Riuh rendah kenduri di rumah belah Sab.Waina yang mula jejak kaki ke tanah sempat tarik nafas.
Ya Allah,kuatkanlah aku..Doanya dalam hati.
"Kajha.."ajak Hanbin.Waina membentukkan eye smile di sebalik niqab krim itu.
Dari jauh dilihat semua orang berbisik bisik apabila menyedari kehadiran Waina.Waina hanya melemparkan senyuman disebalik niqabnya.
"Cepat betul cari peganti si Waina tu..Aku pikir orang bertudung litup bagai ni ingatkan tak menggatal..Rupanya,idokk..same aje.."bisik makcik onion number one.
"Eh ye ke boiprennya si Waina?Tutup mulut tu,entah gangster dibawaknya,nak pukul lah jugak sekali dua muka si Talha.."balas si nombor two
Waina yang dengar hanya mampu bersabar,inilah orang melayu,judge depend the image,not heart..
"Jom masuk dalam,saya nak jumpa Sab,nak bagi buah ni ha.."Waina ajak B.I yang sibuk cubit pipi Tisya.
"Awak tak bubuh racun kan dekat buah tu?"soal B.I,serius..
"Taklah..Awak ingat saya ni ahli sihir dalam cerita snow white tu ke?Kalau betul pun,Sab dah ada prince charming yang akan cium untuk bangunkan dia.."balas Huwaina sambil tergelak.
"Haih..Kalau awak ahli sihir,saya dengan Tisya ni nak jadi apa?"
"Orang kerdil pun sesuai jugak.."
"Taklah,suami ahli sihir.."
Waina diam.
Sesampai di depan pintu rumah Sab,Puan Zaiton yang kebetulan baru keluar dari ruang tamu terlanggar Waina.
"Astaghfirullahazim..Saya mintak maaf makcik..Eh..Ibu??"Waina terkejut.Puan Zaiton turut terkejut lantas tangan halus itu ditarik.
"waina buat apa dekat sini,sayang?"
"Waina nak lawat Sab,rindu.."
"Waina..."Puan Zaiton tahan sedih.Terharu sangat dengan luka yang ditoreh anaknya sendiri di hati wanita solehah ini.Dipeluk erat tubuh itu.
"Ibu..Tak apa..Waina faham..Jangan risaulah..Waina tak ada kerjanya nak rosakkan majlis orang,sayanglah pelamin cantik tapi pengantin kena serang.."gurau Waina.
Puan Zaiton menangis betul kali ni.Teresak esak tangisnya.Rengekan Tisya juga bila B.I cubit pipi Tisya tak henti.
"Allahuakbar..Cucu nenek..Meh kat nenek sayang.."Puan.Zaiton mendakap Tisya.Dicium rindu Tisya.B.I hanya memerhati.Cuba faham keadaan.
"Makcik.."B.I tegur.Dia segera menundukkan badan.Begitu juga dengan Puan Zaiton.
"Suami Waina ke?"soal Puan Zaiton.Cepat cepat Waina geleng laju.
"Tak lah..Kawan aje ni.."balas Waina malu.
"Yalah tu kawan,nanti kawin,ibu tak terkejut pun.."
Waina,Puan Zaiton dan Hanbin bergerak ke dalam rumah.Suasana yang riuh rendah tiba tiba sunyi apabila kemunculan Waina.
"Waina lah.."
"Dia bawak siapa tu?"
"Eyy..Comelnya baby dia,lama ke besar lama ke comel.."
Pelbagai komen dikeluarkan.Hanbin mula memakai earphone translate,bagi memahami apa yang diperkatakan oleh mereka.
Waina perlahan bergerak ke dalam bilik tempat Sabrina bersiap.Diketuk sekali pintu sebelum dia masuk.
"Haah..Cantik kan,I?"Waina hanya memerhati Sab yang rancak berborak dengan mak andam tersebut.
"Wa..Waina..Kau buat apa dekat sini?"soal Sab,jelas sekali terkejut Waina membentukkan eye smile.Tangan dihulur.
"Tahniah.."ucap Waina,ikhlas.Sab termagu seketika.Betul ke apa yang dia lihat sekarang ni?
💔💔💔
Sementara itu,Hanbin yang membawa Tisya pergi ke bilik yang menempatkan Talha.
"Assalamualaikum.."ucap Hanbin meskipun pelat.Talha yang lengkap berpakaian pengantin terpinga pinga.
