19

1.5K 133 31
                                    

Talha memarkir kereta di hadapan balai polis Gombak.Dia mematikan enjin kereta lalu dia keluar dari keretanya.

Sambil membelek telefon,dia memasuki ruang utama balai polis tersebut.

"Ya encik?Boleh saya bantu?"soal polis disitu.Talha menyimpan telefon,lalu mula memandang anggota polis tersebut.

"Saya penjaga Sabrina Natasha,saya nak jenguk dia sekejap,boleh?"soalnya.Anggota polis tersebut menekan sesuatu di komputer lalu dia menekan pula interkom diatas mejanya.

Dua minit kemudian,datang seorang anggota polis yang lain.

"Sila ikut saya,"arahnya.Talha hanya menurut.Sampai sahaja bilik khas yang
menempatkan para banduan dan pelawat berkomunikasi,Talha duduk di hadapan Sabrina yang sudah sedia menunduk dari tadi.

"Maaf,saya lambat.Susah nak keluarkan awak dari sini sebab bukti tak cukup kukuh,"ujar Talha.Sab dilihat menyeka air mata yang laju turun.Talha mengeluh.

"Menyesal?"soal Talha sepatah.Sabrina hanya mengangguk laju.Air mata semakin laju mengalir.

"Lupakan je semua ni sayang,ya..Harus diakui awak salah,tapi mental awak terganggu,kita mula hidup baru,saya sudi terima awak seadanya.."pujuk Talha lembut.

Sab menaikkan muka.Matanya memandang dalam mata Talha.Ingin mencari keyakinan di dalam diri itu.

"Susah Ha,saya hampir bunuh kawan saya sendiri,saya berdosa,saya rampas kebahagiaan dia,saya hampir bunuh dia,saya sanggup tinggalkan dia sebab lelaki,saya tak layak hidup,saya tak layak ada dekat muka bumi ni.Ha,tolonglah,sekali aje saya nak jumpa Waina,mungkin buat kali terakhir,"Sab menangis teresak esak.Talha mengeluh perlahan.

Sabrina memandang sayu wajah Talha.Dia kemudiannya bersuara,

"Awak balik dululah,Ha.Saya akan terima hukuman ni setimpal dengan perbuatan saya,jangan risau,lagi beberapa bulan aje lagi saya akan keluar,awak jaga diri,"pesan Sab.Talha hanya mengangguk.Dia mengangkat punggung untuk beredar.

"Ha.."panggil Sab.Langkah Talha terhenti.Dia kembali berpaling memandang Sab.

"Awak janji dengan saya yang awak akan jumpakan saya dengan Waina,tak kira apa pun jadi,boleh?"soal Sabrina penuh berharap.

Lambat lambat Talha mengangguk.

                              🌹🌹🌹

Malam itu,Hanbin menyuruh Waina bersiap cantik cantik.Katanya nak dibawa ke suatu tempat.Nak acah romantik kononnya.

Waina memilih dress labuh berwana maroon.Waina memang suka warna maroon.Niqab dipakai warna yang sama.Waina ada niqab hampir kesemua warna bajunya.

Hidup Waina senang sebab tidak payah makeup muka.Hanya perlu pakai alat solek dekat mata je sikit.Setelah siap,dia turun ke bawah.Hanbin yang sedang meribakan Tisya memandang Waina yang sedang menuruni tangga.

"Isy,apa lambat sangat bersiap?Tu dah kenapa slowmo turun tangga,kau ingat drama?Heroin acah turun slow slow lepastu si hero terpegun sebab heroin cantik sangat?Mimpi...cepat cepat,aku lapar.."bising Aiman Darwisy lalu mendukung Tisya lalu pergi menuju ke kereta.

Aduh spoiler betul.Dalam diam Hanbin menjeling,terasa!Memang dia terpegun pun dengan baju yang Waina pakai tadi,cantik!

Waina menjeling abangnya.Bila nak balik pun tak tahu,menyesal pulak jemput dia datang!Tapi dialah abang Waina dunia akhirat.Waina sayang Darwisy lah!

Dalam perjalanan.Diam aje,cuma kedengaran suara Darwisy yang sibuk mengusik Tisya.

"Waina ingatkan kita berdua je,kalau tau abang Darwisy ikut,dah lama Waina pakai baju biasa,"bisik Waina pada Hanbin yang sedang memandu.

"Awalnya memang nak bawak kita berdua je,tapi kesian pulak dia tinggal dengan Tisya,kita pulak makan sedap sedap.."beritahu Hanbin.

