Bab 14

9.6K 414 3
                                    

Arisya POV

Flashback

"Assalamualaikum Sya! Ni ibu" kata ibuku dengan mesra.

"Waalaikumussalam ibu. Kenapa ibu call malam-malam macam ni?" tanya ku. Tak pernah-pernah ibu call tiba-tiba macam ni. Ni mesti ada apa-apa ni.

"Saja ibu nak call anak kesayangan ibu yang comel ni. Ibu rindu la dekat Sya. Bila nak balik sini?" kata ibu.

"Sya pun rindu ibu juga. Sya balik lagi tiga minggu. Lagipun Sya dah nak periksa. Sebab tu la Sya tak boleh balik dalam masa yang terdekat ni" kata ku.

"Haa ye lah. Belajar rajin-rajin. Lagi satu, lepas daripada tiga minggu terus balik rumah tau. Ibu dengan abah ada surprise" kata ibu dengan riang serupa kanak-kanak ribena. Hehe~

"Surprise apa tu ibu?" aku ni pantang bila dengar je surprise mesti aku seronok gila!

"Ada la! Benda ni ada kena mengena dengan perkara yang kita bincang hari tu" kata ibu.

"Okey lah. Ibu pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik" kata ibu lalu meletakkan telefon sebelum senpat aku berkata. Aku berfikir panjang dengan apa yang telah diberitahu oleh ibu sebentar tadi. Tak silap aku perkara yang kami bincang sekeluarga adalah.... KAHWIN!?!? Oh no! Tak akan la aku kena kahwin masa tu?!? Ish jangan, fikir positive! Aku kena bagitahu benda ni dekat diorang ni.

Di Kantin

"Weyh aku ada benda nak cakap ni" kata ku dengan sayu.

"Apa dia? Kenapa kau macam sedih je?" kata Mimi. Aku kena juga cerita walaupun benda ni memalukan dan menyedihkan. Please faham perasaan aku sekarang kawan!

"Aku ada dua benda nak dicakapkan. First, benda ni agak mengarut tapi...."

"Apa benda?? Jangan la buat aku gabra dow?!?" kata Balqis yang kian menggelabah.

"A..aku rasa ak..aku d..dah suka F..F...Farish!" kata ku lalu menundukkan muka. Aikk kenapa diorang senyap je ni. Biasanya kalau diorang tahu perkara yang complicated macam ni.

"Korang ni bagi la respons sikit! Ni diam je" marah ku.

"Hmm kitorang dah lama tahu" kata Mimi dengan tenang.

"Aku sebenarnya terkejut juga sebab kau dulu taiko sekolah kita. Tiba-tiba jatuh cinta..." belum sempat Balqis menyambung, Mimi menyiku tangan Balqis dengan kuat.

"Ish kau ni Qis! Sya sekarang kan dah insaf la kata kan!" kata Mimi lalu membuat tangan diatas bahu mata ke atas. Kami tergelak apabila melihat telatah Mimi.

"Tapi...Farish pun ada ke perasaan macam aku" kata ku dalam nada yang sedih.

"Farish pun...." kata-kata Balqis tergantung kerana Mimi menutup mulutnya. Kenapa kelakuan diorang macam ni? Pelik!

"Farish pun apa?" tanyaku.

"Tak sebenarnya kitorang pun mana tahu. Kalau kau nak tahu, kau kena la berbaik dengan dia and then kau tanya la dia" kata-kata Mimi diakhiri dengan senyuman.

"Tapi kalau macam tu tak ke macam menggedik sangat dekat dia??" ye lah Farish pernah kata yang dia paling benci orang yang menggedik ni.

"Eh tadi kau kata ada dua benda nak cakap kan? Apa dia?" tanya Balqis. Aku hampir lupa pasal benda tu!!

"Oh aah la! Benda ni lagi tak masuk akal" kata ku yang saja nak membuat suspen.

"Tak masuk akal?? Apa dia?" tanya Mimi.

"Mungkin aku akan kahwin nanti" kata ku dengan tenang.

"Haa!?!? Mana kau tahu!!" jerit Mimi. Aku dengan automatik menutup telinga ku. Huishh hampir pecah gegendang telinga aku ni!

Kedua KalinyaWhere stories live. Discover now