Bab 18

8.3K 356 0
                                    

Arisya POV

Sudah dua hari aku menjauhi Afiq dan tidak berjumpa dengan Balqis. Aku tak dengar sebarang khabar berita pun tentang Balqis. Walau macam mana benci sekali pun Balqis dekat aku, aku tetap berazam untuk dapatkan apa yang dia mahukan iaitu Afiq. Farish pula, redha je lah dengan dia tu. Tahu je lah perangai dia macam mana.

"Arisya!" kejap.. suara tu macam ku kenal. Aku menoleh ke belakang dan.... aku terus mempercepatkan langkah ku.

"Arisya, awak nak pergi mana?" jerit Afiq. Tiba-tiba tangan ku di capai oleh Afiq. Alamak!

"Sya, awak tengah free kan sekarang?" tanya Afiq.

"Err tak tak. Kejap lagi saya keluar dengan Farish" kata ku.

"Tapi sekarang ni Farish tak ada lagi. So, awak boleh la....."

"Haa tu Farish!! Farish!" jerit ku. Pheuww nasib baik Farish sampai tepat pada masanya. Farish yang mendengar aku memanggilnya, terus berlari ke arah ku.

"Sya, aku cari kau daripada tadi. Jom" kata Farish. Amboi, pandai dia berlakon.

"Ahh jom jom" kata ku lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan Afiq.

Kami terus memasuk ke dalam perut kereta.

"Apa lagi la si Afiq ni nak? Tak putus asa. Dia tu sepatutnya redha je sebab Nur Arisya Qistina ni milik Tengku Farish" kata Farish sambil membuat muka innocent. Mata ku membuntang mendengarnya.

"Nur Arisya Qistina ni bukan milik Tengku Farish yang poyo tu!" kata ku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

"One day" kata Farish. Aku tak akan jadi milik kau Farish, sebab aku akan berkahwin dengan orang lain.

"By the way, aku dah lama tak nampak Balqis. Dia patut malu dengan diri dia tu! Cakap tak pakai otak langsung. Dia tu kerja nak judge sweetheart aku ni je!" kata Farish dengan tegas yang lebih kepada marah main-main.

"Biar la dia tu. Malas nak layan. Yang penting sekarang, kita kena teruskan misi kita" kata ku.

"Ye lah Sya. Kau kerja nak satukan orang je, tapi kau sendiri tak ada" kata Farish.

"Alah biar la tak ada pun. Aku ni siapa je nak. Bak kata Balqis, aku ni kan tak macam perempuan" ata ku dengan lemah. Haihh sedih pula cakap macam tu.

"Aku nak! Afiq nak! Tapi aku ni lebih sikit la. Balqis tu kau tak payah hiraukan. Dia kan tengah marah masa tu. So, otak dia tak ada ditempat yang betul la tu" ujar Farish.

"Haha..kau ni tak baik la. Lagi satu, kau suka aku? Huhh membongak je kau!" balasku.

"Eh betul la!" kata Farish.

"Tak!!"

"Betul"

"Tak"

"Betul"

"Haa elok la tu. Kau kata tak, aku kata betul. Campur kan dua perkataan tu jadi 'tak betul'!!" kata ku tak nak mengalah.

"Haihhhh!" Farish mengeluh panjang. Sorry la Rish, aku ni memang susah nak percaya apatah lagi dengan kau a.k.a bekas pembuli aku dulu!

*********

Aku melangkah masuk ke dalam bilik.

"Assalamualaikum, Mimi!" jeritku .

"Waalaikumussalam. Ni kenapa jerit-jerit ni. Siap tersenyum lebar lagi. Apa cer?" kata Mimi yang berminat drngan cerita aku. Eh aku ni pun satu, yang aku gembira sangat apahal? Tak akan sebab Farish cakap tadi? No no no!

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now