🍀
Joonie💜+good morning, my bride💕
Aku tersengih bila terbaca mesej dari Kim Namjoon 10 minit yang lalu. Disebabkan aku tengah kena touch up oleh mak andam nini, jadi automatik phone aku tak sentuh. Aku dongakkan kepala bila mak andam Nini aku nak calitkan lipstick merah lembut pada bibir aku.
Cucuk sanggul berbentuk bunga dikemaskan lagi oleh wanita itu, dia tersenyum bila melihat hasilnya. Bahu aku ditepuk, lantas aku mendongak memandangnya melalui pantulan cermin. Dia tunjukkan tumbs up.
"Saya pergi dululah, nanti kalau ada apa- apa atau make up awak rosak ke, saya betulkan nanti. Okay, get to go! Bye!" Katanya riang sebelum melangkah keluar dari bilik hotel tersebut. Hari ini, seawal jam 3 dia dikejutkan sebab kena berangkut ke Hotel.
Hem..
"Haemi dah siap ke? Kejap lagi nak mula dah upacara ni" ucap Eomma seraya menolak daun pintu bilik hotel tersebut. Perlahan-lahan dia melangkah merapati aku lalu bahu aku disentuhnya. Aku nampak bibirnya menaik mengukir senyuman kecil dari pantulan cermin.
"Nervous?"
"Em.." jawab aku, tapak tangan eomma aku capai lalu genggam perlahan, huish ketara sangat yang aku gemuruh. Yalah, tapak tangan eomma lagi panas dari aku. Sejuk!
"Haemi happy tak?"
"Ehh mestilah happy eomma.." balas aku. Eomma senyum lagi, dia tekup kedua pipi aku dengan tapak tangannya.
"Eomma pun happy, yalah, anak dara tunggal eomma ni nak jadi isteri orang dah." Kata Eomma buatkan aku jadi sebak. Perkataan anak dara tunggal itu buatkan aku rasa something, aku anak tunggal. Tapi, takkanlah selepas ni aku kena tinggalkan eomma pula?
"Eomma.."
"Hem?"
"Haemi janji takkan tinggalkan eomma.."
"Lah? Sampai kesitu pulak, Haemi takkan tinggalkan eomma, pergi jauh pun, masih tetap berpijak pada bumi kan?" Kata Eomma, dia senyum lagi. Kali ini dia tarik perlahan tapak tangan aku, meminta aku untuk berdiri.
"Dahlah, jom, ramai orang dah tunggu kat luar tu. " eomma menggosok bahu aku lalu kami beriringan keluar dari bilik tersebut. Susah payah aku berjalan dengan dress putih yang kembang tu.
Butang lift bernombor 4 ditekan dan sebaik sampai disana, appa sudah menunggu, ohh tinggal aku yang kena tunggu pulak.
Emcee majlis mengumumkan ketibaan pegantin perempuan dan kesemua hadirin yang hadir diminta untuk berdiri, pintu gerbang utama dewan dibuka, disitu aku berjalan diatas karpet merah diiringi oleh appa. Bawah bibir aku ketap, aku tak berani nak dongakkan wajah, tak tahulah kenapa. Argh!
Sesampainya dihadapan tangga altar, appa melepaskan pegangan tapak tangannya pada aku lalu berbisik perlahan, jaga diri, itu katanya. Sekali lagi aku rasa nak nangis. Heeeee aku bukan nak pergi mana- mana pun! Hish, ni yang lemah ni!
"Sweetie, can I hold your hand?" Pertanyaan dari seorang lelaki buatkan aku terkaku. Serta merta aku dongakkan wajah, yang aku nampak adalah Namjoon, dengan tuxedo hitamnya dan dia nampak.. kacak.
"Ye- yes"
Aku hulurkan tangan dan Namjoon menyambutnya dengan lembut dan perlahan. Aku nampak dari ekor mata yang dia sedang tersenyum kecil.
"Relax sweetie, this won't take long time. I'm gonna hold you in case if you faint here.." bisik dia seraya ketawa kecil. Aku hembus nafas, ingin rasanya hendak kusiku Namjoom sekarang ni. Eeeee!
"Boleh saya mulakan sekarang?"
"Yaa, silakan"
"Kim Namjoon, adakah anda bersetuju untuk menjadi suami kepada Min Haemi? Menjaga dan bersama dengannya walaupun ketika dalam susah?"
"Ya, saya bersetuju" tanpa berfikir panjang, Namjoon menjawab soalan lelaki tersebut.
"Min Haemi, adakah anda bersetuju untuk menjadi isteri kepada Kim Namjoon? Menjaga dan bersama dengannya walaupun ketika dalam susah?"
Haemi menarik nafas lalu menghembusnya. Tapak tangan Namjoon yang sedang menggenggam tapak tangannya terasa semakin erat.
"Sa- saya bersetuju"
"Two of you now are officially married, you may kissed the bride"
Namjoon ketawa sebaik dia toleh kearah aku, tak tahulah kenapa aku hari ni gelabah teruk sangat. Semalam tak pon!
"Kiss! Kiss! Kiss!"
Sorakan dari para penonton buatkan perasaan gemuruh aku makin kuat. Tika itu aku rasakan yang dagu aku disentuh dan secara perlahan Namjoon mendongakkan wajah aku agar memandangnya. Pandangan mata kami bertaut.
"You scared?"
Aku tidak menggeleng mahupun mengangguk. Bodoh! Bodoh! Haemi bodoh!
"Sayang, it's alright. I'm not going kiss you on your lips.." bisiknya.
"Then, where will it be-"
Haemi mendiamkan diri. Terasa dirinya terkena kejutan elektrik bila bibir Namjoon mendarat pada dahinya. Serentak lensa kamera menyorot detik- detik tersebut. Dengan gerakan melambat Namjoon menjarakkan dirinya.
"Orang kata, ciuman di dahi menandakan yang kita betul- betul sayang akan seseorang itu. Did you feel it, my love?"
Aku ketap bibir, wajah kacak Namjoon aku teliti dari dahi hingga ke bibir. Aku angguk kecil.
"I love you-"
"I love you more.." balas Haemi buatkan Namjoon senyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Namjoon mengangguk perlahan.
"I'm happy that you admit"
Namjoon berbisik perlahan sebelum pipi aku dicuitnya perlahan.
Argh! Aku tak kuatlah dengan Namjoon ni!
.
.
😣
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...