Bab 4

13.5K 620 5
                                    

Malam

Arisya POV

"Weyh Mimi sini kejap." panggilku kepada Mimi yang sedang sibuk di dapur. Sibuk apa? Sibuk duduk usha si Adib kesayangan dia tu.

"Haa kejap." jawab Mimi.Mimi pun menuju ke arah aku.

"Kau nak apa ? Kacau line aku je nak usha dia. Haish." he eleh kau ni Mimi, makin lama makin kuat virus kau dekat adib tu yee.

"Hek eleh kau ni pun. Lek luu. Ni aku nak cakap ni. Kejap lagi aku nak mula buat project mengenakan dia. Kau nak join tak?" kataku dalam nada berbisik jugak la. Takut-takut dia dengar. Aniaya aku!

"Oh ye ke. Aku join." jawab Mimi

"Ok jom." "Jom pergi mana pulak?" tanya Mimi. "Pergi bilik la ngok. Nanti orang dengar nanti sia- sia je hidup kau". Haihh Mimi ni kalau time dia blur memang blur tahap maksimum.

"Oh ok ok." jawab Mimi jawab tersengih.

Dalam bilik

"Mimi, nak cakap apa eh mula-mula? Aku tak tau la. Kalau boleh aku nak terus buat dia suka dekat budak junior a.k.a aku yang kita buat." kataku kepada Mimi.

"Mula-mula kau bagi salam. Lepas tu kau tanya la dia soalan-soalan yang berkenaan lepas tu..." belum sempat Mimi hendak sambung, aku potong.

"Haa ok ok aku dah dapat."

To Farish:

Hai awak!! Assalamualaikum. Awak dah makan?

Ok dah send. Tu je lah yang mampu aku tulis.

Farish POV

From Budak junior a.k.a Arisya:

Hai awak!! Assalamulaikum. Awak dah makan?

Arisya ni semangat betul nak kenakan aku. Takpe-takpe aku main jugak permainan kau.

To Arisya:

Hai!! Waalaikumussalam. Saya belum makan lagi. Tak ada mood nak makan sebab ada la seorang minah senget yang saya benci ni ada.

Hahaha aku saja je nak tulis macam tu. Tengok dia balas tak. Haihh suka betul aku menyakat dia.

Arisya POV

Haa?!?! Ada ke patut dia cakap aku ni minah senget! Ini sudah melebih. Kalau tak disebabkan ini rumah orang, dah lama aku wrestling kau dekat sini jugak. Jangan main-main dengan aku. Aku smackdown sikit dah k.o dah dia tu.

To Farish:

Ishh awak ni tak baik tau cakap dia macam tu. Entah-entah awak yang senget tak. hehe

Haa baru padan muka kau. Kau tengok kejap lagi makan, aku kenakan kau. Ada ke patut cakap aku ni minah senget? Aku ni comel okay?!? Choii puji diri sendiri. haha. Sekali sekala puji tak akan tak boleh.

Chat punya chat, Mimi pun ajak aku keluar dari bilik untuk makan.

"Mimi, kau turun la dulu. Aku kejap lagi turun."

"Haa ye lah. Cepat sikit aku dah lapar ni. " kata Mimi.

"Iye kejap lagi aku turun." Mimi pun berlalu pergi. Beberapa minit kemudian aku pun keluar dari bilik untuk makan.

Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Adib. Dia memandang aku dan senyum ke arah aku. Wahh patut la Mimi tu suka sangat dekat Adib ni. Bila dia senyum memang cute gila la. Tapi aku tak akan rampas dia dari Mimi. haha~

"Hai Arisya." wohh dia tegur aku la.

"Hai." balasku pendek. Tak tahu nak cakap apa.

"Jom la pergi makan dekat bawah." kata Adib

"Err jom la. Saya memang nak pergi bawah pun." balasku dengan kekok.

"Awak rasa kekok sangat ke bercakap dengan saya ni?" tanya Adib.

"Haa boleh tahan la kekok dia.Hehe" apa kau merepek Arisya!!!

"Haha. Awak ni lawak la. Jom la" kata Adib. Kejap, apa yang lawaknya. Pelik pelik.

Di meja makan

Aku duduk di kerusi meja makan sambil memikirkan rancangan untuk mengenakan si Farish tu.

"Kau termenung apa tu? Pakwe eh?!?" sakat Farish. Haa sampai pun mamat useless ni.

