32

2.1K 111 28
                                    

Kereta mereka meluncur ke sebuah rumah banglo tiga tingkat.Terpegun Waina dibuatnya.Hanbin sambil mendukung si kembar membuka pintu.

"Welcome to our jannah,insyaAllah,sayang mesti suka,"ucap Hanbin.Waina dari tadi tak berkelip mata melihat sekeliling.

Bermula dengan ruang tamu,berkonsepkan flora dan fauna,jangan cakaplah,sangat kreatif dan cantik.Waina berjalan ke dapur,mahu pengsan apabila dapur tersangatlah luas,ada disediakan tempat khas membuat dan menghias kek,sebab Waina memang suka makan kek.

Apabila menuju ke tingkat dua,ada dua buah bilik mainan,penuh dengan mainan.Satu khas untuk boy,satu lagi khas untuk girl.Satu bilik lagi dah serupa taman permainan,ada jongkang jongket,gelongsor,buaian dan bermacam lagi.

Waina pergi ke belah kiri,ada bilik senaman!Macam gym pun ya,Hanbin faham keadaan Waina yang sukar untuk bersenam dengan kekangan masa dan auratnya.

Bila jalan lagi,ada satu bilik misteri,yang dalamnya penuh barangan menarik.Dah macam dekat mall.Ada vending machine,claw machine,tempat racing car,siap ada stereng dan tempat duduk lagi dan memanah.

Ada vending machine,claw machine,tempat racing car,siap ada stereng dan tempat duduk lagi dan memanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waina terpempan akan besar dan mewahnya rumah ni!Waina pandang Hanbin,Hanbin hanya sengih.Tingkat tiga pasti ada kejutannya.

Tingkat tiga hanya bilik biasa,bilik utama,dan ada satu bilik karaeoke.Hanbin dah sedia maklum yang suara Waina sangat merdu.Jadi,bila ada dekat rumah,senang nak menyanyi.Dan jangan lupa juga,satu bilik panggung wayang disediakan.Wow,speechless!

Wow,speechless!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang..Banyaknya hiburan,Waina tak ada masa dengan semua ni nanti,anak anak siapa nak jaga?"ujar Waina.Tapi dalam hati dah melonjak suka dengan rumah ni.

"Kita upah bibik,sayang.Nama dia kak Yam.Kalau sayang nak apa apa,just tell her,"Hanbin senyum.Tangannya nakal menanggalkan niqab Waina.

Bila Waina cekak pinggang,Hanbin berlari ke arah balkoni.Ya,disebabkan rumah mereka di Terengganu,mestilah pemandangan di tepi laut.Ya Allah,cantiknya.

"Waina!Airel!"panggil seseorang.Mereka menoleh,dah datang si penyibuk ni.Baru nak sweet tadi.

"Abang,jom kunci pintu nak?Jangan bagi abang Darwisy masuk,"bisik Waina.Hanbin mengangguk.Dalam kiraan 1,2,3,mereka berlari ke tingkat bawah.Darwisy yang melihat berasa pelik,baru sedar sesuatu.Terus dia meluru masuk ke dalam,namun pintu dikunci.

"Waina,Airel,bukaklah pintu.Tak baik kau buat abang kau macam ni.."Waina membuka pintu,sedih pulak dengar kata kata abang dia tu.Terus didepakan tangan menghadap abangnya.Darwisy membalas senang.

"Dah,seminit je peluk,tak boleh lama lama,"cemburu Hanbin.Darwisy sekeh kepala Hanbin,cemburu tak bertempat.

"Abang lama ke kat sini?"soal Waina sambil berjalan ke arah ruang tamu.Darwisy dan Hanbin duduk diatas sofa.Anak anak sibuk main diatas.

"Sekejap je ni,abang ada hal ni."ujar Darwisy sambil memandang sekeliling rumah,konpem dia teruja tengok.

"Jom naik,bang.Banyak mainan,kita lawan siapa menang,"ujar Hanbin sambil menjongket kening.Darwisy sengih,of course boleh!Ini juara arcade la!!

