20

1.6K 122 31
                                    

"Tahun ni raya Malaysia,"ujar Darwisy sambil mengunyah kerepek.Mereka bertiga sedang berkumpul di ruang tamu sambil menonton televisyen.Waina terus memandang Darwisy,lalu menggeleng.

"No,Waina tak nak.Apa abang ni,kan ada maklong dekat sini,cukuplah.."balas Waina.Dia tak nak terjumpa Sabrina dan Talha sebenarnya.Waina ada juga mendengar yang Sab akan keluar penjara beberapa hari lagi.Pejam celik,dah hampir dua tahun peristiwa itu berlalu.

"Kau ni kan,tahun lepas waktu kat Malaysia,kau tak ingat ke kau beria ia ajak aku dengan si jantan tak guna tu balik korea,rindu mak long,makde sampai menangis tau kita tinggalkan dia dua hari sebelum raya.."jelas Darwisy.Waina tepuk dahi,betul lah!Kesian pakde dengan makde

"Okay okay kita balik Malaysia,tapi sekejap je eh?Seminggu je.."pinta Waina.Sambil itu dia sibuk mengunyah kerepek,sampai cubit tangan Darwisy agar tidak makan kerepek terakhir itu.Sempat Darwisy menjeling.

"Kenapa?Kau takut jumpa kawan dajjal dengan laki tak guna tu?"soal Darwisy kasar

"Abang,tak baik panggil Sabrina macam tu.."ujar Waina perlahan.Memanglah Waina masih marahkan Sab,tapi percayalah,hati Waina tak mampu bencikan Sabrina.Ada sesuatu yang membuatkan dia sayang sangat Sabrina.

"Aku tak tahulah kau ni hati batu ke hati konkrit,orang dah khianat kau pun kau masih back up dia.Kalau aku..Dah lama arwah dia,eii.."geram pulak Darwisy bila memikirkan peristiwa itu.Waina malas layan abangnya,dia memandang abangnya yang lagi satu yang sedang leka menonton televisyen.

"Cerita apa tu?"soal Waina.Hanbin berpaling.

"Love in the moonlight,"jawab Hanbin sepatah.

"Oh,yang Park Bogum berlakon tu kan,hensemnya dia!"Waina sudah teruja.Hanbin menyengih.Namun dia kembali memasamkan muka.

"Kalaulah abang masih ahli Ikon,mesti senang je abang dapatkan tandatangan Bogum untuk awak.."sedih Hanbin.Waina cubit pipi Hanbin manja.

"Sokay lah..Abang sentiasa artis di mata saya.Hidup abang penuh dengan seni.Abang ada bakat tu,believe me.."kata Waina.Hanbin menaikkan sebelah keningnya.

"Tipu.."

"Ya,betul.Buktinya,senyuman abang buatkan saya gembira,tengok muka abang pun dah puas gila.Bukan ke kalau kita tengok benda yang indah-indah,cantik-cantik,kita akan tersenyum?Bahagia?"terang Waina.Hanbin senyum semula.Payah lah kalau husband dengan wife sama sama sweet ni!

"Weyh sumpah aku nak balik esok!Aku tak kira,aku dah tak tahan!"jerit Darwisy lalu segera ke tingkat atas kerana telah tertengok drama sweet tu lagi.

Waina dan Hanbin mengekek ketawa.Lalu sama sama menggeletek pinggang masing masing.Tanpa sedar,terus terlelap di situ sampai sahur.Pukul 3 pagi,Waina tersedar,dia sudahpun baring di atas lengan Hanbin,dengan tv yang terpasang.

Waina bangun perlahan lalu dia menutup tv.Dia menuju ke bilik solat lalu dia bertahajud seketika,menghambakan diri kepada Allah.Setelah selesai memberi salam pada rakaat terakhir,pintu bilik itu terbuka sedikit.

"Abang nak solat jugak boleh?"soal Hanbin.Waina tersenyum.Mengangguk.

Dalam diam Waina berdoa dalam hati,Ya Allah,pimpinlah dia ke arah jalan yang benar,jangan ubahkan hatinya,jadikan dia pemimpinku di Syurga nanti.

🌹🌹🌹

"Bodoh!"telefon dilempar jauh.Dia menarik rambut separas bahu itu.Habis kusut!

"Macam mana dia boleh mengandung!Mesti lepasni Hanbin lebih sayang dia.Asyik nak berkepit dengan dia aje.Ni tak boleh jadi,aku kena buat dia gugur.Lepas perempuan tu gugur,mesti Hanbin benci dia dah,tak suka dia dah.Lepasni Hanbin akan kembali dekat aku,dia mesti sayang aku sebab aku boleh bagi banyak anak kat dia,"Jessica sudah menepuk nepuk katil.Dia gembira!

"Eh,tapikan,apa kata aku bunuh je dia terus,alang alang aku dah bunuh baby tu,baik aku bunuh je dia, senang,hahaha...bijaknya aku!"Jessica sudah berguling guling diatas katil sambil ketawa gila.

Kemudian,telefon yang dilemparnya tadi berbunyi,tanda ada notification masuk.Jessica membuka telefonnya.

Got to go!Bye Korea for a week.I'm going to Malaysia for a while.Happy Eid Mubarak to all Muslim.Makde,Pakde,can't wait to see both of you.

Jessica tersenyum,tidak sia sia dia mencipta akaun instagram palsu demi nak stalk Waina.

Waina,kau agak malang harini,sebab dah beritahu malaikat maut kau keberadaan kau.Jessica kembali tertawa seorang diri.

🌹🌹🌹

"Dah bawak semua barang?"soal Darwisy sambil memasukkan beg beg ke dalam bonet kereta.Waina mengangguk.

"Kau Airel,lepas ni kalau nak gi travel mana mana dengan minah ni,jangan lupa tanya dia bawak passport ke tak,dia setiap kali nak naik plane laa lupa passport,ada satu hari tu dah sampai airport baru ingat,"cerita Darwisy.Hanbin membulatkan mata.

"Seriously sayang?Bahayanya.."balas Hanbin.

"Kan.."sambung Darwisy.Mereka sama sama tergelak.

Di KLIA..

Hanbin menarik bagasi sambil mendukung Tisya yang tertidur keletihan membebel di dalam flight tadi.Waina dan Darwisy lambat sedikit kerana Darwisy ingin membeli barang katanya.

Hanbin duduk di kerusi sementara menunggu mereka tiba.Dia memandang sekeliling.Panasnya,macam mana lah rakyat Malaysia boleh puasa dengan cuaca macam ni.Hanbin respect betul.Panas,ditambah lagi dengan memakai mask.

Mata Hanbin menangkap kelibat sesosok tubuh yang dikenalinya.Macam dia,ke bukan eh!Tapi takkanlah...

"Dah,jom abang,kita jumpa Sarah,kereta Waina kat dia,dia tunggu kat luar tu,"Waina mematikan lamunan Hanbin.

Hanbin terus melupakan tentang orang yang dilihatnya tadi.Takkan dia,takkan mungkin.Mustahil!

Dah siap!Harini double update sebab banyak idea.Jemput baca,vote dan comment.Jangan segan silu untuk comment typo sis...Good night.Kalau ada rezeki ikutkan malam ni nak update lagi,tapi ada syarat.

Kalau HMH hit 2K,baru sis update bab 21 okay...Thank you...Bye.. ❤❤❤❤😜

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now