Bab 20

8.9K 389 1
                                    

Arisya POV

Exam dah habis. So, boleh la kita enjoy!!! Oppsss lupa yang...kena jumpa keluarga aku untuk apa aku tak tahu. And for the berapa puluh ribu kali aku kata, I miss him so much. Farish. Dia dah jampi aku ke apa ni? Serious sekarang aku rasa aku dah mula suka kan dia. Somebody help me!! Im in love with Farish! Aku cakap pun tak guna juga sebab aku akan kahwin dengan pilihan abah dan ibu.

"Arisya, kalau boleh aku nak je ikut kau balik sebab aku pun nak juga tengok bakal suami kau tu. Tapi disebabkan aku kena balik Kelantan kan. Faham-faham je la kenapa. Hehe" kata Mimi. Ada-ada je Mimi ni.

"Tu la Mimi. Aku pun nak juga tapi aku kena bawa Afiq jumpa keluarga aku" Balqis tiba-tiba tersenyum malu. Hek eleh minah seorang ni! Ohh lupa nak cakap yang lepas daripada Balqis keluar dari hospital, aku dan Mimi bagi ruang untuk Balqis dan Afiq berbincang. Dan akhirnya Afiq sedar yang Balqis jodoh dia. Happy ending as always. Hmmm aku je yang tak happy ending. Tak apa janji abah dan ibu bahagia. Aku?? Asal diorang bahagia, dah cukup bagi aku.

"Eh dah pukul 10! Aku kena pergi ni! Nanti Adib tertunggu pula" ujar Mimi yang tiba-tiba berkuasa penuh mengemas barang. Kelam kabut sungguh! Macam ni anak dara!

"Wait! Adib dari Kelantan tu sanggup datang sini ambil kau?" tanya Balqis.

"Yess!" balas Mimi.

"Auwhh so sweet! But, tak boleh kalahkan kesayangan aku!" kata Balqis. Minah ni dah memang betul-betul angau dengan Afiq!

"Kau balik dengan siapa Balqis?" tanyaku.

"Aku abang aku yang ambil. Kau?" kata Balqis.

"Macam kau tak tahu. Aku self service ah! Hehe~" kata ku.

"Bye korang! Arisya, kalau kau nak kahwin nanti jangan lupa jemput aku and jadikan aku pengapit kau" kata Mimi.

"Eh tak ada! Aku jadi pengapit Arisya!" balas Balqis pula.

"Pengapit mungkin bukan antara korang berdua" kata ku.

"Habis siapa??" tanya serentak mereka berdua.

"Mak aku!" kata ku dan lari daripada diorang.

"Arisya!!!" mereka mengejar aku dan menggeletek aku.

"W..weyy d..dah la tu!! S..stop it!!" jeritku sambil tergelak.

"Haa tau pun kau! Arisya! Tengok aku dah lambat. Bye guys, aku gerak dulu! Do miss me!" kata Mimi lalu meninggalkan kami berdua.

"Eee siapa nak rindu dia?" ujar Balqis.

"Adib la! Siapa lagi!??! Hahahha" gelak ketawa kami berdua memecah suasana.

"Kau ni Arisya! Nasib baik dia tak dengar. Kalau tak mahu pecah perut kau digeleteknya" kata Balqis yang masih lagi mempunyai sisa-sisa gelaknya.

"Okey lah! Jom keluar. Aku nak gerak dah ni" kata ku

"Jom. Abang aku pun dah sampai. Bye!" kata Balqis.

*******

Di Rumah Keluarga

"Assalamualaikum! Ibu, abah!!" aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam! Haa sampai pun. Sini Sya" tegur ibu. Siapa pula mak cik dan pakcik di ruang tamu ni??

"Arisya kenalkan ni Puan Farisha dan Encik Tengku Ismail" kata ibu. Macam kenal lah diorang ni.

"Alah Niza! Tak payah nak ber'puan' sangat lah. Nanti jadi menantu juga! Panggil Mak Far dengan Ayah Is je" kata Mak Far dengan mesra. Owh jadi ni la mak ayah bakal suami aku tu! Aku kemudian menyalam dan mengukirkan senyuman.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now