Epilog

3.2K 128 54
                                    

Dua bulan kemudian...

p/s:dengar lagu tu kalau nak lagi feel

Jika cinta itu permata,akulah pemiliknya yang berharga.Jika cinta memerlukan pengorbanan,akan ku korbankan segala yang ada.Cinta..Ada apa dengan cinta?Cinta terlalu luas untuk diadaptasikan.Cinta terlalu payah untuk ditafsirkan.Cinta antara dua manusia?Itu tidak penting.Yang penting,cinta kepada Allah yang Maha Esa.

Waina membaca tulisan Hanbin.Ya,Hanbin tulis dalam bahasa korea,Waina buat versi dia sendiri,tulis dalam bahasa melayu.Hanbin memang pandai tulis lagu.Dan sekarang alhamdulillah dah berjaya dan terkenal semula.Walaupun tidak menjadi group Ikon.

Siapa sangka,pertemuan yang amat singkat,membawa kepada satu ikatan yang berpanjangan dan indah?Ya,semua tu Allah dah atur cantik.

Waina hanyalah manusia biasa,yang tak lari dari melakukan kesilapan,tetapi Allah Maha Berkuasa,dia dipertemukan dengan seorang artis famous,yang tidak sombong,dan sanggup masuk Islam deminya.

Dia berjalan di sekitar rumah tersebut.Sunyi.Tisya pergi taska,Thaqif dan Tiara tidur diatas.Sudah sebulan Hanbin meninggalkannya,terbang ke korea demi mencari rezeki.Jadual Hanbin cukup sibuk sampaikan Waina hanya dapat menelefon Hanbin dua hari sekali sahaja.

Waina melihat hasil lagu yang ditulisnya.Nak buat surprise dekat Hanbin lah!Dia segera ke laman rumah.Ipad diambil lalu ditegakkan.Tidak lama kemudian,dia mendail nombor Hanbin.Video call.

"Hello Mr.Husband,"ucap Waina.Hanbin melambai.Teka Waina,Hanbin berada di rumah Waina di korea,tengah berbaring tanpa baju.Haha,letih sangat agaknya.

Waina siap sedia dengan gitar ditangan.Dia mula memetik gitar tersebut mengikut irama yang direkanya.

"Meski kau tiada disini,ada hatiku sentiasa menemanimu.Sayangku,kau cintailah aku,sampai Syurga.Bahagia bersama ku,di dunia,pimpin tanganku,di Syurga,"lagu yang amat ringkas,namun mempunyai maksud yang amat dalam.

Waina memerhati reaksi Hanbin.Hanbin menekup mulut.Mata dah merah.

"Sayang...Nak peluk.."rengek Hanbin.Waina sengih disebalik niqab.Hanbin mencebik Geramnya,bilalah boleh habis kerja,nak cepat balik Malaysia lepastu nak peluk Waina!

"Abang,kontrak abang ada lagi dua bulan tau,sabar kejap.Itulah,siapa suruh tinggal bini dekat sini,"bebel Waina.Hanbin gelak.

"Asslamualaikum..."ujar Darwisy.Waina menoleh.

"Abang nanti sambung borak ya،Darwisy datang tu,mesti bawak Jes,"ujar Waina teruja.Dia segera mematikan panggilan.Muncung panjang Hanbin.

"Jes.."Waina memeluk Jessica.Darwisy yang dari tadi memerhati berdehem.

"Kak Jes.."perbetul Darwisy.Waina menjeling,isy..Mengada ngada betul.

"Alah,biarlah sayang.Umur kitorang lebih kurang sama je."ujar Jessica senang.Mereka berkahwin seminggu yang lepas,buat yang simple simple sahaja.

Mereka berborak di ruang tamu.Banyak rahsia Darwisy yang Jessica nak korek dari Waina.Boleh ugut nanti.

"Kalau nak tahu,Darwisy pernah catat rekod tidur 18 jam,habis kena qadak solat dia,"ujar Waina.Waktu tu Darwisy berada di tingkat atas,nak tengok si kembar katanya.

Darwisy turun mendukung si kembar.Sampai di sofa,termengah mengah nafas Darwisy.Respect dengan Hanbin yang lebih kecik dari dia boleh selamba je dukung budak berdua ni.

"Future daddy,future mummy.Duduk kejap tengok tengokkan dorang ni,Waina nak buat air sekejap,"ujar Waina lalu segera ke dapur.Jessica pandang Darwisy,Darwisy pandang Jessica.Hmm..

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now