Bab 23

9K 361 1
                                    

Mimi POV

"Hello Mimi! Betul kata kau yang Ayish tu Farish!!" jerit Balqis di telefon.

"Ish kau ni! Sakit telinga aku. Aku dah agak dah! Kau call aku ni sebab tu je ke?" tanyaku.

"Farish perlukan pertolongan kita!" kata Balqis.

"Pertolongan apa pulak dah??" ujarku.

"Macam ni, Arisya marah lagi dekat Farish pasal benda ni. Farish kan tipu dia. Lepastu Farish ada plan tapi plan dia tu mesti Arisya dah tahu!" terang Balqis.

"So kau nak aku buat apa? Kalau kau nak suruh aku pergi sana, jangan harap la wey! Jangan ganggu date aku dekat sini eh!" kata ku.

"Alaa aku tak kacau la date kau! Afiq pun join juga tau tapi bukan watak utama la. Prob sudah! hahaha" kata Balqis. Aku pun tergelak sama.

"Aku watak utama la kan? Hehe?" gurauku.

"Yess! Kita watak utama. By the way, aku nak kau call Arisya nanti. Kau cakap la yang kau gembira gila dekat sini. Lepas tu mesti dia rasa macam sedih. Haa masa tu la kau kononnya tanya" terang Balqis.

"Okey aku dah tahu apa nak buat!" kata ku.

"Bagus-bagus! Weyh sambung lagi nanti eh. Aku dah ngantuk ni" kata Balqis.

"Okey. Bye bro!" kata ku lalu menge'end' telefon.

*****

Esok

Arisya POV

Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun. Dalam pukul 6 pagi juga la. Dah siap-siap semua, aku terus keluar rumah tanpa mengejutkan ibu dan abah. Aku awal-awal lagi dah sms ibu dan abah untuk keluar. Diorang faham yang aku macam mana sekarang ni.

Aku kemudiannya keluar dari rumah dan menuju ke tempat yang menarik. Aku pun tak tahu dekat mana sebenarnya. So, aku ikut je la mana hati aku nak pergi.

Dekat sejam aku drive dengan bertemankan ERA.F.M, akhirnya sampai juga. Macam yang aku cakap tadi, aku ikut je hati aku nak pergi mana. Tapi tempat ni macam pernah ku datang.

Aku terus berjalan dan akhirnya berada di...tasik?? Te..tempat ni tempat yang Farish bawa aku untuk menenangkan hati kami! Kenapa aku datang sini!?! Aduhh... walau bagaimana pun dekat sini aku still rasa tenang.

Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan. Pada mulanya aku tidak mengendahkannya kerana malas dan tak ada mood. Tapi memikirkan perasaan orang itu yang sudah beberapa kali call, aku melihat skrin di telefon dan yang menelefon aku ialah...Mimi? Laa aku fikir mamat gila tu!

"Helo! Kenapa kau tak jawab? Aku dah exited nak cerita dekat kau sesuatu ni. Kau ni buat spoil mood aku je!" dengus Mimi.

"Aloo dia ni! Merajuk tak bertempat. Apa yang kau exited sangat nak ceritanya? Mesti pasal Adib kan??" balasku dengan lemah.

"Yaa betul!! Kenapa kau macam tak bersemangat je ni?" ujar Mimi. Aku tak boleh bagitahu dia sebab nanti akan menyusahkannya.

"Sekarang kan pagi. Aku baru bangun ni. Hahh apa yang kau nak cerita?" kataku.

"Ahh yela tu! Dah pukul 8 dah. Ahh macam ni, nanti Adib dengan aku nak bertunang! Akhir tahun ni kitorang akan kahwin!! Ahhhh" kata Balqis lalu menjerit keseronokkan. Aishb macam budak-budak la dia ni! Tapi siapa tak gembira nak kahwin?

"Tahniah la!" balasku dengan pendek.

"Aku tahu kau tengah bad mood. Cuba kau cerita sikit apa yang jadi. Aku difahamkan yang Farish tu yang akan kahwin dengan kau kan?? Apa yang kau tak sukanya?" ujar Mimi.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now