Arisya POV
" Weyh korang, aku dah siap tulis surat untuk dia." "Meh sini aku baca sikit... Wahh hebat la kau. Eh Sya asal kau letak nombor telefon kau?" haish Mimi ni kadang-kadang dia ni terlampau blur sampai macam nak mintak kaki pun ada. " Takkan la nanti kitaorang kena balas surat je. Nanti dia ingat aku ni dari zaman kuno pulak dah." "Oh haah kan. Hehe lek luu" Mimi ni kalau dia dah sakitkan hati orang, dia mesti akan ceriakan orang tu balik. Haih nasib kau ni kawan aku.
Selepas tamat kelas
" Weyh tu Farish. Biar aku bagi surat tu sebab aku ni kan dia tak cam sangat." kata Balqis.
"Haa okey. Kau cakap yang bagi tu junior kita. Secret admire lah kata koo." hahaha tak sabar nya aku nak game dia?!?!
Balqis pun mainkan peranan dia. Tapi asal muka Farish tu macam marah je. Eh eh sekarang senyum-senyum pulak. Ah sudah mamat ni. Apa kena.
" Mision complete" kata Balqis sambil tersenyum bangga. "Ni baru sikit bro, lek lu banyak lagi." kami pun ketawa kecil.
**********************************
Farish POV
'Haa ni mesti si Arisya la ni. Haha. Arisya..Arisya . Bersungguh-sungguh betul kau nak bals dendam dekat aku ni. So sweet. Kau ni dah kenapa Farish, sawan dah eh. Angau sangat dengan Arisya tu' kataku didalam hati.
Aku pun membaca surat yang diberi oleh Balqis.
SELEPAS BEBERAPA MINIT MEMBACA
'Hahaha. Tak sangka kau ni se'sweet' macam ni. Eh eh ada nombor fon lagi. Ni mesti Arisya punya. Try sms la'
To my secrey admire:
Hai awak. Saya dah dapat surat daripada awak dah petang tadi.
Aku menekan punat send.
Arisya POV
Siapa pulak yang hantar mesej tengah malam macam ni.
From unknown:
Hai awak. Saya dah dapat surat daripada awak dah petang tadi.
OMG!!! Dia hantar mesej la! Kena bagitahu Mimi dengan Balqis ni.
"Balqis!! Mimi!!"jerit ku yang sudah serupa orang otak senget .
"Kau ni dah kenapa jerit tak tentu pasal panggil kitaorang" kata Balqis dengan nada agak marah. "Haah kau ni Sya, nasib fon aku tak tercampak tadi. "
"Rilek sis, benda boleh bawa bincang. Hehe. Ni haa kita dah ada respons."
"Maksud kau Farish eh?" tanya Mimi yang masih lagi blur. "Iyo lah Mimi oii. Kau ni asyik lambat pickup je la" jawab Balqis yang sudah menyirap dengan perangai Mimi. "Hehe. Haa Sya apa cite?"
"Haih korang ni. Tengok ni." "Nampaknya berjalan lancar" kata Balqis."Kejap aku nak balas"
To Farish:
Hai jugak. So macam yang saya cakap lah, saya minat awak dan saya nak kenal awak dengan lebih dekat.
Dan send.
From Farish:
Boleh je nak kenal. Lagipun saya dah biasa ada peminat macam awak ni.
Eeuww. Dia? Siapa je la yang minat dia. Kalau la siapa yang minat dia tu tahu perangai sebenar dia. Mahu tak menyesal seumur hidup.
To Farish:
Haha. Yelah kan saya ni siapa je kalau nak dibandingkan dengan peminat awak yang lain tu. Mereka mesti cantik kaya kan?
Beberapa saat kemudian dia pun membalas....
From Farish:
Memang diaorang tu cantik dan kaya pun tapi tu tak penting. Ok lah saya nak tidur dulu. Bye Sweet dream.
Wahh memilih jugak kan Farish ni. Ingatkan orang macam dia ni nak pendamping yang perfect dimata manusia je.
To Farish:
Ok Bye. Sweet dream to you too.
And send...
**********************************
Ok I know this episode kinda a little bit boring but don't worry sebab ni baru sikit. Ade banyak lagi yang menarik kisah mereka ni. Just keep reading and vote this story okey?? So enjoy it!!
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...