Special♡♡♡

11.7K 440 24
                                    

"Ya Allah budak-budak ni! Dalam rumah pun nak berlari. Haihh cucu nenek ni. Nak nenek dapat sakit jantung ke apa?" ujar ibu. Anak-anak Arisya dengan Ara la. Siapa lagi? Arisya dah ada empat dan nak masuk lima orang anak, Ara dua orang. Memang makin prning la kepala aku ni nak memikirkan cucu-cucu aku yang bertambah ni.

"Awak ni pun. Biar je diorang main. Bagus apa? Bersukan walau di mana berada" ujar abah.

"Eh ehh! Bersukan bersukan jugak tapi biar kena tempat. Hishh malas saya nak layan abang ni" kata ibu dan berlalu dari dapur ke ruang tamu.

"Abang!! Sya nak kemas baju ni. Abang punya baju dah kemas belum?" ujar Arisya.

"Sayang! Jangan la kemaskan. Sayang kan tengah sarat tu. Dah pergi baring atas katil" kata Farish sambil memimpin tangan Arisya ke katil. Alhamdulillah, ni anak kelima kami. Bukti aku betapa sayangnya aku dekat Arisya ni. Walaupun kami asyik bergaduh je 24 jam kalau berjumpa, tapi perasaan aku sebaliknya. Lagi suka sebab dapat perhatiannya.

"Alaa Sya nak tolong je. Jangan la marah" kata Arisya dengan sayu sambil mencebik . Haihh orang mengandung memang sensetive. Terima je lah.

Farish duduk di atas katil di sebelah Arisya. Dahi Arisya dikucup.

"Abang sayang sangat dekat Sya. Abang sayang semua anak-anak kita. Abang tak nak Sya ataupun anak dalam kandungan ni cedera nanti abang yang jadi gila" kata Farish dengan bermuka serious. Arisya memcebik.

"Kenapa pulak abang yang jadi gila?" tanya Arisya.

"Sebab.........."

Cupppp

"Abang tak boleh kehilangan sayang dan anak abang" bisik Farish. Muka Arisya semakin merah menahan malu kerana bibinya dikucup secara tiba-tiba.

"Abang ni...." Arisya memukul manja lengan Farish.

"Ayahh~~~ Kak Fi tak nak main dengan adik. Kak Fi nak main dengan abang Syahir je" Zikri anak Arisya dan Farish yang terakhir muncul dengan kata-katanya yang masih pelat. Kak Fi itu anak ketiga mereka, Firasya . Syahir ialah anak kedua Ara dan Aiman. Firasya dan Aiman adalah sebaya.

"Kacau line betul. Kenapa kakak tak nak main dengan adik?" rungut Farish. Arisya tergelak kecil mendengar rungutan kecil daripada mulut Farish.

"Entah. Kak Fi kata Kak Fi nak main dengan abang Syahir je sebab main dengan abang Syahir best" kata Zikri seperti mahu menangis.

"Alaa anak mama ni jangan menangis. Meh duduk sini meh" kata Arisya. Zikri terus mendapatkan Arisya.

"Kak Fi kata macam tu sebab kak Fi tu dah besar. Dia tak nak adik main permainan orang besar sebab permainan tu berbahaya. Walaupun kak Fi kata tu, kak Fi sayang adik sangat-sangat" kata Arisya. Sedikit demi sedikit terukir senyuman di bibir Zikri. Aku ni sampai sekarang tak pandai memujuk. Itu je lah yang mampu aku buat.

"Abang, Sya nak tengok kejap apa yang diorang main sampai tak bagi Zikri ni main" kata Arisya. Mereka terus ke bahagian luar rumah di mana Firasya dan Syahir bermain.

Tiba-tiba lagu pengantin baru di dengari mereka.

"Aikk siapa yang kahwin sekarang? Tak ada orang pun" ujar Farish sebaik mereka tiba di luar rumah. Arisya mengukir senyuman.

"Sayang ni kenapa tersenyum pulak tiba-tiba?" tanya Farish. Makin seram pulak aku. Ada bunian ke apa dekat sini.

"Ishh abang ni. Tengok la diorang tu" Arisya memuncungkan mulutnya. Farish melihat ke tempat yang ditunjukkan. Mulut Farish ternganga.

"Macam kita dulu-dulu bang. Kita tak boleh la marah diorang. Diorang pun nak merasa jugak" kata Aridya sambil tersenyum manis.

"Mama, ayah! Sini lah. Kitorang main kahwin-kahwin ni. Mama dengan ayah jadi pengapit kitorang" Firasya bersuara.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now