Arisya POV
Hari ni SMK Petaling Jaya iaitu sekolah lama aku ada buat reunion. Ofcourse la aku nak pergi! Bukan nak tapi wajib dan kena pergi!
Aku ingat lagi yang aku dan geng-geng aku la yang conquer budak junior dekat sekolah. Aku lah ketuanya! Masa tu memang geng aku la yang paling popular dikalangan murid bahkan dikalangan guru.
Hampir setiap minggu kitorang kena panggil dengan guru kelas. Tapi tu tak jadi penghalang sebab guru disiplin satu kepala dengan kitorang! Tu yang kitorang tak pernah nak berhenti kacau budak junior. Cuma seorang je orang yang aku tak boleh kalahkan. Siapa lagi kalau bukan Farish a.k.a my husband to be!
Eh eh aku ni dok flashback je! Siap tak lagi! Si Farish ni dah sms tanya dah siap ke belum. Aku pun dengan sepantas kilat bersiap.
Aku mengenakan dress berwarna ungu cair bersama tudung selendang halfmoon. Bedak ditepekkan dimuka dengan sedikit blusher di pipi. Celak dan eyeliner yang nipis di atas mata.
Akhirnya siap dalam masa 20 minit. Kira sekejap la kot untuk orang yang pertama kali make up. Aku lihat diriku di cermin. Korang mesti pelik kan, kenapa kali ni aku nak pakai dress dan bermake up. Semenjak aku tahu yang aku akan kahwin dengan Farish, aku mula sedar yang sebenarnya aku ni perempuan sejati. Cewahh ayat! Yeke??
'Saya dah ada dekat depan rumah'-Farish.
"Arisya! Farish dah sampai!" jerit ibuku.
"Okey! Sekejap!" balasku. Aku membuka langkah menuruni tangga.
"Ibu, abah, Sya pergi dulu. Assalamualaikum!" kataku sambil menyalami mereka.
"Jangan balik lambat sangat. Balik sebelum pukul 12 malam. Ingat,awak tu belum kahwin lagi" kata abah.
"Baiklah abahku sayang! Bye!" ujarku lalu melangkah keluar dari rumah.
Aku melihat Farish yang memakai kemeja hitam bersama seluar slack kelabu sedang menyandar di kereta sambil memandangku. Aku sedar yang...dia handsome gila hari ni!! Dia memang dah hari-hari handsome macam ni ke aku yang baru perasan?!! Aku pun berjalan menuju ke arahnya.
"Dah jom pergi. Lambat nanti. Majlis tu start pukul 7 malam kan?" kataku. Farish hanya memandangku sambil mulutnya terbuka sedikit. Aku melambai-lambai tanganku.
"Err awakk?? Tengku Farish bin Tengku Ismail!" panggilku. Farish tersentak mendengarku panggil.
"Ahh ye! Jom pergi. By the way...look gorgeous today" bisik Farish. Mukaku menjadi merah padam mendengar pujian daripada Farish.
*********
"Wahh makin cantik sekolah!!" kataku sebaik sahaja keluar dari kereta. Kalau dulu, cat dinding sekolah ni luntur. Buruk bebenor lah! Bukan nak hina ke apa tapi kenyataan beb!
"Kan? Jom masuk. Kita tengok apa lagi yang berubah" ujar Farish lalu memegang tanganku dan melangkah masuk ke dalam sekolah itu. Berlapik okey??
"Arisya!!" siapa pulak yang panggil aku ni? Dah la suara garau gila! Aku memusingkan kepalaku untuk melihat gerangan yang memanggilku itu.
"Yo Asyraf!!" tegurku sebaik sahaja melihat orang yang menegurku sebentar tadi.
"Ehh Farish pun ada?" tegur Asyraf kepada Farish. Yang peliknya, Farish nampak macam tak suka dengan kehadiran Asyraf. Farish hanya menganfkat tangan untuk membalas teguran Asyraf. Kemudian Asyraf berjalan menuju ke arah kami berdua.
"Korang datang sekali ke? Biar betul?" tanya Asyraf.
"A'ah kenapa?" balas Farish sambil merapatkan tubuhku dengannya.
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Teen FictionBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...