Arisya POV
Di Bilik
Haihh penat aku layan telatah si Farish tu!! Ada ke patut, suruh aku balik dengan dia. Tak menyusahkan ke?? Okay, aku mengaku yang aku memang suka but..aku tak suka la orang yang nak ambil kesempatan macam ni!! Haishh!!
"Assalamualaikum!" tegur Mimi.
"Waalaikumussalam. Lambatnya kau balik? Kau jumpa ke Balqis?" tanyaku bertubi-tubi.
"Hmmm" Mimi mengeluh panjang. Aduhh ni yang aku risau ni!
"Weyh kenapa ni?? Ada apa-apa yang berlaku ke? Cakap lah sesuatu Mi!" aku mula menggelabah.
"Afiq ada suka seseorang" kata Mimi.
"Owh itu aku pun tahu" kata ku.
"Mana kau tahu!" jerkah Mimi. Uishh terkejut aku!
"Laa tak akan kau dah tak ingat yang plan kita tu" ujarku. Mimi yang daripada tadi menggaru kepalanya, terus berhenti dan..
"Owhhh yang tu!!" jerit Mimi.
"Haa apa yang kau nak cerita tadi" malas aku nak layan sebab aku dah penat sangat ni.
"Orang yang Afiq suka tu ialah...Kau!" kata Mimi sambil memandang tepat kepada muka ku. Aku yang tengah minum air oren sunquick tersembur keluar dari mulut ku. Ish baru nak nikmati kesedapan air ni!
"Pfuuufhh!! What! Are you kidding me!?!!" giliranku pula menjerkah Mimi.
"Yes and now kau tahu je lah Balqis. She hates you" kata Mimi dalam nada yang agak rendah.
"Hmm..sejarah lama berulang kembali. Tapi yang ni mungkin lagi gempak" gurau ku.
"Ish kau ni. Tengah serious situation pun nak bergurau kan?" kata Mimi.
"Aku tengok kau pula yang sedih semacam kenapa? Aku rilek je. Cool la babe" kata ku.
"Sebenarnya aku pun dia benci juga" ujar Mimi.
"Kenapa pula? Apa salah kau? Ni dah melebih ni!" kata ku. Kesian Mimi! Dia tak terlibat pun dalam hal ni.
"Iye lah dia kata kau tak macam perempuan pun. Tu yang aku panas, aku sound dia!" kata Mimi dengan nada marah. Mendengar kata-kata Mimi, aku tergelak kecil.
"Kenapa kau gelak pula? Dia hina kau tu!" kata Mimi. Aikk aku pula yang di marah!Aku berhenti ketawa.
"Tak ada lah. Cara kau cerita tu macam budak lima tahun yang mengadu dekat mak dia. Tapi yang pasal Balqis kata tu, aku tak kisah pun apa dia nak kata aku apa, nak anggap aku apa. Malas aku nak layan. Bukannya aku dapat manfaat pun" kata ku.
"Hmm betul juga tu. So, macam mana sekarang?" tanya Mimi.
"Kita teruskan rancangan kita untuk buatkan Afiq dan Balqis rapat" ujarku.
Mimi POV
"Kita teruskan rancangan kita untuk buatkan Afiq dan Balqis rapat" ujar Arisya. Hurmmm kalau dah Afiq suka dekat Arisya, Arisya tak bolrh rapat la dengan Afiq. Kalau tak mesti Afiq lagi suka Arisya. Kejap, aku rasa aku ada idea untuk plan ni!
"Err Sya. Kita ubah sikit plan ni boleh? Ye lah sebelum ni kau kan kena rapat dengan Afiq." tanya ku. Aku kena minta izin dulu kalau tak, mahu makan tapak tangan dia tu!
"Betul juga kan? Nanti dia lagi suka aku. Apa dia?" ujar Arisya.
"Kau rapat dengan Farish. Kalau apa-apa je mesti dengan Farish" kata ku lalu tersenyum sinis.
"Haa kau ni..."
"Ahh tak ada tak ada. Aku tahu kau suka cuma ego kau tinggi je" potong ku.
"Aduhh..kau tahu kan aku tak suka rapat-rapat dengan lelaki ni. Nak pula dengan si Farish tu!" kata Arisya.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...