Bab 19

8.2K 362 0
                                    

Arisya POV

Huarghhh!! Aku menggeliat! Semalam aku pengsan mungkin disebabkan terlalu sedih. Aku lihat jam pukul 5:30. Aku perlu kejutkan Farish untuk solat subuh. Aikk kenapa aku rasa lain macam? Rasa macam kitorang niii.....suami isteri?? Ngeee Tak ada maknanya!

"Farish..Farish..bangun. Solat subuh ni!" ku kejutkan Farish. Farish terbangun lalu menggeliat dan mengesat matanya. Auwhh comelnya! Eh eh, aku dah angau dengan dia ke!?!?

"Arisya? Kenapa kau asyik pandang je aku?" tanya Farish sambil melambaikan tangan di depan ku. Alamak! Dia perasan yang aku tengok dia! Tiba-tiba Farish tersenyum nakal. Aku yang perasan senyuman itu, terus mengalihkan pandanganku.

"Eh a..aku s..solat dulu t..tau" gagap pula aku!

"Tunggu aku. Kita solat berjemaah" ujar Farish.

Usai solat, kami berdua keluar untuk makan. Makin lama makin kekok pulak aku dengan Farish ni. Sepanjang perjalanan kami hanya terdiam sahaja. Aku ni memang tak boleh diam macam ni! Aku pun ingin memecah kesunyian.

"Farish.."

"Arisya.." kata kami serentak.

"Err kau cakap la dulu" kata Farish.

"Aku nak minta maaf sebab semalam aku marah kau tak tentu pasal" kata ku. Serious aku rasa bersalah gila. Dah la ku tak dengar langsung apa yang dia nak cakap.

"Aku yang patut minta maaf sebab aku tak bagitahu kau" kata Farish. Aku semakin pelik. Bagitahu apa?

"Kau nak bagitahu apa? Cakap la sekarang" ujar ku.

"Aku dah lama suka kau Arisya" aku yang sedang makan terus tersedak. Apa yang aku dengar tadi?!?!

"Hahahaha..kau buat lawak apa Farish? Lawak kampus?" kata ku. Apabila aku melihat mukanya yang serious mrngalahkan HULK, aku terus terdiam. Dia memang serious??

"Aku serious Sya. Dari dulu lagi aku dah suka kau. Aku..."

"Rish, bagi aku masa untuk fikir benda ni. Aku tengah sedih pasal Balqis ni. Aku pergi dulu la. Nak tengok kalau-kalau Balqis dah sedar. Assalamualaikum" aku meninggalkan Farish.

Farish POV

'Arghh sakitnya hati aku!! Kenapa kau tak boleh terima aku? Kenapa? Apa kurangnya aku? Memang la aku pernah buli kau dulu tapi aku hanya nak perhatian kau je!" getusku di dalam hati. Sekarang ni aku kena tenangkan fikiran aku dulu. Mungkin dalam masa terdekat ni aku tak jumpa Arisya sebab......

Arisya POV

Aku terus ke dalam wad bilik Balqis. Sebaik sahaja aku sampai, aku terus menangis. Secara tiba-tiba! Mungkin kerana aku tertekan dengan semua yang berlaku sekarang. Dalam ku tidak sedar, aku tertidur.

"Saya terima nikahnya Nur Arisya Qistina binti Zulfahmi" kata seorang lelaki.

"Sah!" kata semua orang di situ. Aku hanya mengukurkan senyuman ketika hari perkahwinanku. Tiba-tiba suamiku menghampiriku untuk aku menyalam dengannya. Tapi aku tidak dapat lihat wajahnya! Begitu kabur mukanya. Apabila wajahnya semakin dekat.........

Aku terjaga dari mimpi. K..kenapa aku mimpi aku berkahwin? Tapi aku tidak tahu dengan siapa aku berkahwin. Dalam mimpi itu aku kelihatan sungguh gembira. Siapa dia??

*****

Di Kelas

Sudah dua hari aku asyik fikirkan siapa lelaki itu sampaikan aku tidak boleh beri perhatian semasa belajar walaupun aku percaya yang ianya hanya mainan syaitan. Lagi beberapa hari sahaja hendak periksa tapi aku tidak membuat persiapan. Balqis?? Sudah empat hari koma. Ada satu nama yang sekarang ni asyik ada je di dalam fikiran aku. FARISH!! Sejak dia luahkan perasaan dia dekat aku, dia terus tak jumpa pun dengan aku. Sebenarnya aku agak rindu jugak la dia. Rindu sebab nak gaduh eh, bukan benda lain!! Mungkin?

"Sya! Kau sejak dua menjak ni asyik termenung je. Ce citer apa yang kau fikirkan ni. Ce citer ce citer" mendengar cara Mimi bercakap, aku tergelak.