"Wa..Waalaikumussalam.."balasnya.
"Nah,anak kau..Dan,yaa..Ambik ni sekali.."Hanbin menghulurkan Tisya dan sepasang earphone translate juga.Talha menyambut keduanya.
"Kau siapa?"soal Talha.Hanbin sengih sinis
"Bakal imam dan cinta sejati Aisya Huwaina Kim,mungkin.."balas Hanbin yakin.
"Aku tanya kau siapa?!"Talha memegang kasar leher Hanbin.Tisya juga sudah dilemparkan diatas katil.
"Wow..Wow..Agak agaklah beb,anak kau kut,main lempar lempar,dah tak sayang bini,takkan anak pun jadi mangsa?"
Dush!
"Bodoh!!Kau siapa nak masuk campur hal peribadi aku?"hambur Talha.Tetamu di dalam rumah juga sibuk sibuk melihat.
"Well..Aku tak nak sakitkan kau,nanti apa pulak orang kata pengantin macam gangster,by the way ingat satu je..Jangan jilat ludah sendiri,okay?"
"Pergi mampus lah kau!!!!"Talha menumbuk sekali lagi Hanbin.Akibatnya mask yang dipakainya turut tercabut.
"Weyh..Bukan B.I Ikon ke tu?"
Anak gadis di dalam rumah itu menjerit jerit B.I mendecit sekali sebelum mengambil Tisya dan keluar rumah tergesa gesa.
"Kau datang Waina?"soal Sab.
"Yup,kenapa?Salah ke?"
"Kau saja kan nak hancurkan kebahagiaan aku?Kan??!"tempelak Sab.
"In case kau terlupa,kau sendiri yang ajak aku datang,aku pun bukan nya terhegeh hegeh sangat pun nak tengok derita aku,tapi segan lah orang dah ajak..."sengaja Waina perli.
"Kau..Memang tak guna!!"
Pang!!!
Satu tamparan hinggap di pipi Sab.
"cukuplah Sabrina nak malukan ummi,dengan kedatangan Waina pun dah cukup buat ummi malu,ni kamu nak sergah dia,tolonglah...Stop jadi selfish,tak ada langsung ke rasa kesian dekat Waina,kawan kamu dari dulu?!"tengking Pusn Sarah,ibu Sab.
"Ummi..Sampai hati ummi.."Sab sudah melelehkan air mata.
"Dahlah Sab..Cukup..Cukup..Hentikan drama air mata kamu ni..Kamu bagitau satu kqmpung,yang Waina curang,sampaikan semua orang anggap Waina orang keji tapi hakikatnya,kamu tu yang rampas hak orang..Tolong Sab..Berhenti,berhenti sebelum ummi berhenti jadi ibu kamu.."Puan Sarah menangis.Waina juga tekup mulut tak percaya.
"Sab..Aku cakap ni bukan nak tegakkan benang yang basah,bukan jugak nak raih simpati tapi sebelum aku pergi,aku nak cakap,ni ikhlas dari hati aku..Aku maafkan kesalahan kau,aku harap kau berbahagia dengan Talha..Aku doakan kau sentiasa jadi sahabat aku,bahagiakan ummI kau..Asslamualaikumm.."waina pergi.
"Waina..!"Sab panggil.Waina berhenti melangkah.
"Kau lah sahabat setia pernah aku jumpa,sahabat yang penyabar,yang sanggup dengar semua masalah aku,yang tahan dengan mulut lepas aku,kau memang cantik,sebab tu aku jelous dengan kau,dari dulu lagi,apa yang kau nak semua kau dapat,aku mintak maaf,tolong Waina,aku minta maaf.."kata Sab sedih.
Waina yang terharu kembali ke Sab dan memeluk erat tubuh sahabatnya itu.
"Erghhh...!!"Waina memegang perut yang pedih ditikam pisau.Semua tetamu menjerit kuat.
"Kau juga perempuan bodoh,Waina!Tak tahu mana duri mana permata..Selamat tinggal.."bisik Sab sebelum menikam perut Waina.
Lambat lambat Waina pengsan menahan perit.Hanya satu wajah yang dia pandang..
KAWAN YANG TIKAM DARI BELAKANG,SABRINA NATASHA..
YOU ARE READING
HELLO,MR.HUSBAND!
Romance[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfiru...