🍀
"Em, sayang."Namjoon menggosok lengannya sebelum mengalihkan pandangan bila Haemi pandang dia dengan mata bundarnya.
"Kenapa?" soal Haemi, Namjoon berdehem perlahan lalu mengambil tempat disamping gadis itu di birai katil. Lengannya merangkul lembut bahu Haemi buatkan jaraknya dengan gadis itu makin rapat.
"Saya rasa awak tak payahlah kerja sebagai PA saya lagi lepas ni.." kata Namjoon buatkan Haemi membulatkan matanya. Sedikit terkejut dengan ucapan Namjoon.
"Kenapa tak boleh?"
"Lah, kitakan nak ada first baby. Saya tak naklah ganggu sayang, lagipun day by day sayang akan mulai rasa penat. Kan, berat kerja ni?" pujuk Namjoon lembut. Haemi muncungkan bibir. Masih mahu pertahankan kehendak dia.
"Saya akan cari pengganti dan sayang akan pilihkan untuk saya, okay?" kata Namjoon, keningnya dijongket, Haemi pandang Namjoon sebelum dia pandang atas, berfikir seketika.
"Tapi saya nak lelaki bukan perempuan, boleh kan?" pinta Haemi. Namjoon senyum kecil, dia cuit hidung Haemi.
"Anything for you, sayang. Kenapa nak lelaki? Awak risau husband awak ni kena tackle dengan PA perempuan yang baru ke?" soal Namjoon seraya menjongketkan keningnya. Haemi belek tapak tangan Namjoon dengan bibir yang muncung.
"Mestilah saya risau, isteri mana yang tak risau? Awak tu dahlah kacak, manly pulak tu. Perempuan mana yang tak terpikat?" ujar Haemi sedikit memuji buatkan Namjoon tersenyum lebar, dia tarik wajah Haemi lalu kecup pipi gadis itu lama. Ya tuhan, comel sangat!
"Sebab tulah awak terpikat, kan?" bisik Namjoon, Haemi buat muka buatkan Namjoon ketawa kecil. Namjoon membaringkan tubuhnya diatas katil, tangannya perlahan- lahan menarik Haemi untuk ikut sama berbaring disamping namun gadis itu menggeleng.
"Wae?"
"Saya nak masuk dapur ni, nak masak makan malam, saya lapar. Awak tak lapar?" soal Haemi, lengan Namjoon dia tepuk perlahan. Lelaki itu mengiringkan tubuhnya agar berhadapan dengan Haemi.
"Saya boleh order delivery food kalau sayang nak. Lagi cepat.."
"Tapi tak sihat" balas Haemi. Namjoon cuma senyum, dia jadikan lengannya sebagai bantal.
"Hem.. okaylah, pergilah. Saya nak rehat kejap. Kejutkan saya bila awak dah siap masak." ujar Namjoon, Haemi mengangguk sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
...
"Ma, kenapa tak cakap nak datang? Saya boleh ambil" kata Namjoon seraya menyalami ibu Haemi sebelum ayah Haemi. Mereka hanya tersenyum.
"Alaa tak apalah, lagipun mama dah lama tak kesini. Nak bagi surprise sikit." kata eomma lalu melabuhkan punggung diatas sofa. Dia kenyitkan mata pada Haemi buatkan dahi gadis itu berkerut.
"Ma minumlah teh sementara masih panas" tawar Haemi, eomma hanya menurut sebelum kembali mendiamkan diri. Namjoon yang duduk ditepi Haemi hanya melirikkan matanya sekilas sebelum tapak tangan gadis itu dicapai lalu digenggam. Bibirnya tak lengkang dengan senyuman.
"Eomma tak tahu pun kamu berdua dah balik, eomma tahu pun dari Jisoo.." kata Eomma lalu meletakkan cawan tehnya diatas meja.
"Ahh, saja nak balik awal. Haemi yang nak balik cepat, rushing sikit tulah lupa nak bagi tau eomma. Em, Jisoo ada bagitau mama apa- apa ke?" tanya Haemi, dia cuma tak mahu eomma mengetahui perihal kandungannya dari orang lain. Dia nak bagitau eomma sendiri.
"Tak ada, eomma jumpa dia pun dekat supermarket kelmarin. Kenapa?" kata eomma. Haemi pandang Namjoon yang duduk tenang disampingnya sebelum tersenyum.
"Pa, ma. Haemi.. em. Haemi mengandung, seminggu.." kata Haemi perlahan serentak buatkan kedua orang tua tersebut mengeluh lega dan mengucap syukur.
"Ya tuhan, baguslah macam tu, Haemi sayang." kata Eomma dan mereka tersenyum antara satu sama lain. Haemi mengangkat punggung lalu melangkah ke eomma. Dia memberikan aku sebuah pelukan tanda gembira yang tak terkata diikuti dengan appa.
Heu.
"Lepas ni tak payah nakal- nakal dulu, tahu kan pantang larang dia?" kata Eomma, aku anggukkan kepala dan melirikkan pandangan pada Namjoon yang sedang tersenyum. Haa dengar tu! Bila dia sedar aku tengah pandang dia, Namjoon kenyitkan mata sebelum ketawa kecil.
Dia melangkah keluar rumah dengan appa untuk berbual- bual dengannya.
Heuh. Kenapalah Namjoon handsome sangat walau dilihat dari belakang?
.
↪☆☆☆↩
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...