Farish POV
Tok tok tok..
"Rish! Tolong buka kan pintu tu!" jerit emakku. Tanpa membantah aku membuka pintu.
"Eh Mak Cik Leha kan?Aiman dengan Ara pun ada!" tegurku. Mak cik Leha ni ibu kepada Aiman. Ara ni pula....... nanti-nanti je la korang tahu. Aku tak pernah jumpa pun cuma nampak dalam gambar je. Mak Cik Leha membalas dengan senyuman. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam rumahku. Ni mesti tak lain tak bukan nak bincang pasal benda tu!
"Mak cik duduk la dulu. Mak ada dekat dapur. Sekejap, saya panggilkan" belum sempat aku mengangkat kaki ku, mak cik Leha memegang lenganku. Aku memandang mukanya.
"Bawa diorang ni. Mak cik tak nak Ara tahu lagi. Dia budak lagi" kata mak cik Leha dengan perlahan. Aku mrngangguk dan membawa Aiman dan Ara pergi kerana memahami situasi yang akan berlaku nanti.
"Mak! Mak cik Leha datang" panggilku. Mak yang mendengar ku kata begitu terus melepaskan pinggan dan memandangku dengan muka terkejut yang amat! Nasib pinggan tu jatuh dekat dalam singki.
"Mak okey tak ni? Kenapa mak terkejut sangat?" tanyaku kerana risau dengan keadaan mak sekarang.
"Apa dia nak ni! Aduhh" rungut emakku dan berlalu ke ruang tamu untuk berjumpa mak cik Leha. Aku terus membawa Aiman dan Ara ke taman di luar rumah. Kemudian aku masuk ke dalam rumah untuk mendengar mereka bincangkan.
"Far, rasa bersalah aku makin membuak-buak la! Aku...aku tak bolrh simpan lagi!" kata mak cik Leha.
"Kau ingat kau je.Dah berpuluh tahun kau hilang, tiba-tiba muncul ni. Aku ni lagi rasa bersalah la. Sebab tu la aku kahwinkan anak dia dengan anak aku" kata emakku.
Tiba-tiba................ pintu rumah dikuak.
"Assalamualaikum. Tadi kitorang dah bagi salam dan........" kata-kata Puan Niza iaitu mak kepada Arisya terhenti sebaik sahaja melihat kelibat mak cik Leha. Alamak!!!
"Eh Leha!! Lamanya tak jumpa kau! Macam mana kau boleh ada dekat sini?" ujar Puan Niza sambil meluru ke arah mak cik Saleha dan memeluknya.
Arisya POV
Apabila pintu dibuka, kata-kata ibu terus terhenti dan memeluk seorang wanita yang sebaya ibu.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat budak kecil.'Eh macam kenal? Jap jap, bila masa dalam rumah ni ada...... No no jangan fikir bukan-bukan lah Sya!' bisikku di dalam hati.
"Kak Sya eh tu? Aah lah! Kak Sya!!!" aku terus memusingkan kepalaku untuk melihat siapa yang memanggilku.
"Ara! Aiman!" kata ku dan memeluk mereka apabila mereka sampai di depanku.
"Niza, aku nak bagitahu sesuatu" kata wanita yang dipanggil Leha. Ketika mak cik Leha itu hendak meneruskan kata-katanya, Mak Far tiba-tiba menarik lengan mak cik Leha.
"Ahh tak ada apa-apa yang Leha nak cakap pun sebenarnya. Eh Niza, kau datang sini sebab nak bincangkan perkahwinan diorang eh? Kenapa tak bagitahu aku dulu?" kata Mak Far.
"Far" tegur mak cik Leha.
"Iye lah"
"Apa yang kau nak cakap, Leha?" tanya ibu.
"Sebenarnya......." kata mak Leha sambil terduduk memegang lengan ibuku.
"Kenapa ni?" tanya ibuku.
"Sebenarnya.......Ara tu........" kata-kata mak cik Leha digantungkan.'Ara?? Kenapa dengan Ara ni? Apa kena mengena?' omelku di dalam hati. Bermacam-macam soalan bermain difikiranku. Aku hanya melihat mereka bertiga yang berada di ruang tamu dari jauh.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...