🍀
"Sayang dah siap ke?" Soal Namjoon dari luar kamar mandi seraya membutangkan lengan baju kemejanya. Mereka kena pergi pejabat hari ni, urgent, cuti- cuti tu nantilah.
"Ahh kejap"
Clek!
Sebaik saja Haemi melangkah keluar dari kamar mandi, dia sudah terlanggar dada Namjoon yang sedang berdiri dihadapan pintu tersebut.
"Err sorry.."
"It's okay.." balas Namjoon, lelaki itu tundukkan badan agar sama tinggi dengan gadis itu. Haemi tundukkan wajah, nak elak berpandangan dengan Namjoon. Dagu Haemi disentuh lalu dinaikkan untuk mendongak memandangnya. Namjoon jongketkan kening.
"Wae?"
"Saya.. saya cuma nervous.."
"Nervous sebab apa? Sebab saya ke?" Bisik Namjoon seraya menyelitkan rambut Haemi pada telinga gadis itu. Haemi menggeleng, tanda bukan.
"Habis tu, sayang saya ni nervous sebab apa?" Ucap Namjoon lembut, pipi Haemi dia sentuh menggunakan satu tangan. Anak mata mereka merenung satu sama lain.
"Iyelah, awakkan CEO syarikat tu.. saya pulak hanya PA awak, macam tak logik pula yang kita.."
"Apa yang tak logiknya, sayang? Awak manusia, saya manusia, salah ke saya kahwin dengan pekerja saya?" Soal Namjoon. Kali ini kedua pipi Haemi ditekupnya, geram dengan gadis itu.
"Saya cuma risau.."
"Risau sebab mereka tak dapat nak terima awak as my wife?"
Haemi mengangguk perlahan. Namjoon mengeluh, dia lepaskan pipi Haemi lalu tundukkan wajah, giliran tapak tangan gadis itu pula diraihnya.
"Salah ke kalau saya nak kahwin dengan perempuan yang saya cinta?"
"Bukan salah, tapi-"
"Tapi apa? Saya cintakan awak, Haemi. Bukan mereka. Jadi tak payahlah kesah dengan cemuhan orang, awak dah sah jadi isteri saya, kan?" Bisik Namjoon perlahan sebelum tapak tangan Haemi dia kecup perlahan. Haemi hanya mendiamkan diri.
"Tapi-"
"Tapi apa? Kalau awak terus bercakap macam ni lagi, I'll kiss you hard till you can't breath" Namjoon memberi amaran seraya menyentuh leher Haemi, berura- ura hendak mencium gadis itu. Laju Haemi menekup mulutnya. Namjoon ketawa kecil, dia menggeleng kecil sebelum dahi Haemi dia cium sekilas.
"Jomlah, kita breakfast dulu, lepastu pergi kerja" kata Namjoon, beg yang berada atas katil dicapai sebelum mereka beriringan keluar dari bilik hotel tersebut.
***
Ting!
Kedua mereka melangkah masuk kedalam lift. Haemi rasa tidak selesa sepanjang perjalanan ke pejabat, risau benar dia dengan reaksi rakan sekerjanya. Yalah, bukan dia tidak tahu bahawa ada segelintir rakannya mempunyai hati terhadap Namjoon.
Em, siapa je tak jatuh hati pada Namjoon yang kacak lagipun macho ni? Haemi menggelengkan kepalanya.
"Hey, are you okay, sayang?" Tegur Namjoon bila dia perasan yang gadis itu asyik tergeleng- geleng dari tadi. Risau dia dengan isterinya itu, macam frust je.
"Ahh aniya.."
"Sayang sakit ke?"
"Mana ada.." jawab Haemi bila terasa tapak tangannya diraih Namjoon, lelaki itu menggoyang-goyangkan tapak tangan mereka dan ketika Haemi memandangnya, dia hadiahkan kenyitan mata untuk gadis itu. Haemi larikan pandangan, buatkan Namjoon ketawa kecil.
"Aih, kenapalah awak ni comel sangat?" Bisik Namjoon seraya merapatkan diri dengan Haemi. Pipi gadis itu ditekup, hingga bibir Haemi memuncung.
"Namjoon.."
"Can I kiss you?"
"Now?!"
"Yes, now"
"Wait!"
Ting!
Pintu lift terbuka, beberapa pekerja yang masuk kedalam lift hanya mengukir senyum melihat kemesraan mereka. Haemi menjarakkan diri dari Namjoon, tapi ditarik semula oleh lelaki itu. Sekali lagi Namjoon kenyitkan anak mata bila Haemi menjelingnya.
"Good morning, Mr. Namjoon, Mrs. Kim" sapa salah seorang pekerja seraya menundukkan tubuh. Haemi membalas dengan kepala ditundukkan sedikit.
"Suka?"
"Apa yang suka?"
"Suka jadi isteri saya?" Namjoon berkata, Haemi buat- buat tak dengar. Namjoon naikkan tangannya untuk menyentuh pipi Haemi dan sebelum perkara itu berlaku, Haemi sudah berjalan keluar dari lift sebaik pintu lift terbuka. Namjoon hanya mampu tersenyum melihat tingkah gadis itu.
So cute!
"Hey, wait for me sayang.."
.
.
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...