🍀
"Uwahh!"
Sebaik sampai di bilik hotel, benda utama yang aku hampiri ialah katil. Disitu aku hempaskan tubuh aku, wahh nikmat dia tu, tak boleh aku nak kabo!
Nikmat dia tu sampai aku lupa yang Namjoon sedang mengangkat 2 buah bagasi tanpa pertolongan aku! Ha! Aku duduk bersila diatas katil ketika Namjoon masuk kedalam bilik lalu meletakkan bagasi di sudut bilik.
"Maaf tak tolong, saya excited sangat" kata aku lalu pandang dia dengan pandangan innocent. Namjoon membalas dengan senyuman saja, dia lepaskan jaket kulit hitam yang dia kenakan hingga tinggal t-shirt hitam. Dia hampiri aku lalu duduk di birai katil untuk membuka stokin-nya.
"Sayang suka bilik ni?" tanyanya.
"Eah, mestilah suka!" jawab aku sebelum tersenyum lebar. Aku pandang sekeliling bilik, besar, cantik dan selesa. Ketika aku scan setiap penjuru bilik tu, mata aku terhenti pada satu tempat, balik- balik aku pejam celik mata untuk pastikan bahawa yang aku lihat ialah benar.
"Namjoon.." aku tarik hujung lengan baju Namjoon untuk mengadu. Dia tolehkan kepala memandang aku sebelum mengesot menyandarkan diri di papan katil.
"Ke- kenapa kamar mandi transparent?" soalku buatkan dia memandang ke kamar mandi. Dia terdiam seketika sebelum ketawa kecil.
"Entahlah sayang, saya tak perasan pulak yang kamar mandi th lutsinar.." jawab Namjoon seraya tersenyum nakal. Aku pukul bahu dia.
"Buatlah sesuatu, Namjoon.."
"Nak buat apa sayang? Dah itu yang dia beri, terimalah dengan hati terbuka. Lagipun bukan orang lain nampak kan? Saya juga.." katanya separuh memujuk. Dia capai tangan aku sebelum dibeleknya. Aku muncungkan bibir.
"Tapi saya tak selesa.."
Hidung aku dicuit bila aku dongakkan wajah, makin panjang muncung aku jadinya. Namjoon tersenyum, dia tarik aku rapat dengan dia sebelum kepala aku dia sandarkan pada bahu dia.
"Cubalah belajar sesuaikan diri untuk suami awak ni, sayang. Kalau selamanya macam ni, nanti saya kempunan-"
"Ish!" aku siku perut dia, meletus ketawa Namjoon.
"Kalau sayang tak selesa, kita mandi sama- sama, barulah kurang sikit rasa tak selesa sayang tu" saran Namjoon buatkan muka aku merah padam. Nak mandi sama- sama? Minta simpang! Silap hari bulan aku lari ikut tingkap kamar mandi!
"Eum.."
Bahu aku diusapnya lembut, dahi aku diciumnya. Entahlah, aku suka bila Namjoon manjakan aku macam tu, aku rasa tenang dan aku rasa selamat. Hem.
"Malam ni sayang nak pergi mana- mana ke?" soalnya dengan suara deep. Aku gelengkan kepala, tangan dia aku belek, kekarnya!
"Saya nak rest je malam ni. Dengan awak, awak kan penat? Takkanlah nak jalan lagi?" kata aku. Dia berdehem kecil.
"Sayang nak rest je malam ni?" ulangnya. Aku angguk. Tiba- tiba dia angkat dagu aku menggunakan tangannya, buatkan aku memandang tepat ke anak mata dia. Dia tersenyum.
"Sayang betul- betul nak rest je malam ni?" soalnya seraya menekankan perkataan rest. Aku tetap anggukkan kepala walaupun dalam keadaan ragu- ragu. Tanpa sempat aku hendak berkata- kata, dia rapatkan wajahnya supaya seinci rapatnya dengan aku. Aku kehilangan kata- kata. Dia diamkan diri, begitu juga aku.
Dengan jarak yang seperti itu, aku boleh rasakan deru nafas dia pada pipi aku, wangian dia, sentuhan dia buatkan aku rasa sesak nafas dan tak keruan.
"Namjoon-"
"Ahh, saya busuk,kan? Saya mandi dululah, make sure sayang tutup mata.." kata Namjoon sebelum hidung aku dicuit lalu jarakkan dirinya dari aku. Argh! Boleh tak jangan buat aku tak keruan, Encik Suami Oi!
Namjoon no, please comeback, awak tak busuk!, desis aku dalam hati bila aku pandang belakang badan dia. uish gila! Apa aku merepek ni? Bongok! Bongok!
"Sayang!" panggil Namjoon dari kamar mandi. Disitu aku nampak dia sudah half naked seraya melambai- lambaikan tangannya kepada aku. Terus muka aku merah padam dan aku sembamkan wajah aku pada bantal.
Hah, habislah kau Haemi!
.
.
Namjoon nakal en?
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...