Bab 30 (TERAKHIR)

17.1K 610 20
                                    

Dua Tahun Kemudian......

Kalau dah jodoh tak ke mana. Yeke?? Tu kata orang tapi diorang ada fikir ke yang sebenarnya nak dapatkan jodoh pun kena ada usaha juga.

"Hai kakak ku tercinta!" tegur Ara sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidurku.

"Hai! Baru balik sekolah eh? Kenapa tak balik dulu tukar baju? Ibu marah nanti" kataku dengan nada yang kononnya tegas.

"Alaaa Ara pun nak jumpa baby yang comel lote ni! Lagipun, ibu dan abah datang sekali" ujar Ara. Lupa nak bagitahu yang sekarang ni aku tengah pantang. Maklumlah baru lepas bersalin. Ara pun dah besar sekarang. So, dia dah mula faham and terima yang kami ni keluarga kandung dia.

"Awalnya datang. Nah tengok la puas-puas. Yang akak tak puas hatinya, kenapa muka baby ni comel macam muka adik akak seorang ni eh?" gurauku.

"Dah adik akak ni memang comel plus cun melecun macam kakak dia. Hehe~ tambah pula dengan papa dia yang handsome lagi macho" balas Ara.

"Eh eh! Husband akak mesti lah handsome!" kataku dengan angkuh dan diakhiri dengan gelak tawa kami.

"Haa! Apa la yang dua gadis ni bincangkan eh? Ngumpat abang la tu"

"Eh abang ni! Terkejut Sya! Kot ye pun bagi la salam" kataku. Mesti tertanya-tanya siapa my my lovely husband tu! Kalau dah jodoh tak ke mana la bro!!!

"Hehe.. Ni, kawan-kawan sayang dah sampai. Ada dekat bawah. Jom turun" kata Farish a.k.a husband I la! Farish memimpin tanganku dan berlalu dari bilik bersama Ara.

"Wahh comelnya anak kau Sya!!!" kata Mimi.

"Well, like mother like daughter! Anak kau pun cute miut juga. Dua lagi! Hebat la kau!" kataku.

"Cehh..by the way thanks. Nasib baik anak aku pun kau puji. Tapi tak dinafikan, kau dengan Farish dua-dua pretty and handsome" kata Mimi sambil meletakkan tangannya dibahu dan matanya ke atas. Masih tak berubah perangai kawan aku ni.

"Hahaha... Balqis dengan yang lain tak sampai lagi ke?" tanyaku. Aku punya kenduri doa selamat pun lambat.

"Balqis on the way. Geng lain ada dekat luar. Baru sampai" balas Mimi.

"Hello my friend! Terima kasih sebab jemput aku. Ingat lagi kau dekat aku, kitorang semua ni" tegur Aina.

"Of course! Kita sama-sama naik dekat sekolah dulu, mana boleh aku lupa memori tu!" kataku. Kami tergelak.

"By the way, tahniah. Anak kau comel sangat" kata Aqilah. Haihh anak aku ni famous hari ni. Jealouse kau! Hehe~ gurau...

"Kau pun apa kurangnya. Dah berbadan dua sekarang" ujarku.

"Sayang, sini. Majlis dah nak mula" panggil Farish. Majlis doa selamat dimulakan.

Agak pelik juga la ibu aku seorang ni. Angin dia tiba-tiba berubah dan membenarkan aku bersama dengan Farish. Katanya, cinta kawan dia pun terhalang. Then, disebabkan itu, dia jadi gila. Tapi sebenarnya tak pun. Ibu tak tahu yang aku dah tahu sebabnya. Ibu je melebih buat cerita klise. Banyak baca novel sangat la ni.

FLASHBACK

TOK TOK TOK...

Aku buat-buat tak dengar. Semenjak dua menjak ni, aku asyik berkurung je dalam bilik ni. Putus harapan la katakan. Bak kata lagu Shila Amzah, 'Patah seribu hatiku!'.

"Rish! Dah la. Balik je lah. Aunty tak akan ubah fikiran" kata ibuku. Farish? Datang? Wahh tak putus asa dia. Aku keluar dari bilik dan menyorok di sebalik dinding.

"Tapi aunty kena dengar yang sebenarnya mak saya tak bersalah pun dalam perkara ni"

"Memang la Rish kata macam tu sebab tu mak Rish" celah ibu. Hmm..aku mengeluh panjang.

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now