Arisya POV
Selepas kejadian di taman tu, aku terus balik ke rumah dalam keadaan marah yang amat!!
"Aihh marah je anak ibu ni? Kenapa? Ada benda yang menarik terjadi ke?" tegur ibu. Ish ibu ni perangai macam budak-budak. Suka sangat la sakat aku ni!
"Memang pun. Tapi menarik tu tukar kepada menyakitkan hati! Urghh!" rungutku.
"Lelaki ke perempuan?" tanya ibu. Aikk ibu ni macam tahu-tahu je.
"Lelaki. Kawan merangkap pembuli masa sekolah dulu" kata ku. Ibu hanya tergelak mendengar ku berkata begitu.
"Kenapa ibu gelak pulak? Anak ibu kena buli dulu, ibu tak marah?" kata ku dalam penuh kehairanan.
"Alaa, dia gurau manja je tu kot. Nak perhatian Sya je. Orang kata jangan marah sangat nanti suka" ata ibu. Gurau manja ibu kata? Kitorang sampai berperang pun tu dikatakan manja?
"Sya nak naik dulu la. Nak mandi" kata ku.
"Haa pergi mandi. Patut la dari tadi lagi bau lain macam" kata ibu sambil membuat muka. Haihh ibu, ibu. Aku pun berlalu ke bilikku.
Selepas selama 20 minit mandi, aku pun berchit-chat bersama Mimi dan Balqis di group wechat kami. Rasanya ni paling sekejap aku mandi! Biasanya 30 minit dan ke atas.
Aku pun mulakan perbualan kami di group itu. Aku menceritakan segala yang berlaku di taman pagi tadi. Apabila aku bercerita, kedua-dua mereka berkata...
"Kalau dah jodoh tak ke mana la!"
Ada ke patut diorang kata macam tuh!?!? Bukan nak backup aku ke apa? Aku mula berfikir balik. Kenapa Farish ada dekat sini? Tak akan dia ikut aku? Perasan je lebih kau ni Sya!!
"Arisya!! Turun kejap!" jerit ibuku. Uitt ibu ni pun!! Buat terkejut aku je!
"Kejap ibu!" balasku. Aku menyepatkan langkahku ke ruang tamu. Ibu paling tak suka orang yang lambat-lambat!
"Ye ibu. Kenapa?" tanyaku apabila sudah sampai di ruang tamu.
"Malam ni kita pergi rumah bakal suami Sya!" kata ibu dengan gembira. Ibu pula yang terlebih exited!
"Owh ok. Abah ikut ke?" tanyaku.
"Mestilah ikut! Nak jumpa bakal menantu kan? Hari ni abah balik awal. Jadi boleh la pergi" kata ibu. Kenapa aku tak sedih eh? Walaupun dah tahu yang aku ni nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Mungkin Farish tu memang bukan jodoh aku.
"Sya siap lah dulu. Pakai elok sikit. Kalau boleh pakai dress" kata ibu. What!! Dress?? Woahh aku memang alah dengan dress ni! Nak jalan rasa tak bebas!
"Alaa ibu! Tak boleh ke pakai seluar jeans je! Lelaki tu kena la tahu diri Sya yang sebenar. Dia kena terima" balasku.
"Dia dah memang tahu perangai Sya macam mana. Sya pakai je la. Untuk ibu pakai la ye! Sayang ibu kan?" ni yang aku lemah ni! Ugutan ibu tu memang mengancam dunia akhirat!
"Iye lah. Nanti Sya pakai. Tu je kan? Nanti ibu jangan buat yang bukan-bukan dekat sana eh" kata ku. Faham-faham je lah! Ibu hanya tersenyum. Aku kembali ke bilik ku.
(Skip)
Selepas aku bersiap, aku melihat diriku di cermin. Nampak lain gila la! Maklum lah, last aku pakai dress masa aku darjah 5. Masa tu memang saat yang paling MEMALUKAN!
Cerita dia macam ni, masa tu ada jamuan akhir tahun. Tema bebas. Aku pakai la dress yang ibu dan abah beli. Tengah aku syok sangat jalan ke kelas sampai tak ingat dunia, tiba-tiba seorang budak lelaki ni lari dan terpijak kain aku. Aku pula terasa macam dunia ni slow motion and terjatuh! Ceh macam cerita hindustan pulak! Start tu aku dah berjanji dengan diri aku dah tak nak pakai dress!
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...