Di Taman
Balqis POV
Yeyy !!!hari ini Arisya dan Mimi nak pergi buat assignment. So, maknanya, A.K.U B.O.L.E.H J.U.M.P.A A.F.I.Q!!! Sekarang ni aku dah sampai, tapi mana diorang sekarang ni. Eh eh tu Afiq la. Alamak, mana diorang ni!
"Hai err"
"Balqis" sambungku. Ish nama aku pun tak ingat!
"Ahh Balqis. Mana Arisya?" tanya Afiq. Kejap, kenapa dia tanya Arisya je. Bukan Mimi dan Farish pun kumpulan dia ke??
"Entah lah. Diorang kata pukul 2 tapi sekarang tak sampai-sampai lagi" kataku sambil memalingkan muka daripadanya. Malu lah kot!
"Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Farish.
"Hermm boleh. Apa dia?"
"Kenapa eh awak asyik ada je bila kitorang buat assignment?" tanya Afiq. Aduhh dia ni! Boleh pulak soalan tu muncul dekat kepala otak dia! Ahh kelentong dia je lah.
"Owhh kitorang memang selalu macam tu. Lagi pun saya tak buat apa-apa pun dekat bilik" fuhh nasib baik ada idea. Aku melihat Afiq terangguk-angguk mendengar jawapanku. Comel! hehe~ Kami pun meneruskan perbualan kami sehingga kami menjadi selesa untuk bergurau.
"Hey guys! Sorry kitorang lambat sikit. Amboi korang ni mesra nampak" tegur Arisya. Lambat sikit je kau kata! Tapi tak apa, nasib baik benda baik yang berlaku. bentakku di dalam hati.
"Eh tak apa lah" balasku. Apahal yang si Afiq ni asyik tersenyum je pandang Arisya! Eh tak kot. Perasaan aku je kot. Be positive okay!
"Dah la. Jom kita sambung balik assingment kita ni" ujar Farish.
Selepas 1 Jam
Aduh, aku rasa sakut perut la pulak! Aku makan apa eh tadi??
"Eh Mimi jom teman aku pergi tandas kejap?" tanyaku sambil memegang perut.
"Kau okey tak ni? Jom lah cepat" kata Mimi dengan risau.
***
Arisya POV
Rasanya sekarang masa yang sesuai untuk tanya kepada Afiq. Mimi dan Balqis pergi tandas, Farish pula pergi kantin katanya nak makan dulu.
"Afiq" tegurku.
"Iye" kata Afiq sambil memandangku dengan senyuman. Eh tak akan aku nak tanya terus pasal tu. Nanti mesti dia ingat yang bukan-bukan pasal aku. Jadi aku pun memulakan perbualam biasa dengannya.
"Awak, boleh saya tanya satu soalan?" tanya Afiq
"Boleh"
"Bila saya tanya ni awak jangan fikir yang bukan tau" ujarnya. Harap bukan soalan yang merapu lah.
"O..okey" jawabku dengan ragu-ragu.
"Awak ada..." dah kenapa dia ni nak berjeda lama sangat!
"Ada apa?" tanya ku.
"Ada.." haishh dia ni memang tempah satu tumbukan dari aku ke apa!?!
"Iyeee" ujarku yang sudah mula hilang sabar.
"Awak ada BF tak?" kata Afiq sambil memandang tepat ke arah mukaku.
"Err tak ada. Lagi pun saya memang tak nak ada BF buat masa sekarang ni. Nanti saya tak boleh fokus belajar" kataku dengan tenang. Yang peliknya aku tak rasa macam soalan tu mengarut. Kenapa eh? Afiq terdiam sebentar apabila terdengar jawapan dariku.
"Err crush?" tanya Afiq. Dah kenapa dia tanya aku soalan yang macam ni.
"Entah lah. Saya pun tak tahu. Awak ada?" akhirnya dapat juga aku tanya soalan yang patut aku tanya.
"Ada" jawab Afiq dengan muka selamba.
"Siapa? Cuba bagi klu sikit" aku cuba mengorek rahsianya. Mana tahu kot kot Balqis ke? Iye lah, tadi kan diorang nampak mesra je.
"Hmm dia di antara kita ni" kata Afiq. Wahh, dah dekat sangat ni.
