Arisya POV
Di Bilik
Ish apa kena dengan aku ni! Kenapa aku rasa macam marah gila dekat Farish bila dia cakap macam tu!?! Tak akan la aku.... suka dia?? Ish jangan jangan!! Aku rasa aku kena bagitahu Mimi dengan Balqis la pasal perasaan aku ni. Ye aku patut bagitahu.
***
Esok
Di kelas
" Hari ini kita ada dua penuntut baru. Jadi sila memperkenalman diri" kata Puan Salihah.
"Hye! My name is Tengku Zafirah bt Tengku Zikri"
"And I am Tengku Zaharah bt Tengku Zikri. We're siblings. We are from LA" lawanya diorang ni! Tapi yang tak boleh blahnya baju diorang tu tak boleh singkat lagi ke? Selesai sahaja mereka memperkenalkan diri, mereka mengambil tempat di sebelah Farish which is in front of me!! Kenapa mesti sebelah dia! Eh jap, kenapa aku ni nak marah sangat? Biar lah dia nak duduk sebelah Farish. Oh no no! Dia menggatal dengan Farish! Pegang-pegang tangan pulak tuh! Aishh apa aku ni, biarkan je lah diorang tu. Dosa diorang bukan aku.
Selepas Kelas
"Eh Arisya! Kau perasan tak apa yang minah-minah dari LA tu buat dekat Farish?" tanya Mimi.
"Memang aku perasan la weyh! Panas je aku tengok diorang pegang-pegang tangan Farish tuh! Haishh rasa macam..." kata-kata ku dipotong.
"Asal kau nak marah? Bukan sepatutnya kau lagi suka ke? Melainkan kau suka dia?" kata Balqis yang sudah tersenyum nakal. Alamak!! Aku terlepas cakap la! Naughty mouth! Ceh salahkan mulut.
"Tak ada maknanya! Sebagai kawan, aku kena la mencegah maksiat" dah itu je yang dekat dalam kepala otak aku ni.
"Eh dah la jom pergi makan. Aku dah lapar ni" kata ku sambil menggosok-gosok perut. Sebenarnya lebih kepada tukar topik. Hehe~
"Hek eleh tukar topik pulak dia! Macam la kitorang ni tak tahu! Eh tapi elok jugak kau ajak pergi makan ni. Aku pun dah lapar gila sebab pagi tadi aku tak breakfast pun. Kesian aku" kata Balqis dengan sayu.
"Alolo kesian girlfriend aku seorang ni. Huhu" kataku dan membuat tangisan yang amat lah fake!
"Puihh tak hengen aku nak jadi girlfriend kau!" kata Balqis. Lalu pecah lah ketawa kami bertiga semasa menuju ke kantin.
Di kantin
"Haihh mana Farish ni! Tadi dia kata dekat aku nak lunch sekali dengan kita" kata Mimi sambil mencekak pinggang.
"Alaa biar lah dia tuh. Dah, aku nak pergi beli makanan dulu" kataku sambil bangun dari tempat dudukku.
"Sya, kau tak jealous ke entah-entah dia dengan minah-minah tak cukup kain tu?" tanya Mimi. Aduhh complicated sangat dia punya soalan!!
"Eh korang ingat lagi tak benda yang aku nak cakap dekat korang tapi tak jadi disebabkan ada Farish?" aku menukar topik. Tapi aku memang nak cerita sekarang sementara Farish tak ada ni.
"Haa apa dia? Aku pun hampir lupa pasal tu" tanya Balqis.
"Bila aku cerita ni korang jangan gelak or bagi reaksi yang teruk, okay?!?" kataku yang kononnya garang.
"Okay!" kata Balqis dan Mimi serentak. Aku tersenyum puas. Lalu aku pun menceritakan perkara yang agak memalukan dan membengangkan aku. Tapi malangnya aku baru cakap 'aku nak kahwin..' diorang memotong.
"Apa?!?! Kau nak kahwin!!" jerit Balqis dan Mimi serentak. Alamak! Semua mata yang berada di kantin sudah memandang kami!
"Ehh sori-sori. Kitorang berlakon je tadi. Hehe" kata Balqis kepada mata-mata yang memandang kami sebentar tadi. Pandai betul lah kawan aku ni cover.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...