Bab ni khas untuk part Ara je. Ingat tak Ara ni siapa? Alaa adik Arisya la. Ni short story tentang Ara dengan Aiman je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ishh mana si Aiman ni! Lambatnya! Dah dekat pukul 7:30 ni. Dah konfem-konfem kena denda. Kalau aku pergi sekolah seorang-seorang, dia mengadu dekat ibu dan ummi pulak! Ummi tu mak kepada Aiman dan juga kawan baik ibu. Arghhh kenapa la aku terjebak dalam hidup mamat ni!
Cehh padahal dalam hati suka bila bersama dengan dia. Cakap je lebih.
Pin pin!!
Aku tersentak dari lamunan. Aiman membuka tingkap kereta BMW nya.
"Sorry Ara sebab lambat. Aiman terlambat bangun" kata Aiman.
"Eee dia ni! Aiman dah tahu kan Ara ni tak suka lambat-lambat macam siput ni!" bentakku. Aku ni jenis yang panas baran sikit tapi Aiman tak pernah pun marah sebaliknya menenangkan aku.
"Alaa Ara. Jangan la marah. Hari ni kan hari last kita ada dekat sekolah and hari last kita jadi budak sekolah ni" balas Aiman. Aiman ni jenis yang agak lembut tapi dia tegas kalau ada orang yang kacau aku.
"Last last jugak tapi denda tetap kena" kataku dan memasuki keretanya.
"Takpe la. Kalau kena denda masih berada di sisi Ara pun Aiman sanggup" kata Aiman. Ni lagi satu. Aiman ni jiwang sehh! Aku memang la suka bila dia kata macam tu tapi......aku rasa dia anggap aku sebagai adik dia je. Ye laa kawan daripada kecil sampai sebesar 17 tahun ni, takde maknanya nak anggap lrbih daripada seorang adik atau kawan. Aku je yang pelik.
"Ara? Aiman? Korang datang lambat hari ni? Pelik. Biasa korang tak pernah lambat. Lagi-lagi si Ara yang macam singa ni" kata Qusyairi iaitu ketua pengawas sebaik kami terpacak di pintu pagar sekolah. Aku memukul kuat lengan Qusyairi. Sempat lagi mengumpat aku!
"Aii kau ni Qusyairi! Meh sini buku tu nak tulis nama aku" kataku dan mengambil buku untuk menulis namaku dan Aiman. Selepas itu kami beratur bersama beberapa orang murid yang datang lambat.
"Okey. Disebabkan hari ni hari last, jadi hari ni denda dia lain daripada yang lain. Cikgu bagi kebenaran dekat aku yang aku boleh buat apa je dekat korang ni. Tapi form 5 je yang kena. Yang lain tak kena denda" kata Qusyairi.
"Haa! Kitorang je! Agak la weyh" bentakku.
"Apa pulak kau nak buat dekat kitorang ni" kata Amir a.k.a gangster dekat sekolah ni.
"Jangan nak merungut. Denda dia......"
******
Aku dan Aiman melangkah masuk ke dalam Dewan Perdana yang murid-murid lain ditempatkan.
"Duhh Aiman. Ara tak nak la! Memandai je Amir tu suruh kita buat tu. Dia jadi prob je" rungutku.
"Takpe la. Sekali sekala kita buat macam ni. Lagipun hari ni hari last kot kita jejak sekolah ni. So, kita hiburkan kanak-kanak ribena ni haa" kata Aiman. Qusyairi! Ni semua salah kau! Kau tengok la nanti, kakiku akan ku layangkan ke mukamu.
"Assalamualaikum murid-murid! Seronok tak hari ni hari last sekolah? Mesti la seronok kan. Jadi, hari ni kita ada persembahan untuk kamu. Tapi kita tambah lagi persembahan untuk murid yang datang lambat" ucap Cikgu Shah. Erghhhh!! Ada ke patut, Qusyairi suruh kitorang buat persembahan atas pentas? Huihhh memang tak la jawapan dia! Tapi kalau tak buat, Qusyairi cakap nanti aku tak dapat ambil slip keputusan dengan fail aku. Haihh!
"Ehh korang nak nyanyi lagu apa?" tanya Amir.
"Disebabkan aku dengan Ara yang nyanyi, jadi aku nak lagu yang cintan cintun sikit" jawab Aiman. What! Aduhhh masalah masalah!
YOU ARE READING
Kedua Kalinya
Novela JuvenilBiasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang men...