"Aaa..." tidak sempat aku hendak menyambuat ayatku tiba-tiba Balqis datang menyapa.
"Hey guys! Sorry lambat. Ni si Mimi mengada-ngada nak pergi makan dulu la apa la" sapa Balqis. Aku memandang Mimi sambil membuat isyarat muka 'Aku belum habis lagi la'. Lebih kurang macam tu la.
"Err tak apa. By the way korang dah makan tak ajak aku pun!" aku pura-pura merajuk.
"Alolo princess kita seorang ni merajuk la. You nak apa untuk I pujuk you?" kata Mimi dalam sindiran. Takpe kita main permainan ni juga.
"I nak lolipop. Yang besar punya tu" kata ku sambil membuat muka gwiyomi (tangan dibahu mata ke atas)!
"Alaa lolipop mahal la! Tak jadi la nak pujuk" ujar Mimi samvil memalingkan wajahnya.
"Takpe-takpe. I merajuk!" hahaha aku saja je nak test diorang.
"Hek eleh lu ni! Lu ni macam tempah satu set tangan gua je" ujar Mimi. Kemudian gelak kami memecahkan kesunyian di situ.
"Hahahaha...dah la. Aku nak pergi makan dulu. Chiaoo dulu" kata ku sambil melambaikan tanganku ala-ala bollywood gitu!
"Eh kejap. Aku nak pergi juga. Aku pun belum makan lagi ni. Lagipun tak akan kau nak makan sorang-sorang" kata Afiq. Aduhh..dia ni kacau mood aku nak makan la! Tu tak penting. Yang penting sekarang ni, muka Balqis dah lain macam!! Hope dia tak fikir yang bukan-bukan. huhu~
"Err tak apa lah. Kau tak payah temankan aku sebab aku makan dekat bilik. Save money la katakan" fuhh nasib baik ada juga idea yang keluar.
"Eh makan dekat bilik? Kau kata...." kata-kata Mimi terhenti apabila aku membesarkan mataku tanda menyuruhnya DIAM!! Haishh dia ni memang agak ke'blur'an la!
"Err okey la kalau macam tu" ujar Afiq. Aku pun berlalu pergi.
***
Farish POV
Aku rasa aku dah lambat sekarang ni. Iye lah hampir sejam aku makan. Sebenarnya aku pergi tukar kereta. Takut Arisya apa-apakan baby aku tu. So, aku tukar kereta kancil. Dalam perjalanan ke taman, aku ternampak Arisya berjalan seorang diri. Aku pun menuju ke arahnya.
"Sya!!" panggilku. Secara automatik kepalanya memusing ke arahku.
"Kenapa?" tanya Arisya yang penuh kehairanan melihatku berlari tanpa tujuan ke arahnya.
"Tak ada apa-apa. Ni kau nak pergi mana?"
"Makan" kata Arisya lalu meneruskan perjalanannya.
"Ehh aku teman okey? Jom" kataku berjalan di depannnya. Secara tiba-tiba Arisya hentikan langkahnya.
"Kenapa kau berhenti? Jom lah sayang" hehe.. aku mula menyakatnya. Itulah tujuan aku untuk menukar kereta. Muka Arisya kelihatan merah membara! Oopppss someone gonna blow!!
"Kejap lagi kau akan tengok baby kau ada kesan dari tangan aku" katanya dengan geram. Aku hanya tersenyum sinis.
"Kau naik dengan aku sekali" kataku lalu menarik lengan bajunya tanpa menghiraukan jawapannya. Setelah sampai di keretaku, Arisya nampak sedikit tercengang.
"Mana baby kau tu?" tanya Arisya.
"Asal?? Kau dah tak sabar sangat ke nak hancurkan baby aku tu?" kata ku dengan selamba sambil membuat muka innocent. Aku dapat lihat muka Arisya yang merah menahan kemarahannya.
"Erghh siap lah kau!!" ugut Arisya. Aku ketawa sekuat yang mungkin setelah mendengar kata Arisya.
"Apahal kau gelak? Ada aku buat lawak ke!?!" kata Arisya dengan geram.
"Comel la bila kau marah" kata ku lalu memecut laju ke dalam perut kereta kancil milik ayahku.
"Farish!!!!!"
**********************************
#VOTE
#VOTE
#VOTE
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...