Farish POV
Di Rumah
Mana Arisya ni! Daripada petang tadi lagi asyik terperap je dekat dalam bilik tu! Apa lebihnya bilik tu? Apa kurangnya aku ni? Aku ni handsome apa. Time-time macam ni pun sempat lagi puji diri sendiri kan? Hehe~
Aku mengambil keputusan untuk menjenguknya di dalam bilik. Ye lah aku sekarang tak ada kawan nak borak. Mak dengan ayah dok kusyuk sangat bercerita masa aku dan Arisya kecil-kecil dulu. Masa tu la kenangan pahit kami! Hmmh...
Aku mengetuk pintu bilik yang Arisya duduk. Beberapa minit kemudian, dia tetap tak buka. Aku terus masuk.
Aku masuk perlahan-lahan. Laa..dia tidur rupanya! Lamanya dia tidur! Penat sangat la tuh! Aku menghampirinya secara perlahan. Tak nak kejutkan dia.
'Comelnya la dia ni masa tidur! Yang aku peliknya time tidur pun pakai tudung juga! Macam ni la baru muslimah! Penampilan je muslimah tapi perangai muslimin! Hehe~ gurau... sebab tu la aku suka dia! Sempoi je! Walau macam mana pun dia la bakal isteri aku. Tapi aku kena juga ambil hati dia sebelum perkahwinan! Arisya, please believe in me!' omelku di dalam hati. Aku berlalu dari bilik itu.
Arisya POV
Huwarghhh!! Aku menggeliat package sekali dengan menguap! Hehe~ Ni kalau Farish tengok ni, mahu tak lari dia? Eh pahal aku nak kisah pasal dia! Huhh!
Aku cuba untuk bangun tapi kepalaku terasa sungguh berat seperti ada satu tan lori! Ehh kalau lori pecah terus kepala aku ni!
"Aduh duhh!" aduh ku. Jeritanku membawa semua orang ke bilik ini.
"Kenapa Sya? Jangan bangun lagi. Berehat dulu" kata Mak Far.
"Laa Sya dah cukup rehat dah. Lagi pun sekarang dah malam. Nak balik lagi" kata ku.
"Dah cukup rehat macam ni? Tak payah nak mengada! Malam ni ibu izinkan Arisya tidur je dekat sini" kata ibu. What!! Tak nak la! Walaupun ni rumah mewah tapi dengan Farish.. satu rumah? Ngee memang tak la!
"Tapi ibu Sya dah...."
"Ahh tak payah bagi alasan. Sya tu bangun pun tak boleh, ada hati nak berjalan" ujar ibu. Amboi ibu!
"Aah la. Ayah Is dengan Mak Far tak kisah. Sya kan sakit lagi ni" kata ayah Is.
"Farish pun tak kisah!" kata Farish sambil membuat suara comel.Menyelit je mamat ni! Aku menjelingkan mata ke arahnya. Mereka semua tergelak kecil.
"Ibu dan abah balik dulu tau" ata abah.
"Haa? Abah dan ibu tak tidur sini sekali ke??" kataku yang serupa kanak-kanak.
"Buat apa? Ibu pun nak date juga dengan abah. Kan?" kata ibu lalu tersenyum. Hmm bestnya ibu dan abah ni. Masih lagi bermesra sampai sekarang.
"Alaa tak apa Sya. Aku kan ada?" kata Farish lalu tersenyum nakal.
"Okey lah Far, Is. Kitorang balik dulu. Farish, jaga anak dara ibu seorang ni!" kata ibu. Ish ada-ada je ibu ni!
"Bye ibu, abah. Assalamualaikum" kata ku sebelum mereka meninggalkan rumah ini.
"Sya, kalau Farish ni nakal, belasah je dia! Hehe~ Mak Far dan Ayah Is turun dulu la eh. Nak tengok drama favourite" kata Mak Far sambil tergelak kecil lalu berlalu.
"I will make you fall in love with me, Arisya. Believe me" bisik Farish. Ayatnya membuat jantung ku berdegup kencang! Arghh Farish! Kau memang nak aku mati!
Esok
Tok tok tok
Aduhh siapa yang kacau aku tidur ni!?!! Pintu bilikku di buka.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...