"Diam la kau. Dah la tadi kau cakap aku ni.." ayat aku tergantung selepas aku teringat yang tadi tu Farish bukan cakap dengan aku, tapi dengan Amirah a.k.a budak junior  yang konon nya suka dekat Farish.

"Aku cakap kau apa?" tanya Farish.

"Tak ada apa-apa lah." jawab aku.

"Eee kau ni. Aku 'taekwondo'kan kau karang." kata Farish dengan nada geram.

"Kau memang nak lawan taekwondo drngan aku ke? Walaupun aku tali pinggang putih pun aku tak ada tapi aku boleh guna cara wresling la." kata ku dengan bangga. Tak payah nak bangga sangat la kan. Tali pinggang putih pun tak lepas.

"Ok kau memang dah.." tak sempat Farish nak bercakap, Mimi dah potong.

"Dah dah la tu korang bergaduh. Depan rezeki tak baik bergaduh. Kita sebagai umat Islam..." ceramah Mimi. Sebenarnya panjang lagi dia punya ceramah tu tapi aku blah dari tempat tu ke tempat yang jauh sikit. Tak sanggup aku nak tadah telinga aku yang comel ni dengar ceramah tak berbayar dia tu. Aikk telinga pun comel ke? Mesti lah, telinga aku je yang comel. haha

Beberapa minit selepas makan, aku pun ke ruang tamu. Dekat ruang tamu tu tak ada orang jadi aku pun duduk la dekat ruang tamu tu seorang.

Aku terdengar orang berjalan ke sini. Aku pusing dan ternampak... Farish! Hehe, ini lah masa untuk revegne.

Masa dia tengah berjalan di depan aku, tiba-tiba....

Kedebukk!!

"Hahahahaha" aku ketawa terbahak-bahak apabila aku nampak dia jatuh terlentang disebabkan aku letakkan kaki aku di depan dia.

"Kurang garam punya budak!!! Sakit lah bengongg!!?!?" kata Farish dengan nada yang marah dan sedikit jerit. Opss gorila dah mengamuk. Lari!!!

"Eh kenapa ni." kata Puan Fida dalam nada yang risau. Farish tidak sempat mengejar aku sebab Puan Fida mengajukan soalan kepada dia

"Tak ada apa- apa cik. Cuma tadi ada jembalang mana entah yang datang." kata Farish dengan nada geram.

"Aku tahu siapa jembalang yang kau madsudkan. Hahahaha. Tapi jembalang tu cantik apa?" kata Mimi lalu dia pun tergelak la dah macam orang tak waras dah ni.

"Euww cantik kau kata? Muka macam jamban yang kena roboh ada la?!?" kata Farish lalu tergelak kecil. Apa?!?! Dia kata aku ni jamban, krna roboh pulak tu. Haishh ini dudah melampaui batas. Aku pun keluar dari tempat menyorok aku.

"Woi kau kata aku ni jamban kena roboh?!?! Tak sedar diri yang muka sendiri pun muka macam longkang tepi Chow Kit tu?!?!" ambik kau sedas machine gun aku lepaskan kan. Hahahaha.

"Owh jadi ini la jembalang tu. Comelnya jembalang ni. Hahaha." kata Puan Fida sambil tergelak besar. Opss aku lupa yang Puan Fuda ada dekat sini.

"Terima kasih la cik sebab puji saya. Saya tahu..." kata-kata ku dipotong oleh Farish.

"Alah cik tak payah nak puji sangat dia tu. Tengok dia dah kembang macam ikan buntal dah." kata Farish dengan nada sindiran.

"Ish korang ni asyik gaduh je. Dua-dua nak menang. Entah-entah korang ni jodoh tak?!?" kata Mimi sambil tersenyum selebar-lebarnya.

Tapi yang peliknya Farish tu pun tersenyum kambing terdengar ayat Mimi tadi. Tak akan la....  Ish jangan fikir bukan-bukan la. Mengarut je.

"Ish kau ni, kau sendiri dah tahu yang aku TAK AKAN kahwin dengan mamat ni. Tak kuasa aku." aku sengaja menekankan perkataan tak akan tu.

"Dah la korang ni. Nanti hancur lah rumah mak cik ni disebabkan peperangan korang." kata Puan Fida.

"Hehehe baik lah cik." kata aku dan Farish serentak.

**********************************

Yooo!! Macam mana? Okey tak? Kalau okey vote la der. Sangat dialu-alukan. >~<

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now