Akhirnya,kedengaran gelak tawa mereka.Alhamdulillah,Waina yang memerhati dari jauh hanya tersenyum bahagia.

                                 💋💋💋

Waina menepuk tilam lalu perlahan berbaring disebelah Hanbin.Muka Hanbin dipandang lama.

"Terima kasih.."perlahan tangan Waina memeluk pinggang Hanbin.Dia mencium pipi Hanbin.

"No..Abang yang patut berterima kasih dekat sayang.Disebabkan sayang,abang masuk Islam,kenal Allah.Disebabkan sayang,abang masih mampu berdiri.Disebabkan sayang,abang tahu apa itu erti cinta.Walaupun perkenalan kita singkat,abang harap hubungan kita akan kekal lama,"Hanbin mencium dahi Waina.Lama.

"Ummi.."Tiara yang sedang membawa botol susu yang kosong menolak pintu bilik umminya.Waina cepat cepat mengesat air mata lalu pergi ke arah Tiara.Didukung Tiara lalu dibawa ke katil.Hanbin mencium pipi Tiara.

"Syusyu,"dia menggoncangkan botol susu kosong itu.Waina tergelak.Dia mengambil botol susu lalu turun ke dapur.

"Sayang suka tak rumah ni?"soal Hanbin.Tiara mengangguk comel.Tidak lama kemudian,Tisya datang membawa Thaqif yang menangis.

"Eh,kenapa ni?Why Tisya?"soal Hanbin.Tisya diam.Hanbin menghela nafas berat.

"Tangan ke belakang!"arah Hanbin tegas.Macam itulah dia didik anak.Tegas.Tapi selit kelembutan sikit.Tisya segera mengikut arahan.Tangan diletak bahagian belakang,seperti seorang askar pulak gayanya.

"Kakak Tisya cakap,buat apa dekat Thaqif?"soal Hanbin lembut.

"Tisya cubit dia sebab dia pukul kepala Tisya waktu berlari tadi,"ujar Tisya tulus.Hanbin berjalan ke arah Tisya lalu mencangkung.Dia mengusap kepala Tisya.

"Lain kali jangan buat dah.Thaqif kecik lagi Tisya sebagai kakak kena mengalah.Tunjuk sifat baik,baru adik adik ikut,faham?"soal Hanbin.Tisya mengangguk.Hanbin memeluk Tisya.

"Dah,tidur.Goodnight sayang.Jangan lupa baca alfatihah dan tiga kul okay.Ayat kursi nanti appa ajar sampai lancar,"pesan Hanbin.Tisya hanya senyum.

                                  💋💋💋

Darwisy menggigit gigit straw di dalam cawan berisi air lemon ais.Penat tunggu tuan badan datang.Tidak lama kemudian,muncul seseorang yang sudah lama ditunggunya.

"Hah,nasib baik kau datang awal seminit,kalau tak dah putus straw aku.."kata kata Darwisy terhenti tatkala melihat gerangan orang yang berada di hadapnnya.

Jessica?Bertudung?baju tak ketat?

"Hahahahaha..Lawak lah mata aku ni,"Darwisy bantai gelak kuat kuat.Jessica duduk lalu memandang sekeliling,malu bila semua orang pandang tempat dia dan Darwisy.Yang Darwisy ni pun satu tak reti cover sikit kut ya nak gelak pun!

"Darwisy,janganlah gelak.I serious ni.Tak ada lakonan dah.I rasa you je sesuai untuk i.Izinkan i jadi suri hati hidup you.."ujar Jessica.Matanya tekerdip kerdip memerhati Darwisy.Darwisy berhenti gelak.

"Jadi,kau pakai tudung segala ni sebab aku?"ujar Darwisy lagi.Bersungguh Jessica mengangguk.Darwisy sengih.

"Apa jaminan kau kepada aku yang kau takkan kacau kehidupan adik aku dah?"ujar Darwisy lagi.

"Saya akan melamar awak dan saya akan buat awak jatuh cinta dekat saya",Jessica berkata yakin.Darwisy diam.Ah,sudah!!

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now