🍀
12.03 A.M
Haemi's bedroom."Hani tak nak tidur ke?" Haemi menyoal seraya membetulkan selimut yang membaluti tubuh kanak- kanak perempuan tersebut. Hani menggeleng kecil, tapi matanya mulai kuyu sedikit demi sedikit.
"Kak mimi tak on- call dengan Namjoon oppa ke?" Soal Hanim, sepupu aku yang 4 tahun muda dari aku. Biasalah, kalau ada keramaian, akan penuhlah bilik sebab sepupu- sepupu datang nak tidur satu malam. Malam ni pun, ada Hani, Hanim, Dara, Jina, Aira dan Hyunee. Semua sepupu sepapat aku yang muda- muda dari aku.
Haemi kerutkan dahi.
"Buat apa nak call? Esok, kan jumpa jugak? Dah tidurlah" Haemi mengarahkan remaja lepasan sekolah itu untuk tidur. Hanim dan Jina dah lepasan, Hani, Dara, Aira dan Hyunee pula masih sekolah menengah. Nak bagi mereka biasa tidur awal.
"Namjoon oppa tu hansome- lah Kak Mimi.." puji Jina, patung Kuma berwarna coklat dia capai lalu peluk. Haemi hanya mengangguk perlahan, Namjoon tu memang hensem, ceh!
"Sweet pulak tu.."
"Tinggi pulak tu, aish! Pokoknya memang idola-lah! Kak Mimi memang pandai cari calon suami!" Puji mereka. Haemi hanya tersengih- sengih, cari ke kutip? Eh! Eh! Dah dapat tu kira bersyukurlah, kan?
"Bagi tahulah apa rahsia Kak mimi.."
"Eii rahsia apanya! Kak mimi tak ada rahsiakan apa- apa" jawab Haemi, baru je kepala dia hendak mencecah bantal, phonenya sudah berdering tanda ada orang call. Laju Haemi mencapai phonenya yang terletak atas meja lampu.
Incoming call from
Joonie💜..."Woah! Bakal suami kak mimi call!" Terus mereka duduk berkerumun diatas katil ditepi aku, mata mereka berseri- seri.
"Jawablah kak mimi!" Desak mereka, hingga lengan Haemi digoncang.
"Kejaplah, tapi janji jangan bising, tau?" Kata aku pada mereka, laju mereka mengangguk. Haemi menarik nafas sebelum jarinya menggesel butang hijau and sekaligus tergesel pulak speaker. Dengan penuh teruja mereka makin merapatkan diri pada diri aku, naik semput aku jadinya.
Mulanya hanya terdengar bunyi nafas Namjoon dan bunyi zzrt. Mungkin dia on-call aku dalam keadaan berbaring, kan?
"Bakal isteri saya ni.. tak tidur lagi?"
Soalnya buatkan Jina dan Hanim yang duduk paling hampir dengan aku laju memukul- mukul lengan aku. Mereka lagi teruja dari aku sendiri!
"Err.. belum lagi, tapi saya baru je nak baring. Kenapa call saya, ni?" Tanya Haemi, bawah bibir diketap. Kenapa aku nervous betul ni? Walhal dia bukannya duduk depan aku pun! Haa Haemi! Bebudak ni punya pasallah!
"Saja je.. bakal suami awak ni, rindu katanya.."
Serentak bibir aku tersenyum lebar. Lengan aku habis dicuit, dipukul lalu dipijit- pijit oleh mereka- mereka ni. Hanim sudah tewas dibelakang, manakala yang lainnya sudah tersenyum lebar.
"Kan, kita baru jumpa?"
"Em.. ya, saya tahu. Sayang, saya rasakan, ada something yang tertinggal kat tempat awak. Sayang ada nampak apa- apa tak?"
"Rasanya tak adalah, lagipun awak tak keluarkan apa- apa dari kereta, tadi.." jawab Haemi dengan dahi berkerut, hatinya berdebar acap kali Namjoon memanggilnya dengan panggilan sayang. Kenapa weh?! Huh!
"Saya tinggalkan hati saya pada awak tadi.."
"Hurm! Ehem! Uhuk! Uhuk!"
Haa mulalah mereka nak menyakai kat belakang tu, habis patung dan bantal bertaburan atas lantai kerena dibaling oleh mereka.
"Kak mimi kami keluarlah dulu! Sambunglah dengan kesayangan Kak Mimi tu!" Jina dan Hanim menyakat sebelum mengekek- ngekek ketawa sambil keluar bilik, Hani yang baru hendak tidur tu mereka tarik keluar. Heee, dua orang tulah yang paling kuat menyakat.
"Sayang dengan siapa tadi?"
"Err sepupu saya, mereka tidur sebilik dengan saya malam ni, kan esok nak tolong majlis kahwin tu.." jawab aku, pipi aku, aku gosok perlahan.
"Ohh.. malam ni, sayang tidur sebilik dengan sepupu sayang. Esok, sayang tidur sebilik dengan saya pulak.." meleret- leret nada suara Namjoon, kedengaran manja sebelum dia ketawa besar dihujung talian.
"Eeee!"
"Haaa sayang fikir apa tu?"
Soal Namjoon dengan sisa ketawanya. Haemi mengetap bibir, pipinya mulai panas semula.
"Boleh tak jangan fikir yang bukan- bukan?"
"Ehh fikir apanya? Saya cakap tidur sebilik dengan saya je, bukan buat apa- apa pun. Sayang fikir apa tu?" Sakat Namjoon buatkan Haemi mengetap bibir lagi. Heee kalau depan mata ni, habis kena bebel!
"Diamlah!"
"Sayang yang pervert"
"Cis.."
"Sayang ready tau esok?"
"Esok? Huhuh kenapa dengan esok?" Balas Haemi, mahu buat- buat lupa.
"Readykan diri awak untuk jadi isteri saya, bukan lagi bakal isteri, tapi isteri sah kepada Kim Namjoon, CEO macho awak ni"
"Eee perasannya!" Haemi membalas bibirnya tidak lengkang dengan senyuman.
"Sayang.."
"Em?"
"Can I call you sayang from now? Even after our marriage?" Soal Namjoon. Haemi mendiamkan diri, dia berdehem kecil, tanda ya.
"Sayang.."
"Y- ya?"
"I want to stay like this with you, forever. I like to call you sayang. You're so soft and cute. That's why wanna marry you, you're different-"
"No, you're different"
"Thank you for appreciate me, sayang.."
"Em.."
"Goodnight, sweetie"
"Goodnight, too. Namjoonie"
Tutt!
.
.
.
Huffff
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...