"Haa boleh pula kau gelak. Kalau tak asyik termenung je! Cerita la dekat aku. Aku kan kawan kau. Tak ada apa yang kau perlu sorokkan" desak Mimi.

"Haihh ye la" aku pun menceritakan tentang mimpi itu.

"Entah-entah jodoh kau dah dekat. Haa!! Ingat lagi tak yang kau cerita dekat kitorang yang mak ayah kau paksa kau kahwin dengan seorang lelaki ni?" ujar Mimi.

"Mesti la ingat! Tapi aku tak kenal pun siapa dia. Dekat dalam mimpi aku ni, aku nampak gembira sangat!" terangku.

"Eh dah la jom pergi hospital lawat Balqis" aku mengubah topik. Kami meneruskan perjalanan ke hospital.

Setelah sampai, kami memberikan sedikit buah tangan kepada Puan Zuraida. Kami berbual-bual sedikit. Entah kenapa daripada tadi aku asyik memerhati tangan Balqis. Seperti sesuatu akan berlaku kepada Balqis.

Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba tangan Balqis......bergerak? Hanya aku yang perasan. Aku mengambil keputusan untuk ke sebelah Balqis. Aku meletakkan tanganku di atas katil Balqis. Tiba-tiba......tangan Baqis memegang erat tanganku. Aku terkejut dan kaku sebentar.

"Mak cik! Mimi!" panggilku.

"Kenapa?" tanya Mimi dan pergi ke arahku. Begitu juga Puan Zuraida.

"B..Balqis b..bergerak" kataku dengan gagap.

Mata Balqis pula terbuka dan cuba mengatakan sesuatu. Aku membuka penutup yang ditutup di mulutnya.

"Ar..Arriisyaa...aku nak m..mminta mmaaf" kata Balqis yang masih lagi tidak berdaya. Air mataku berguguran kerana kawan baikku sudah sedar.

"Balqis, kau tak payah minta maaf. Aku dah lama maafkan kau" kataku dalam esakan.

"Aku dah tahu semuanya Sya. Aku appreciate sangat tapi Afiq tetap tak akan jadi milik aku" kata Balqis dengan sayu.

"Weyh, percayakan kitorang. Biar aku dengan Mimi je handle benda ni" kata ku.

"Aah Balqis. By the way, aku rindu kau!" ujar Mimi. Balqis hanya tersenyum. Yang aku peliknya dia cakap dia dah tahu semuanya?? Ahh biar la! Malas nak ambil tahu.

"Balqis, kau rehat la dulu. Aku nak balik dulu. Malam ni aku datang lagi" kata ku.

"Okey. Datang tau sebab aku nak cakap something" ujar Balqis. Aku dan Mimi terus balik ke bilik untuk mengulang kaji sedikit untuk exam.

(SKIP)

Di Hospital

"Balqis!! We are here!" tegur Mimi. Haishh macam budak-budak la Mimi ni! Balqis tergelak kecil melihat gelagat Mimi.

"Balqis, macam mana kau nak ambil exam dengan keadaan macam ni?" tanyaku.

"Alaa jangan risau la. Lusa aku dah boleh keluar" kata Balqis.

"Haa bagus la tu. Tapi kau tak ulangkaji tak apa lagi" ujar Mimi.

"Insyaallah kalau Allah izinkan aku berjaya, aku akan cuba sedaya upaya" balas Balqis.

"Eh aku hampir lupa. Arisya, tadi aku cakap aku nak cakap something dekat kau kan?" kata Balqis.

"Aah la. Apa dia eh?" ujarku.

"Kau kena percaya dekat Farish" aduhh lagi-lagi Farish. Aku hanya terdiam.

"Farish tu cintakan kau dengan penuh ikhlas tau. Aku tahu kau pun cintakan dia juga cuma kau terlalu ego. Ego kau tinggi sangat sampai kau sendiri tak faham perasaan kau" sambung Balqis. Aku...ego?? Ada betulnya juga kerana aku sendiri memang tak tahu yang aku ni cintakan dia ke tak.

"Tapi...."

"Tak ada tapi-tapi. Kau cuma perlu balas cinta dia...."

"Tapi aku kena kahwin dengan pilihan keluarga aku!" aku terus memotong kata-kata Balqis. Dia terus terdiam. Terlupa la tu yang aku cerita dekat dia.

"Lagi satu sekarang dia mana ada layan aku dah. Jumpa pun tak nak" sambungku lagi. Balqis dan Mimi berpandangan lalu senyum seperti mereka faham apa yang dilakukan oleh Farish.

"Tak ada apa yang boleh kitorang cakap but you must believe him" balas Mimi. Aku mengeluh panjang. Percaya pada Farish??

**********************************












Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now