Bab 7

10.6K 523 2
                                    

Arisya POV

Selepas aku menerangkan plan aku untuk menyatukan Adib dan Mimi. Cehhh ayat dia! Sejak bila aku jiwang nih!! Walaupun ayat tu tak jiwang pun sebenarnya, tapi bagi aku jiwang gila!! haha~

Balik kepada topik... aku dan Farish pun slowtalk dengan Adib. Cakap punya cakap, ada satu benda yang Adib kata membuatkan aku dan Farish macam tak percaya! Kalau nak tau apa dia cakap, ahh nanti-nanti je lah. hahaha~ (gelak jahat)

****

Farish POV

"Iye ke!! Aku tak percaya lah" kata Adib dalam separuh jerit. Pahal dia ni nak over pulak!

"Betul. Aku dah lama kawan dengan Mimi tu. Jadi, aku dah tahu pasal dia dari A sampai Y. Belum sampai Z lagi lah. hehe~" kata Arisya. Eh eh dia buat lawak pulak time-time macam ni.

"Aku sebenarnya...." haa ayat ni yang aku dengan Arisya tak percaya nih! Nak tau apa???

"Sebenarnya..." ye ye.

"Aku..." cepat la derr! Lama sangat lah jeda dia!

"Aku pun dulu suka dia!" kata Adib sambil menutupkan muka dia. Tak gentleman langsung la dia ni! Podahh! Tapi dalam masa yang sama aku dan Arisya memang ternganga bentuk 'O' dah ni!

"O.M.G!!!" Arisya menyebut satu-satu perkataan tersebut akibat terkejut. Aikk dia ni suka Mimi ke Arisya?

"Kau ni suka Mimi ke Arisya?" alamak aku terlepas cakap la pulak?!?! Adib memandangku dengan tajam.

"Macam ni lah. Nak dipendekkan cerita, aku dengan Mimi memang rapat dari kecil" kata Adib.

"Tu aku pun tahu. Tapi..." Hek eleh minah ni pun,nak jugak potong line orang cerita.

"Eh kau boleh sabar tak? Sesi soal jawab tak terbuka lagi eh" kata ku. Yang Adib dah senyum -senyum. Arisya pandang tak puas hati je. haha padan muka.

"Makin lama makin aku rasa lain macam. Sejak dari tu la aku suka dia tapi aku tak nak bagitahu sebab aku tahu dia mesti anggap aku ni sebagai abang dia je" kata Adib dengan panjang lebar.

"Jadi, tak lama lepastu, aku pun give up" sambing Adib lagi.

"Ish kau ni! Apa la! Kalau Mimi dapat tahu ni mesti dia tak suka kau" kata ku kepada Adib yang sudah membuat muka sedih semasa aku berkata begitu.

"Kau ni Farish!! Tak payah la putuskan semangat dia! Adib, untuk pengetahuan kau la, Mimi tu dah memang tahap gila kan kau laa!" kata Arisya dengan bersemangat. Huishh semangat je kan?

"Habis tu macam mana sekarang ni? Kau nak pikat dia lagi ke, kau nak move on je?" kataku. Tolong lah buka kan hati dia supaya dia sukakan si Mimi ty balik!! Kalau dia move on, mesti lah dia nak kan Arisya! Hishh!!

"Hmmm nanti lah aku fikirkan. Tapi apa yang aku katakan tadi, korang jangan bagitahu dia pulak tau" kata Adib.

"Iye lah Adib!" kataku dan Arisya serentak.

****

Arisya POV

Esok

Eh apasal hari ini Mimi macam gembira semacam je. Tak akan tak nak story dengan aku kot? Selama ni kalau dia ada benda yang menggembirakan, mesti dia story dengan aku.

"Arisya!!!" jerit Mimi secara tiba-tiba dan terjah bilik aku. Amboi dia ni! 

"Makk!!" woi terkejut laa aku! Nasib baik aku tak ada heart attack!

"Kau dah kenapa jerit 'mak' pulak nih!" kata Mimi lalu membuat muka pelik.

"Aku terkejut la! Yang kau ni tiba-tiba jerit nama aku kenapa? Lepastu tersenyum-senyum macam orang tak waras dah" kata ku.

"Ni yang aku nak story ni!" kata Mimi dengan nada gembira. Biar aku teka, pasal Adib rasanya! Hmm

"Adib eh?!?!" kataku. Bila aku kata macam tu, bertambah-tambah dia punya senyum tuh! Hurmm entah-entah!!!!

