Bab 27

9.2K 401 1
                                    

Farish POV

Setelah majlis resepsi Balqis dan Afiq berakhir, aku menghantar Arisya pulang ke rumahnya. Tapi aku melencong ke tempat lain atau dalam lain kata 'DATING'!! Sepatutnya Arisya balik dengan keluarga dia tapi aku bagi alasan yang aku nak ruang bersama bakal isteri aku.

"Nak pergi jumpa tak budak yang awak suka tu?" tanyaku sambil memandu.

"Budak yang saya suka?" kata Arisya dengan hairan. Haii migrain ke cik adik oii?

"Iye lah. Budak yang kiut-miut yang jealous awak dengan saya tu!" kataku.

"Owhh!! Ara! Nak nak! Rindu budak tu!" jerit Arisya. Tak ubah macam budak lima tahun minta lolipop.

"Okey jom!" kata ku. Sebenarnya ada sesuatu yang Arisya tak tahu. Aku serba salah nak cakap. So, baik aku diam je. Biar emak aku je yang terangkan nanti.

Di Rumah Anak Yatim

Arisya POV

"Assalamualaikum!" tegurku ketika melangkah masuk bersama Farish.

"Waalaikumussalam! Eh Arisya, Farish! Ada apa ni datang?" kata Puan Ani iaitu pengurus tempat ini.

"Saja je datang. Tak boleh ke? Macam tak dialu-alukan kitorang dekat sini? Tak apa kitorang boleh pergi" kata Farish dengan sayu lalu menarik tanganku sedikit untuk pergi dari situ.

"Eh mana ada! Korang ni sentiasa dialu-alukan disini. Lagipun budak-budak ni senang dengan korang" kata Puan Ani.

"Hehe...tahu takut. Tak ada lah. Aiman dengan Ara mana?" tanya Farish.

"Ada dekat belakang" balas Puan Ani.

"Owh okay. Kitorang nak pergi jenguk kejap diorang tu. Mana tahu diorang tengah terguling-guling atas lantai. Diorang kan mana nak ngan sangat" kata Farish.

"No lah. Cuba la tengok diorang" kata Puan Ani sambil tersenyum lalu beredar dari situ. Kemudian, kami ke tempat di mana Aiman dan Ara berada.

Pelik je aku tengok dua budak nih!! Aku mimpi ke apa? Elok je diorang main. Biasanya Aiman dah tarik rambut Ara.

"Akak Arisya!!!" jerit Ara sambil berlari ke arah ku. Aiman yang daripada tadi kusyuk bermain juga berlari ke arah Farish.

"Hai Ara!" tegurku.

"Awak, saya pergi teman Aiman main kejap. Apa-apa nanti call la tau. Love you!" kata Farish. Wajib ada ke ayat last tu! Ara pandangku sambil tersenyum sinis.

"Akak dengan Abang Ish ni ada apa-apa kan?" tanya Ara.

"Eh tak ada la" balasku. Aku tak nak la Ara tahu sebab dia kan tak suka sangat orang dekat dengan Farish. Tak la gaduh dengan budak kan. Tak gentle la!

"Ala akak tak payah tipu. Ara bukannya marah pun!" kata Ara. Jelas sangat ke aku tipu? Pandainya la budak ni!

"Haa ye lah. Ni akak nak tanya, Ara dah berbaik dengan Aiman ke? Elok je akak tengok? Tak ada dah nak tarik-tarik rambut" kata ku.

"Haah kitorang dah berbaik" kata Ara.

"Macam mana korang ni boleh berbaik. Cuba story sikit dengan akak" kata ku. Cehh aku ni buat Ara macam kawan sebaya aku je. Entah faham entah tidak budak ni.

"Okay. The story is like this, minggu lepas, Ara main dekat luar rumah. Lepas tu tiba-tiba seorang budak lelaki datang kacau Ara. Ara jerit la. Lepas tu Aiman datang la tolak budak tu. Ara dah risau sangat, tu yang lari ke tengah jalan" terang Ara sambil mulutnya dimuncungkan. Comel je cara budak ni cerita!

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now