🍀
"Selamat pagi, Cik Haemi" sapa Nara seraya membongkokkan badan. Haemi senyum kecil lalu melangkah menuju ke lift. Baru beberapa langkah hampir memasuki lift tersebut, Haemi berhenti. Kejadian didalam lift masih lagi mengacau emosinya.
Haemi memeluk fail hitam erat- erat. Dia berpeluh sejuk, Haemi mengundur perlahan sebelum tubuhnya bersentuhan dengan sesuatu. Bau minyak wangi maskulin seseorang buatkan Haemi mengetap bibir.
"Kenapa tak naik lagi?" Soal suara garau tersebut, siapa lagi kalau bukan encik dingin, Kim Namjoon. Haemi memutarkan tubuh seraya menggeleng kecil.
"Err, ani.. saya-"
"Trauma?" Soal Namjoon dengan suara husky. Haemi hanya mengemam bibir. Namjoon menekan butang lift ke tingkat 7, pintu lift dibuka dan dengan perlahan, lengan Haemi dia sentuh perlahan lalu mereka bersama- sama memasuki lift tersebut.
"Nothing to scared, I'm here for you" bisik Namjoon, pintu lift tertutup dan baru tingkat ke 3, pintu lift terbuka lagi. Dua orang lelaki melangkah masuk kedalam lift, menjadikan Haemi berdiri di tengah- tengah manusia bernama lelaki tersebut. Haemi mulai berpeluh sejuk lagi. Untuk ke sekian kali, bawah bibirnya digigit.
Dalam dia rasa gemuruh itu, terasa tapak tangannya digenggam perlahan sebelum tubuhnya ditarik ke samping. Pinggangnya dipeluk dan tanpa berkata apa- apa, Namjoon melirik sekilas ke arah Haemi.
"What are you doing?"
"Taking care of what resemble mine. It's a problem to you?" Bisik Namjoon. Haemi terdiam. Dia merenung wajah Namjoon dari samping, sungguh dia kata, Namjoon memang kacak bila dipandang dari tepi. Bibirnya diketap bila pelukan di pinggangnya dieratkan hingga menjadikan jarak wajahnya sangat hampir dengan lelaki itu.
"Namjoon.."
"Em?" Namjoon menoleh, mereka bertatapan antara satu sama lain. Wajah Haemi membahang dan tanpa Haemi sedar. Wajahnya perlahan- lahan bergerak lalu dengan secepat kilat dia kecup pipi Namjoon, buatkan mata lelaki itu membulat.
"Haemi.. what are you-"
"Saya tak tahu! Saya minta maaf!"
Ting!
Sebaik lift terbuka, laju saja Haemi berlari keluar dari lift. Meninggalkan Namjoon yang masih lagi syok dengan perkara tersebut. Seketika kemudian, bibirnya melakar senyuman kecil menampakkan lesung pipitnya.
"Haemi.. please don't play with my heart"
...
"Em, this is your schelude for tomorrow, it include a meeting with Mister John, Dinner with Jackson and signing a contract with that japanesse client. Em.. i think, that's all for tomorrow. You want me to add anything?" Soal Haemi, sedaya upaya dia elak dari berpandangan empat mata dengan Namjoon.
Namjoon yang sedang duduk di atas kerusi meja kerja itu merenung gadis itu sejenak sebelum ball pen dia capai dan buka penutup pennya.
"Nothing.."
"Oh, okay. I guess, that's all for today-"
"Could you please come here for a moment?" Kata Namjoon seraya mendongak. Haemi menelan liur sebelum dengan terpaksa, dia bawa langkah kaki menghampiri Namjoon, lalu berdiri disamping lelaki itu.
"Wanna spend time together with me today, sweetie?" Soal Namjoon, dia letakkan pen atas meja sebelum kerusi dia putarkan menghadap gadis itu. Haemi menggeleng perlahan.
"Err, today?"
"Yep, today. Maybe, we can go lunch together?" Cadang Namjoon, sebelum dia berdiri tegak dihadapan Haemi. Gadis itu mendongak, ketinggian Namjoon buatkan lehernya menjadi lenguh nak mendongak lama- lama.
"Err now? I don't think so, cause this is not a lunch hour-" Haemi memandang jam tangan di pergelangan tangannya. Kata- katanya terbantut bila Namjoon merenungnya sebelum merapat buatkan Haemi tersepit antara meja dan Namjoon.
"Is that a problem? I just wanna be with you all the time. Sooner or later, you'll be CEO Kim's wife, my wife. So, what's the matter? I can't have you?"
"No, bukan macam tu. Saya cuma-"
"Cuma apa?"
Namjoon merapat hingga bibirnya hampir menyentuh bibir Haemi. Laju saja Haemi menahan, sungguh dia cakap. Namjoon ni, kalau di biar lama, makin menjadi- jadi pulak nanti!
"Ya.. ya, ya! Saya faham. Let's go have some lunch together" kata Haemi dan serentak itu, senyuman Namjoon melebar lalu tanpa amaran, dia tarik lengan Haemi keluar dari pejabat.
"We should plan something for our married.." bisik Namjoon seraya mereka beriringan masuk kedalam lift. Tangan Namjoon yang masih memegang lengan Haemi terus beralih memegang tapak tangan Haemi pula.
"Like what?"
"Like a babies's name-"
"Uhuk! Uhuk!"
Haemi tersedak air liur sendiri. Woii! Lenyapkan aku sekarang woii!
.
.
Baam!
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...