"Alah,boleh bungkus kan makanan tu,ni mesti sengaja dengki ni."balas Waina lagi

"Hoi,kalau nak mengumpat boleh slow slow sikit tak?Aku terasa karang!"tegur Darwisy.Hanbin dan Waina automatik gelak.Waina menghadap belakang

"Abang dengar ke?"soal Waina.Waina tersenyum di sebalik niqab.

"Dengarlah,kau fikir aku ni car seat baby ke tak ada telinga?Tisya duduk atas aku bukan sebab aku ni kerusi dia.."ujar Darwisy.Mencebikkan mulut.

"Ala bang,malam ni Hanbin teman abang push rank ya,ni mesti kes sensitif sebab kal-"tak sempat Hanbin menghabiskan kata kata,Darwisy sudah memotong.

"No,okay.Aku tak kalah okay,line lembab tadi.Rumah korang tu line lembab,line dekat rumah aku okay je.."bebel Darwisy.Waina mengeluh,geram nak sepak abangnya yang sorang ni.Dah tahu tu,pergilah balik!

Mereka sampai di sebuah restoran mewah halal satu jam kemudian.Hanbin mengetuai mereka berdua.

Mereka masuk lalu waiter mengarahkan mereka masuk ke dalam sebuah bilik.Belum sempat Waina melangkah masuk,Hanbin segera menahan.Dia mengambil sehelai kain lalu diikat di kepala Waina bagi menutup mata Waina.

Hanbin menggenggam erat tangan Waina lalu dia memimpin Waina jalan.Apabila sudah sampai,Hanbin menanggalkan ikatan kain tetsebut.

Waina membuka mata.Pandangan dihala ke depan.Ternganga mulut Waina apabila ada tulisan 'WELCOME UMMI TO BE'.Automatik Waina memandang Hanbin.

"Abang,Waina...Waina..Pregnant?!"jerit Waina.Hanbin mengangguk laju.Waina tanpa menghiraukan abang Darwisy,terus memeluk erat Hanbin.

Adoi,dah terbalik ni.Memang unik betul Hanbin dengan Waina ni.Jarang jarang husband yang tahu wife preggy.

"Chukahae(tahniah) sayang...Terima kasih sebab bagi abang hadiah spesial ni,"ucap Hanbin sambil mengucup dahi Waina.

"Betullah Tisya,pak long ngan Tisya tak patut ikut.Euww...Geli anak tekak aku ni. " Darwisy spoiler lagi moment sweet ni.

Waina duduk di atas sebuah kerusi.Waiter menghidangkan sepinggan makanan yang ditutup menggunakan bekas.Waina membuka bekas tersebut .Terdapat bunga rose dan sepucuk kertas.

YOU ARE MY SUNSHINE.YOU NEVER MAKE ME BORED.YOU ARE THE ONLY ONE FOR ME.YOU ARE THE STRONGEST.THE PRETIEST. YOU ARE ALLAH'S.SO I AM HIS LUCKY PERSON GET TO BORROW YOU FROM HIM.ALLAH CREATE YOU PERFECTLY SAYANG,I REALLY THANKFUL TO ALLAH BECAUSE HE MAKE US AS ONE.I HOPE YOU NEVER FORGET ME.IN YOUR SLEEP,DREAM ABOUT ME.IF YOU AWAKE,STARE AT ME.HOLD MY HAND TIGHTLY.

AND I WISH SAYANG,YOUR HEART WILL FOREVER MINE.LOVE YOU AISYA HUWAINA.I LOVE YOU,BECAUSE ALLAH CREATE MY HEART TO LOVE YOU.

Waina memandang lama Hanbin.Lama lama air mata dia menitis.Sweetnya dia!Hanbin mengelap air mata Waina.

"Janganlah nangis,abang tulis sebab nak sayang happy,biar sayang tahu perasaan abang,okay..Don't cry"Hanbin memeluk Waina.

Darwisy?Kebal ajelah tengok drama tak berbayar ni.Siapa suruh ikut kan?Mereka makan dengan tenang  pada malam itu.Tanpa sedar ada yang memerhati.

Hai...hello hello hello...okay tak bab ni?Jangan lupa vote and comment okay Bab ni bukanlah sepenuhnya idea sis.Ramai yang bagi idea.Nak tag kat sini ramai sangat..So siapa yang rasa dia ada bagi idea tu,sis nak ucapkan jutaan terima kasih..Luv you 3000

vote and comment okay...see you in next chap.

nak tanya satu soalan boleh?

best tak buku ni?heh...drop your comment kalau sudi..❤❤❤

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now