeke? Mehlah duduk Namjoon, buat macam rumah sendiri" pelawa Mama sebelum dia peluk kejap Namjoon lalu aku ditarik sekali masuk kedalam dapur bersamanya. Tinggalkan Namjoon bersama papa di ruang tamu.
"Macam mana kehidupan kamu lepas kahwin dengan Namjoon? Semakin baik ke apa? Ehh mestilah dia baik, kan? Takkanlah lelaki macam Namjoon tu sakitkan anak mama ni." tanya Mama sebelum dia jawab sendiri.
"Macam biasa jelah ma. Cuma itulah, haemi rasa macam nak sakit jantung je" kata aku buatkan dahi mama berkerut.
"Eah, kenapa pulak?"
"Yalah, dia selalu buat jantung Haemi ni tak keruan, selalu buat Haemi tak tentu arah" adu aku pada mama. Mama buat muka tak minat nak dengar sebelum dia capai jug nak buat air.
"Ma.."
"Em?"
"Namjoon ajak Haemi pergi honeymoon" kata aku, mama yang sedang membancuh kopi itu memandang aku sekilas.
"Eloklah tu."
"Haemi nak buat apa masa honeymoon tu? Bagilah Haemi tips, mama dah lama makan garam dalam hal perkahwinan ni" kata aku pada Mama.
"Lahh, takkanlah itupun nak ajar? Namjoon tu kan suami kamu? Kamu boleh buat apa sahaja asalkan dia bahagia, tapi ingat, jangan sakitkan hati suami, kerana suami adalah segala- galanya bagi isteri."
"Ya, haemi tahu. Tapi.."
"Haemi malu?"
Aku diamkan diri, jari aku belek- belekkan, malu tu memanglah malu. Tapi aku kena ketepikan malu tu untuk selesaikan masalah ni, tapi macam mana?!
"Haemi nak malu buat apa? Namjoon tu kan suami kamu? Suka sama suka, tak ada batas pun antara kamu dengan dia. Jangan sampai mama turun padang-"
"Eahh buat apa mama nak turun padang pulak!"
"Yalah, dah kamu tak pandai nak pikat suami, nak mama ajar dengan lebih mendalam ke?"
"Ehh tak tak!"
"Dahlah, ni, kopi ni bawa masuk dalam, kejap lagi mama bawa cawan dan roti." arah mama. Aku cuma menurut saja perintah mama dan kopi aku bawa masuk kedalam.
.
.
Muah muah💖
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...