Arisya POV
"Sya!! Sorry lambat!" kata Mimi. Aku memandang tajam ke arah Mimi.
"Kau ni kan! Kenapa lambat?" ujar ku.
"Err sorry la. Perut aku memulas la masa aku sebelum nak keluar. Masa dia tak sesuai langsung!" kata Mimi.
"Kau hari perkahwinan kawan sendiri pun kau lambat. Nasib baik kau tak lambat lagi. Kalau tak mesti Mak Siah depan rumah ni yang make up kan Balqis " kata ku. Ehh bukan aku la yang kahwin!! Balqis yang kahwin. Tapi korang mesti nak tahu kan apa yang jadi selepas aku luahkan perasaan? Hehe~
"Mana Balqis?" Tanya Mimi.
"Dia dalam bilik air. Dia gementar sangat, tu yang sampai sakit perut tu" kata ku. Tidak lama kemudian, tandas di dalam bilik itu di'flush'.
"Aduh duhh sakit perut aihh!! Haa Mimi! Sampai pun kau" ujar Balqis.
"Kau ni ok ke k.o??" ujar Mimi.
"Antara ok dan k.o. Aku nervous gila! Rasa macam nak meletup je jantung aku sekarang ni!" kata Balqis yang kian gelisah.
"Kau ni jangan la gabra sangat. Kau cuma ingat saat-saat indah kau bersama dia je. Macam mana kau marah gila dekat aku dengan Sya ni!" perli Balqis.
"Hehe~ Jangan la cakap macam tu. Aku makin rasa serba salah pula! Aku minta maaf gila-gila dekat korang! Aku kan dah nak kahwin. So, ampunkan hamba yaa tuanku" kata Balqis.
"Maaf diterima" kata aku dan Mimi serentak.
"Aku dah lama maafkan kau. Aku tak simpan dendam langsung dekat kau Qis. Tapi sedih tu ada la sikit. Siapa tak sedih kalau BFF sendiri kata macam tu" kata ku dengan sayu. Air mata kami bertiga berguguran. Kami berpelukan. Selama beberapa saat kami berpelukan, akhirnya aku melepaskannya dan mengelap muka Balqis dan Mimi yang basah dengan air mata dengan tanganku.
"Dah dah. Hari ni kan kau nak kahwin dah Balqis. Kau kena la gembira. Jangan sedih-sedih ni" kata ku.
"Haah la. Qis, nasib baik kau tak make up lagi, kalau tak mesti muka kau tu dah tak ada rupa dah agaknya" kata Mimi. Kami bertiga tergelak kecil.
"Tunggu apa lagi. Make up la aku cepat. Hari ni aku mesti la kena lagi cantik daripada korang kan?" ujar Balqis.
"Elehh..baik lah tuan puteri yang cantik jelita lagi bijaksana daripada cik kiah depan rumahmu" gurauku. Balqis yang pada mulanya sudah kemerah-merahan menahan malu terus tersedar apabila aku mengatakan ayat yang terakhir.
"Aikk cik Kiah depan rumah je? Kurang asam jawa cap adabi punya kawan" kata Balqis lalu memalingkan mukanya tanda merajuk yang main-main.
"Alolo kawan kita seorang ni merajuk la pula. Tak apa apa. Kejap lagi kita make up kan dia macam princess Elsa eh, Sya?" kata Mimi kepada ku.
"Betul tu. Limited edition tau! Tapi aku bedakkan kau je. Yang selebihnya Mimi. Hehe~" kata ku. Mimi sudah memuncungkan mulutnya manakala Balqis tergelak.
"Hahaha...cakap mengalahkan make up artis yang auww gitu. Sekali, bedak je yang kau tepekkan dekat muka aku" kata Balqis.
"Mana boleh Sya. Kata nak jadi P.A aku. Aku ajar la kau. Kalau aku buat seorang, mahu tak bersanding si Balqis ni sebab tak siap-siap" kata Mimi.
"Insyaallah..aku akan buat yang terbaik untuk kawan aku ni!" kata ku dengan semangat.
"Okey dah jom start sekarang. Lagi dua jam je nak bersanding" kata Mimi. Kami pun mula make up kan Balqis.
*********
FLASHBACK
Farish POV
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...