30

1.6K 103 34
                                    

Waina meletakkan Tiara di sebelah Thaqif.Alhamdulillah,anak anak ummi sihat semua.

"Ummi!"jerit si kecil.Terus didakap Waina.Waina mencium dahi dan pipi milik Tisya.Tisya cepat cepat pergi ke adik adiknya.Kakinya dijengket bagi melihat muka adiknya,alolo comel!

"Biar uncle long angkat,Tisya nak tengok yang girl ke boy?"soal Darwisy yang datang bersama Tisya.

"Urm,girl!Tiara.."lancar Tisya menyebut nama adiknya.Darwisy mengangkat Tiara.Ditunduk badan dan ditunjukkan pada Tisya.

"Mel..Cam Cha.."Tisya komen.Dia mencium pipi Tiara.Alahai,nampak dah tu akan jadi kakak terbaik.

"Abang,Waina risaulah,Hanbin dari tadi tak balik.Tadi Waina ada suruh dia makan kat kantin,beli makanan ke,sebab dia dari semalam tak makan,cuba abang pergi check,"adu Waina.

Darwisy meletakkan kembali Tiara di dalam bekasnya.Dia segera berjalan laju menuju ke lif.

Dia pergi ke kantin,dicheck keberadaan Hanbin,tiada.Dia cuba call,tidak dijawab.Darwisy menanya Waina jika Hanbin ada di ward,tetapi tiada.Habis ditawafnya seluruh hospital.Darwisy duduk seketika sepuluh minit,mana tahu Hanbin ada pergi mana mana ke.

Darwisy menelefon sekali lagi Hanbin.Kalau tak jawab jugak,Darwisy nak panggil security aje.Dia jawablah!

"Hello,wei kau pergi mana hah?Kenapa tak jawab call aku?!"marah Darwisy.Risau kut!

"Err..Maaf encik,saya bukan pemilik telefon ni,saya tolong jawab je sebab saya lalu sini,encik kenal pemilik telefon ni ke?Makanan dia ke ni?Habis terabur."jawab orang di talian.Darwisy kerut dahi.Ah,sudah!

"Kau kat mana?"soal Darwisy tanpa banyak soal.

"Tangga sebelah lif,tingkat 7, " terangnya.Darwisy segera pergi ke tempat berkenaan.Dia menemui orang tersebut.

"Sini telefon tu,"pinta Darwisy.Perempuan tersebut diberi.Telefon dibuka melihat apa apa info.Tiba tiba Darwisy ternampak satu mesej yang hendak dihantar kepadanya tapi jadi draft.Tak sempat hantar ke?

Abang tolong Airel.Rasa lain macam je dari tadi.Kalau ada apa apa berlaku just bukak app detect location.Airel ada letak dalam poket alat tu lepastu install kat phone ni..Tolong,rasanya Tal

Sampai situ sahaja mesej yang sempat dihantar Hanbin.Tal?Talha?Tak mungkin,Talha kan dalam penjara,dan Talha juga dekat Malaysia.Ya Allah,seram lah lelaki ni!Apa lagi yang dia nak?

"Okay thanks."ucap Darwisy lalu pergi Dia tidak mahu memberitahu Waina tentang perkara ni,nanti Waina risau.

                               💋💋💋

Darwisy sedaya upaya mencari lokasi. Polis sudah ditelefon sejak awal.Dia akhirnya sampai di sebuah rumah mewah.Betul ke tempat ni?Darwisy jalan perlahan lahan.Dia mengintai di tingkap,tapi tingkap gelap.Dia hanya berdiri di sebalik dinding.Cuba mendengar perbualan mereka.

Darwisy dengar kesemuanya.Jadi,dah terjawab kenapa Talha jadi macam tu.Semuanya kerana arwah adik mereka.Amira Najwa Kim.

Lima tahun sebelum...

"Tak boleh.Aku tak izinkan kau kahwin dengan dia.Aku tak izinkan."kata Talha tegas.Najwa mencebik,geram.

"But why?Kenapa?Apa salahnya adik nak kahwin dengan Ha.Apa salahnya?"lawan Najwa.Darwisy mengeluh.

"Dia tak sesuai dengan kau,dan aku yakin dia tak mampu jaga kau,"marah Darwisy lagi .

"Adik tak kira,adik nak kahwin dengan dia jugak!Lantaklah abang dengan kakak tak restu,adik akan go on dengan dia,"Najwa terus ke bilik.Waina memandang abangnya.

HELLO,MR.HUSBAND!Where stories live. Discover now