Bab 25

9.3K 369 2
                                    

Arisya POV

"Kenapa kau bawa aku ke rumah anak yatim ni?" tanyaku. Dia kelihatan sangat terkejut. Farish tidak menjawab malah hanya tersenyum. Kemudian dia terus masuk ke dalam rumah itu.

Kenapa dia ni? Pelik la! Mula-mula bawa aku pergi kedai mamak. Lepas itu rumah anak yatim ni! Aku tak kisah sebenarnya, tapi macam tak ada kena mengena yang kononnya nak pikat aku la kan! Huhh!

Aku yang tidak puas hati, terus mengejarnya dari belakang.

"Weyhh kau tak jawab lagi soalan aku" kataku. Sekali lagi, dia hanya senyum dan melayan seorang budak lelaki yang kitaran berumur 5 tahun.

Aku hanya memerhati kelakuan Farish terhadap budak-budak di sini. Yelah aku ni tak pandai layan budak. Karang kalau budak tu nangis, kan naya tu!

"Akak akak! Akak ni girlfriend abang Ish eh?" tegur seorang budak perempuan yang kitaran berumur 7 tahun. Aku baru hendak menjawab, budak itu sudah menyampuk.

"Abang Ish tu Ara punya! Akak tak boleh ambil! Ara je yang boleh!" bentak budak perempuan itu. Aku tergelak kecil melihat gelagat budak itu.

"Nama adik Ara eh? Akak ni bukan girlfriend Abang Ish tu. Akak ni kawan dia je" kata ku dengan lembut.

"Tapi abang Ish pernah cakap dekat kitorang yang nanti dia akan bawa girlfriend dia ke sini" kata Ara. Aku hanya tersenyum.

"Abang Ish ni memang selalu datang sini eh?" tanyaku. Time ni la yang aku boleh tahu yang perangai sebenar dia macam mana.

"Aah! Dia siap belikan ais krim lagi untuk kita semua!" kata Ara dengan bangga.

"Sebenarnya kenapa Abang Ish ni selalu datang sini eh?" tanyaku.

"Tak tahu la. Mungkin dia memang jodoh Ara!" jawab Ara. Lalu aku tergelak kerana dikatanya begitu. Ara mencebik melihat aku tergelak.

"Alolo Ara ni merajuk ke? Tak comel la. Nanti Abang Ish tak nak karang" sakatku.

"Ara comel la! Abang Ish mesti nak dekat Ara punya la!" kata Ara. Pipi empunya Ara dicubit oleh ku.

"Iye la. Ara memang comel pun" ujarku.

"Tapi....Ara tak boleh kalahkan akak. Akak lagi comel!" kata Ara lalu tersenyum lebar. Aku turut tersenyum. Siapa yang tak suka kena puji kan? Hehe~

Mula lah pelbagai cerita yang keluar dari mulut kami ni. Aku rasa nak menangis pun ada bila Ara cakap yang dia tak pernah jumpa mak dan ayah dia! Ara kata yang penjaga dekat sini pun tak tahu kenapa dihantar sini.

Dalam diam Farish melihat Arisya sambil tersenyum girang. Aku pun melihat Farish. 'Dah kenapa dia asyik pandang aku? Sambil senyum pulak tu! Makin pelik mamat ni!' bisikku di dalam hati.

"Syok bercerita?" tegur Farish.

"Syok la juga. Sekarang aku dah ada best friend baru!" kataku.

"Amboi kau! Si Balqis dengan Mimi tu kau nak campak mana?" ujar Farish.

"Laa diorang still lagi BFF aku cuma aku tambah seorang je" kata ku.

"Yeyy Ara ada best pren(friend)!!" kata Ara. Aku dan Farish meletuskan gelak kami apabila mendengar Ara bercakap dengan pelat.

"Kenapa abang dengan akak gelak?" tanya Ara dengan penuh persoalan.

"Tak ada apa la Ara" kata Farish.

"Hmm okay" kata Ara lalu bermain dengan anak patungnya. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki menarik rambut tocang milik Ara.

"Aduhhh! Sakit la, Aiman! Awak ni kenapa?" marah Ara.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now