29

1.5K 109 61
                                    

"Sayang ok tak?Sakit tak?"soalnya risau.Waina geleng kepala,rasanya nak dekat tiga puluh kali lelaki di hadapannya ini mengulang soalan yang sama.

"Abang,janganlah risau sangat,bukaan baru 8cm,rileks lah.."Waina senyum.Hanbin masih tak tenang.

"Abang patut masa ni abang tenangkan saya tau,bacalah surah apa apa,Waina nak dengar,"pinta si isteri.

Waina tipu!Dari tadi dia tahan rasa sakit.Rasa perutnya dipulas pulas.Dia cuba bertenang,zikir dilafaz berulang kali.

Waina memerhati tingkah laku Hanbin yang mendengar katanya.Lelaki tersebut segera pergi ke bilik air dan mengambil wudhuk.Sementara Hanbin di dalam bilik air,Waina cuba bergelut dengan kesakitan.Ya Allah,kuatkan aku!

"Sayang,kalau sakit tarik aje rambut abang,botak kali kedua pun tak pe,"pesan Hanbin.Waina mengangguk.

"Ya Allah!"akhirnya terlepas juga keluhan di mulut Waina di hadapan Hanbin.Hanbin tiba tiba kalut,Al Quran yang baru hendak dibuka,ditutup kembali.

"Kan dah cakap sayang tak okay,nak panggil doktor tak?"soal Hanbin risau.Waina menggeleng.

"Tak payah abang,this is contractions,proses baby nak keluar lah ni,"terang Waina.Makin kuat kesakitan yang dirasai,makin laju juga mulutnya berzikir.

"Hai,Puan Huwaina dan Encik Hanbin,kita akan lakukan final check okay,"doktor Dahyun menyapa.Mereka hanya mengangguk.

"Okay,boleh bersiap ke labour room ya,bukaan dah 10cm,encik Hanbin nak ikut?"soalnya.Hanbin cepat cepat mengangguk.

Mereka berdua masuk ke dalam labour room,dan alhamdulillah,kedua dua baby selamat dilahirkan selepas dua jam Waina berhempas pulas bertarung nyawa di dalam.Syukur!

                                   💋💋💋

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                   💋💋💋

Selepas mengazankan Thaqif dan Tiara,Hanbin turun ke kantin hospital seketika.Dah ada balik selera makan lepas tengok anak sendiri.

Selepas membeli makanan,tiba tiba pegawai yang menjaga bahagian hadapan lif menyuruh Hanbin menggunakan tangga,katanya lif rosak.Hanbin yang tidak mengesyaki apa apa hanya mengikuti perintah itu.

Penat juga,maklumlah Waina aras 11,mahu mati kodok Hanbin memanjat satu persatu tangga.Sampai di anak tangga tingkat ketujuh,seseorang menekup mulutnya lalu dia tidak sedarkan diri.

                                  💋💋💋

"Encik Talha,ada orang nak jumpa,"polis itu memaklumkan kepada Talha yang sedang santai berbaring diatas lantai simen.

Talha bangun lalu mengikut langkah si polis.Sampai di bilik khas,dia melihat gerangan yang sudah lama dinantinya.

"Lambatnya kau,Mar!"bising Talha.Umar,kawan baik aka lawyer yang akan membebaskan Talha.

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now