Stop loving me!-?
Sabrina mengucap kata syukur setelah dibenarkan keluar dari azab penjara.Setelah menukar pakaian,Talha menjemputnya.Mereka berdua masuk ke kereta.
"Awak okay?"soal Talha.Sabrina mengangguk lalu tersenyum.Dia kemudian memandang Talha.
"Awak dah jumpa Waina?"soal Sab pula.Talha hanya menggeleng.Menandakan dia tidak jumpa Waina.
"Awak tak cari dia,kan?"soal Sabrina.Talha mengeluh berat.
"Stop it Sab,saya tak suka awak sebut nama dia.Saya malas nak jumpa dia,saya malas nak ada apa apa kaitan dengan dia.."hambur Talha.
"Talha,tak boleh ke awak korbankan sikit ego awak tu,demi saya.Awak faham tak perasaan bersalah saya ni?Sampai mati pun saya tak akan dimaafkan selagi saya tak jumpa dia,"luah Sab.
"Ya,saya faham.Tapi kenapa awak beria sangat nak jumpa dia cepat cepat?Boleh tak tutup dulu pasal dia,kita settle hal kita dulu,"Talha menurunkan gear dan mula memandu.
"Hal apa laginya Ha?Semua dah berakhir,awak fikir kita akan bahagia ke kalau buat hati orang terluka macam tu?Dengan ummi tak restu.Dah lah Talha,apa yang penting sekarang saya betul betul nak jumpa dia,"Sabrina membetulkan tudungnya.
"Okay,fine.Saya boleh bawak awak jumpa Waina,tapi awak kena kahwin dengan saya,dan stop cakap pasal ni,"ugut Talha.
"Okay,boleh,"Sab menyetujui syarat tersebut.Dia kemudiannya memejamkan mata.Penatnya..
🌹🌹🌹
Waina,Hanbin,Darwisy dan Tisya check in di sebuah hotel memandangkan Kelantan jauh.Semua terlalu penat nak drive.
Mereka memilih dua buah bilik.Well..Macam biasa kalau dah dua,of course Darwisy tidur seorang.
Waina membuka pintu bilik.Dia meletakkan beg tangan dan terus baring.Penat!
Hanbin masuk kemudiannya lalu dia yang membawa Tisya di dukungannya beserta beg pakaian berjalan kearah Waina.Dia meletakkan Tisya yang tertidur itu perlahan diatas katil hotel.Kemudian,dia menepuk nepuk peha Tisya.
"Alolo..Ummi Tisya penat jugak,eh?Nak appa dodoikan tak?"soal Hanbin bergurau.Waina yang menutup mata kembali membuka matanya.Sambil itu dia menanggalkan niqab.
"Penatnya Ya Allah.Abang nanti Waina nak pergi bawah kejap,botol susu Tisya tertinggal,"pesan Waina.
"Eh,tak payahlah,biar abang je ambilkan.."Hanbin menghalang.Waina cepat cepat menggeleng.
"No need,lagipun Waina nak beli barang sikit dekat kedai depan tu,"kata Waina.Dia duduk pula.Hanbin hanya mengangguk.Kemudian,dia berbaring disebelah Tisya.
"Urm tadikan sayang,abang nampak seseorang,macam...Jessica,tapi tak mungkinlah kan.."ujar Hanbin.Waina yang sedang menaggalkan tudung itu memandang.
"Ya?Serious laa.Mungkin dia ada shoot dekat sini,dia kan model."Waina berfikiran positif.Hanbin mengangguk.Ada betulnya juga.
"Let me sleep 15 minutes,penat sangat ni.."ujar Waina sambil berbaring kembali.Dia menutup mata.Hanbin memandang Waina.Ada perasaan yang tak sedap bertandang di dalam hatinya.
"Apa tengok tengok Waina tidur?Cubit pipi tu nanti!"tegur Waina.Hanbin senyum.
"Sayang tak payahlah turun,biar abang je turun,sayang nak pergi kedai depan tu buat apa?"soal Hanbin.
"Waina nak beli makanan sikit,sebab sejak preggy ni Waina suka makan malam,nanti malam tempat makan mesti dah tutup,boleh la abang Waina pergi,taknak abang pergi,Waina nak pilih sendiri makanan,"rengek Waina.Dia berbaring diatas perut Hanbin.
YOU ARE READING
HELLO,MR.HUSBAND!
Romance[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfiru...