Farish POV
"Hiarghhhh!!!" Arisya terus memecut ke arah Zaharah. Alamak aku kena buat sesuatu ni! Mati karang anak orang ni! Sakit woo kalau kena pukul dengan dia ni! Aku kan dulu suka cari pasal dengan Sya jadi aku tahu la macam mana nikmatnya bila kena satu tumbukan dari dia!
"Farish buat la sesuatu!" ujar Mimi yang sudah kelam kabut. Aku yang daripada tadi kaku, terus memecut Arisya dan berhenti di depannya secara mengejut. Tiba-tiba.........
GEDEBUKK!!
"Auchh!" aduh Arisya. Aku yang daripada tadi tutup mata ku buka kerana aku rasa sesuatu yang berat di atas ku. Apabila aku buka, mata Arisya pun terbuka....
"Woiii!!!!" jerit kami serentak. Mimi hanya menutup matanya.
"Wey Sya berat la kau ni!" jeritku.
"Euwww blah la kau!!!!" balasnya pula.
"Astaghfirullahalazim! Sya, Farish!!! Bawa bertaubat la korang!" ceramah Mimi.
"Weyh ni salah kau la Farish!! Apahal kau tiba-tiba berhenti depan aku, sakai!!" haa kan dah kena sakai dari Arisya.
"Err sorry la. Aku cuma nak selamatkan keadaan je sebelum jadi parah" kata ku sambil memandang lantai dan menggaru kepala ku yang tidak gatal. Tak sanggup aku nak tengok muka singa dia sekarang.
"Eeee malas lah aku nak layan kau ni!!" bentak Arisya lalu beredar dari situ tanpa menghiraukan panggilan Mimi.
"Farish yang kau buat macam tu kenapa?!?" marah Mimi pula. Haihh apa la nasibku hari ni.
"Dah kau suruh aku buat sesuatu. Tak tahu pula yang sampai jadi macam ni" kata ku yang buat tak bersalah.
"Kau ni bengap Farish! Sekarang ni macam mana!?! Sya dah marah gila dekat kau" kata Mimi. Ada ke patut Mimi panggil aku bengap!?? Okay aku mengaku time tu aku memang bengap pun sebab tu aku main berhenti je.
"Aku tak tahu la Mimi. Macam mana ni?" kata ku lalu duduk di kerusi berdekatan di tempat itu.
"Haa aku tahu macam mana!" jerit Mimi.
"Mak aihh! Kau jerit boleh pecah gegendang telinga aku ni! Apa benda?" nasib baik aku tak melatah.
"Kau ambil ID wechat dia" kata Mimi.
"Nak buat apa pulak dah? Aku sendiri pun tak ada wechat" kata ku.
"Kau tak ada wechat? Hahahaha...lawak la kau. Kau ni dari zaman purba ke dow!?!" ketawa Mimi memecah kesunyian di tempat itu.
"Weyh aku bersebab tak ada wechat. Dulu aku ada tapi sekarang aku dah buang sebab ramai sangat awek nak tackel aku. Maklum lah muka aku kan hensem macam Zizan" kata ku dengan bongkak. Eh tapi betul eh cerita tu.
"Hek eleh kau muka macam Zizan? Ahh sesuai sangat la kau dengan Arisya yang memang gilakan Zizan tu!" kata Mimi.
"Terima kasih sebab kata kitorang ni sesuai bersama. I'm very appreciate it!" kata ku lalu tersenyum lebar hingga ke telinga.
"Sesuai sangat!" Mimi membuat tangan di bahu mata ke atas.
"Euww hodohnya muka kau!" saja nak menyakat sebenarnya.
"Kurang air punya manusia!" jerit Mimi.
"Hahahaha...rilek-rilek. Benda boleh bincang. Aku gurau la bro. Lek la" kata ku dengan cool. Haha...
"Rilek-rilek juga, ni plan yang aku cakap tu kau kena buat sebab benda tu je yang boleh pujuk dia" kata Mimi.
"Ehh plan apa? Kau tak cakap apa-apa lagi la! Poyo je cakap dah bagitahu aku! Huhh" kata ku.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...