Bab 8

10.9K 435 9
                                    

Arisya POV

  Sekejap lagi aku, Mimi dan Farish dah nak balik KL. Hmmm aku tak tahu la sedih ke gembira nak balik KL sebab kalau nak cakap sedih, aku rindukan bantal peluk aku dekat bilik aku. Hehe kantoi sudah! Kalau nak kata gembira, dekat Kelantan ni best! Tapi kalau korang perasan, aku dengan Farish dah semakin baik. Haa! Pasal plan aku nak kenakan Farish tu....aku rasa aku nak batalkan je lah. Aku nak mengaku yang selama ni aku sms dia. Eh tapi tak akan la aku nal cakap yang ni juga yang suka dia. Haishh nanti aku fikir lah!

"Weyh Arisya! Cuba kau tengok Adib dengan Mimi tuh! Huihh kalah romeo and juliet" terjah Farish. Haihh dia ni! Nasib baik aku tak melatah. Kalau tak dah lama dia makan kasut saiz 7 aku ni!

"Woi salam tak ada tiba-tiba main terjah orang je kan?!?! Eh tapi diorang tu memang sesuai kan?" aku terus tukar topik. Malas la nak berperang dengan dia.

"Kan? Eh dah lah jom gerak. Dah pukul 10 ni." kata Farish lalu pergi ke kereta BMW nya.

"Haa kejap aku nak panggil Mimi" kataku dan menuju ke arah Mimi dan Adib yang sedang rancak berborak. Amboi diorang ni!

"Dah lah tu korang ni. Gurau gurau jugak. Batas kena jaga okey?" bila masa aku jadi ustazah pilihan ni? haha~

"Baik lah Ustazah Arisya. Batas akan kami jaga ye" perli Mimi. Adib hanya tersenyum.

"Jom lah gerak. Dah lambat ni." kataku.

"Hati-hati tau semasa memandu. Arisya, aku amanah kan kau supaya jaga Mimi dan jangan bagi dia dekat.dengan mana-mana lelaki pun" kata Adib dengan muka seriousnya memandang aku. Ngee seram sehh!

"Ai ai capten" kataku lalu menabik spring dekat Adib.

"Hahaha sempat lagi kau buat lawak ye" kata Mimi. Lalu kami semua gelak!

"Dah ah jom gerak. Nanti kalau sampai KL lambat jangan salahkan aku" kata Farish yang tiba-tiba muncul.

"KL!  Here I come!" kataku dengan gembira.

"Hahaha kamu ni! Kalau ada masa datang la ke sini lagi. Rumah mak cik ni sentiasa terbuka untuk korang semua! Nah ni buah tangan sikit dari mak cik " kata Puan Fida. Alamak! Malunya!

"Assalamualaikum mak! Nanti kirim salam dekat kak Anis ye!" kata Mimi lalu menyalami tangan Puan Fida.

*****

Seminggu kemudian

Lepas daripada aku sampai KL, aku terus balik rumah mak ayah aku. Mak aihh rindu weyh!! Tapi dalam seminggu tu ada yang tak kena dengan mak ayah aku ni. Aku pun tak tahu mak ayah aku waras lagi ke tak sebab diorang suruh aku khawin!! Dengan anak kawan diorang pulak tu! Orang yang aku tak kenal?!?! O.M.G! Aku baru 23 kot?!!

****

Flashback

"Sya! Boleh ibu tanya satu soalan?" tanya ibuku.

"Sejak bila kalau ibu nak tanya soalan dekat Sya nak kena bagitahu dulu. Tanya je la" kataku. Tak marah okey? Aku gurau je dengan ibu aku ni! Asal? Tak boleh?

"Hehe.. macam ni.. Kalau ibu nak Sya khawin dengan anak kawan ibu Sya nak tak?" kata ibu sambil tersengih. Aku dah buat muka terkejut beruk aku dah ni! Mungkin teruk lagi daripada beruk.

"What?!?! Ibu ni pun. Kalau nak bergurau jangan lah sekasar ini" harap-harap lah apa yang ibu kata tadi hanya gurauan!

"Ibu tak bergurau. Ibu serious. Abah pun dah setuju" tengok muka ibu yang serious macam singa, terus tak jadi nak bercakap.

"Jangan risau. Anak kawan ibu ni Sya kenal. Baik orangnya. Handsome lagi" kata ibu lalu tersenyum lebar. Setahu aku, aku ni mana ada kawan lelaki kecuali masa aku kecil dulu ada lah. Tapi aku dah tak ingat langsung siapa dia.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now