Arisya POV
"Kau Arisya!??" Balqis menjerit namaku lalu berjalan menuju ke arah ku dan....mengangkat tangannya untuk menamparku. Akibat terlalu terkejut, aku hanya kaku di situ. Aku hanya membiarkan Balqis menamparku. Tiba-tiba aku rasa ada tangan yang menghalang Balqis daripada menamparku.
"Eh Balqis kau kenapa nak tampar kawan baik kau sendiri!?!!" bentak Mimi.
"Kawan baik aku?? Huhh tu dulu la weyh!!!" marah Balqis pula. Dah kenapa tiba-tiba dingin dengan aku ni.
"Balqis, kenapa kau ni marah sangat dekat aku. Aku ada buat apa-apa yang salah ke dekat kau??" kata ku dengan lembut.
"Ahhh blah la kau!! Kau memang banyak salah pun dengan aku!" marah Balqis.
"Cuba kau bawa bertenang dulu. Kau cerita kenapa kau marah sangat dekat Arisya ni" kata Mimi.
"Ahh tak ada apa nak diceritakan!! Ni semua salah kau, Arisya!" bentak Balqis lalu keluar dari bilik yang kami diami.
"Weyh kenapa Balqis tu!?? Apa lagi masalah dia?" kata ku. Sekarang ni memang betul-betul confuse situation.
"Entah la wey. Tak akan perangai dia datang balik kot! Ahh aku rasa ni mesti ada kena mengena dengan Afiq" ujar Mimi. Aku membuat muka blur kerana tidak faham akan kata-kata Mimi.
"Err tak faham" kata ku. Virus blur Mimi dah berjangkit dekat aku dah.
"Kau ni dah macam aku dah. Tapi blur kau sekarang ni lagi teruk daripada aku. Haha...nanti je lah aku terangkan ye" jawab Mimi. Kurang asam jawa punya kawan!
"Mengaku juga kau kan. But aku lagi blur tu aku tak setuju" nafi ku.
"Hahaha lawak lah kau" gelak Mimi setelah melihat telatahku yang memuncungkan mulut ala-ala donald duck gitu!
******
Esok
Aku lihat di sekeliling kelas kami untuk mencari kelibat Balqis. Tiba-tiba mataku terasa sakit apabila ternampak aksi Zafirah dan Zaharah yang gedik tu!! Perghh pedih mata aku ni haa!
"Weyh Mimi, mana Balqis eh? Tak akan dia ponteng kot?" tanya ku.
"Entah la wey. Tadi aku cuba call dia tapi tak dapat" jawab Mimi. Alah kawan aku seorang ni buat hal la pulak!
***
Selepas habis kelas
"Arisya! Aku rasa aku nak pergi cari Balqis la. Kau pergi la dengan Farish buat assingment tu. Bye " ujar Mimi. Belum sempat aku hendak berkata apa-apa dia sudah meninggalkan ku. Aku pun nak pergi cari juga! Ini tidak adil!
"Arisya, jom pergi taman" ujar Farish.
"Jom tapi Mimi tak datang tau sebab ada hal" kata ku.
"Okey. Lagi bagus" kata Farish lalu tersenyum sendirian. Aku memandangnya tajam.
"What!! Don't look at me like that! I know I'm handsome" kata Farish lalu menyelak rambutnya ke belakang kononnya macho lah sangat.
"Euww aku rasa tapak kaki aku ni lagi handsome la" balasku. Dengan kata-kata ku, matanya sudah terbeliak.
"Ye ke?? Tunjuk sikit! Aku nak lawan dengan dia siapa lagi handsome. Berani dia pikat babe aku!!" gurau Farish. Bengong punya Farish. Aku yang mendengar kata-katanya terus tergelak besar.
"Hahahhhahaha" Farish hanya memandangku pelik.
"Apa!?!?" tanyaku yang sudah membalasnya dengan muka pelik sepelik-peliknya. Farish yang melihat muka ku, terus tergelak. Akhirnya kami pun tergelak bersama.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...