"Adib! Dia luahkan perasaan dekat aku!" kata Mimi. Wuishh berani gila! Oh lupa nak cakap, esok last kitorang dekat sini. So, mungkin Adib dah tahu and luahkan perasaan dia dekat Mimi hari ini.

"Fuyoohhh!! Kawan aku dah ada 'boipreng'!!" kata ku. 'Boipreng' tu 'boyfriend' tau. Faham-faham je lah. Maklumlah, ada slang terengganu sikit.

"Ish jangan la cakap macam tu! Malu lah aku!" kata Mimi sambil menutupkan mukanya dengan bantal.

"Hek eleh minah ni, malu-malu pulak! Haa cer cite, cer cite!" kataku.

"Macam ni cerita dia...." kata Mimi lalu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku antara dia dan Adib.

****

Flashback

Mimi POV

Ish kenapa hari ini aku rasa macam ada sesuatu nak terjadi eh? Sesuatu yang menggembirakan. Ke aku yang terlalu ikutkan perasaan? Tapi kenapa aku nak gembira sedangkan hari ini hari aku last dekat sini dan Adib pun tak suka aku. Haihh pasrah weyh!!

"Haa! Termenung nampak!" ish kacau la! Siapa pulak yang kacau mood aku tengah sedih ni. Aku pun menoleh ke belakang dan berkata...

"Kau ni dah... eh Adib! Kau buat apa dekat sini" laa Adib ke. Buat malu je kalau aku dah marah tadi.

"Saja. Aku bosan la!" kata Adib. Aikk biasanya kalau dia bosan, dia mesti kacau-kacau Arisya. Tapi ni dia pergi dekat aku pulak.

"Pergi la dekat Arisya tuh!" eh kenapa cara aku cakap macam aku jealous! Yee memang aku jealous pun! Kenapa? Ada masalah?

"Betul ke.. yang kau suka aku dari dulu lagi?" kata Adib. Erkk mana dia tahu ni! Ni mesti Arisya bagitahu! Kau tengok lah nanti! Soalan Adib tidakku jawab. Malu doh

"Mimi?" tanya Adib.

"Haa?" kataku yang baru sedar dari khayalan aku.

"Betul ke yang kau ni suka aku dari dulu lagi?" kata Adib dengan selamba. Mesti dia nak marah ni. Mampuihh aku!

"Mm..macam mm..mana kau bb..boleh tahu?" haihh gagap pulak aku!

"Arisya dengan Farish bagitahu. Kenapa kau tak bagitahu aku je " kata Adib

"Ye lah aku takut kau marah aku. Aku ni kan dua pupu kau. Mesti kau tak suka punya" lancar pulak aku cakap.

"Tak ada lah! Sebenarnya aku pun suka kau jugak. Dari dulu lagi" kata Adib dengan muka tak malunya. Huh! tak romantik langsung!

"Kau ni macam tak ikhlas je!" kataku sambil membuat muka.

"Haha. Kau ni comel la buat muka" eh dia puji aku eh? Yahoo!! Pengumuman! Adib puji aku la weyh!! Jangan jealous !

"Disebabkan esok kau dah nak balik, aku luahkan perasaan aku hari ni!" kata Adib sambil memberikan senyuman yang paling manis. Cutenya!!Haha cair aku!

End Flashback

*****

"Itu je ke? Tak romantik langsung" kata Arisya.

"Sebenarnya ada lagi tapi kau tak boleh tahu" kataku. Kalau nak tahu apa dia, teruskan membaca, okey? Hehe promote cerita sendiri~

"Alaaa! Cerita kau ni tergantung la! Macam ni kawan!" kata Arisya dalam nada yang merajuk.

"Hek eleh kawan aku seorang ni merajuk pulak! Puihhh tak kuasa aku nak pujuk kau la!" kataku sambil tergelak tengok dia mencebik. Dah serupa donald duck.

"Baru ingat nak merajuk! Spoil la kau!" kata Arisya lalu gelak bersamaku. Jom gelak sama-sama kitorang! hahahahahaha~

Ye kami tahu kami agak bengong. Jadi.... abaikan. Erkk

**********************************

Ni nak cakap nih, kalau ada masa promote la cerita ni and jangan lupa vote! Tapi saya tak paksa. Terpulang lah~ bak kata lagu Kaka Azraf. Hehe




Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now