Hanbin mengerdipkan matanya buat kali ketiga.Tak mungkin!Salah baca aje kut!Dia mematikan telefon lalu membukanya kembali.
Kim Hanbin,anda dijemput ke GJ Entertaiment pada pukul 9 pagi esok bagi urusan perbincangan mengeluarkan lagu anda.Pihak kami berminat untuk mengambil anda sebagai salah satu artis dibawah syarikat kami.Harap maklum.
Ya Allah!Betul!Hanbin senyum lebar.Dia lekas membawa telefonnya lalu segera pergi ke Waina.
"Sayang!Sayang!"Hanbin memanggil girang.Waina yang sedang menepuk Tisya bagi tidur memandang tajam.
"Umi,appa cing..(bising)"adu Tisya.Waina mencubit lemak perut Hanbin.Mengaduh kesakitan lah cik abang tu.
"sempat lagi ya tangan tu.Tengok ni,cuba baca.."Hanbin duduk di sebelah Waina diatas katil.Waina membaca
"Isy abang ni,dah tahu saya tak berapa reti baca tulisan korea pergi bagi pulak,dia tulis apa?"soal Waina.Tisya yang sudahpun terjaga semula berlari menuju ke bilik permainnanya.
"Syarikat Gj nak ambik abang as diorang punya artis,excited tapi itulah,dalam pada masa yang sama risau jugak benda yang sama berlaku,lepastu,apa kata orang ramai?Mesti diorang ingat abang saja je tak nak join Ikon sebab nak famous sorang-sorang.."luah Hanbin.Tadi gembira,sekarang sedih balik.
"Hmmm..Abang tak payah fikir apa orang cakap,penat kalau nak puaskan hati semua orang,bukan kerja kita,kita takkan mampu,so sekarang ni atas abang,abang nak ke tak?"Waina memujuk.Hanbin pandang Waina.
"Nak..I do love music..And I love you too.."ujar Hanbin gedik.Waina mengerutkan dahi,aik..Terlebih gedik pulak suaminya ini.
"Dah,bersiap sedia.Bolehlah mulakan hidup abang sebagai artis semula,apa aje yang abang buat,Waina sokong Tapi abang kena jaga syariat islam lah.Kalau fans meeting jangan sentuh kalau perempuan,lagu kena meaning tak ada kaitan dengan Jesus semua tu,"tegur Waina.
Hanbin baring diatas peha Waina.Perut Waina yang semakin hari makin buncit diusap dan dicium.
"Assalamualaikum,appa comel awak berdua datang ni,selesa tak duduk dalam perut ummi,mesti tak best kan.."ujar Hanbin.
"Kesian twin boy appa ni,makin nak lahirlah makin appa menjauhi,tapi apa yang appa boleh janji,appa akan temankan ummi keluarkan awak nanti,okay.Ingat janji appa."bisik Hanbin pada perut Waina.
"Tak payah nak berbisik sangatlah,Waina dengar. "Waina gelak.Hanbin senyum.
"Laa..Telinga dekat perut rupanya."balas Hanbin.Akibatnya,Waina menghadiahkan pulasan 360 darjah di belah lengan kiri.Ha..Kan dah mendapat!
🌹🌹🌹
Waina membelek telefon.Betullah tempat ni yang dimention Talha tadi.Pelik betul,lepas sahaja Hanbin pergi syarikat GJ Tu,Talha ada menghantar pesanan ajak jumpa.
Waina yang ingin mengambil langkah berjaga jaga menelefon Hanbin dahulu bagi meminta izin dan meminta pendapat sama ada patutkah dia berjumpa Talha atau tidak.
Hanbin mencadangkan agar Waina jumpa je Talha.Fikir positif,mungkin Talha nak mintak maaf.Tapi risau jugak Hanbin bila terkenangkan perilaku Talha di rumah arwah Sabrina tiga bulan yang lepas.Disebabkan itu,Hanbin menyuruh abang Waina,Darwisy supaya memerhatikan mereka pada jarak jauh.
Lima minit kemudian,Talha datang.Waina hanya beriak selamba.Dia hanya merenung Talha disebalik niqab tersebut.
"So aku malas cakap banyak,aku nak Tisya,"ucap Talha drastik.Waina terkejut.
"Awak cakap merapu apa ni?Sebelum bercerai awak tak ada sebut pun pasal hak penjagaan Tisya,kenapa sekarang baru mintak?"soal Waina.Cuba menahan amarah.
"Aku dah cakap tadi,aku malas cakap banyak tapi kau buatkan aku cakap banyak.Kalau aku cakap aku nak Tisya kau bagi ajelah!Apa masalahnya?"marah Talha.Waina senyum sinis disebalik niqab.
"Apa masalahnya?Siuman ke tak?Saya yang lahirkan dia,saya yang tanggung rasa sakit tu,dan selepas dia dilahirkan pun,awak bukan peduli sangat pun dekat dia,"ungkit Waina.
"Perempuan...perempuan. alasan yang sama.Woi,aku memanglah tak boleh lahirkan dia sebab aku lelaki.Tapi aku ayah dia,ayah kandung dia,aku ada hak atas penjagaan dia,esok jumpa aku dekat mahkamah,"Talha sudah hendak beredar.
"Saya tak percayakan awak Talha!Kalau saya yang awak cintai selama 6 tahun pun awak boleh sakitkan,apa lagi Tisya yang baru dua tahun awak cintai?Saya tak boleh risikokan Tisya,"ucap Waina dengan suara bergetar.Kenapa dia nak ambik Tisya pulak?
"Heh,aku bagi kau dia pilihan je,kau nak bagi Tisya dekat aku atau kau nak suami kau tu aku cederakan?"ugut Talha.Waina memandang mata Talha lama.
"Kenapa?Kenapa awak nak Tisya?Saya tak faham,awak boleh sakitkan saya kalau awak nak balas dendam,tapi bukan Tisya!"Waina sudah menitiskan air mata.
"Hebatnya kau...Kau tahu ke aku nak Tisya sebab aku nak sakitkan dia?Aku takkan sakitkan dia.Nah surat ni,sign.Kalau tak nak bawa kes ni ke mahkamah."Talha melemparkan sebuah fail.
"Demi Allah,kalau awak sakitkan Tisya,saya doakan awak terima balasan yang setimpalnya.."Waina tidak rela hati menurunkan tanda tangannya.
"Lembab laa kau ni,dah settle.Bye!"Talha pergi.Waina kemudiannya menangis teresak esak.Kenapa dia mesti diuji lagi?
Hello beb...Haha...I buat comeback..Target fail lah tapi takpe,hati ni kental.Drop your comment and vote.
Let me ask you a question.
UPSR BERAPA A...
haha...tiberrkan..layankan aje...k lah. babai muah...jangan lupa vote dan comment..haa..lagi satu nak pesan dekat agirlwithstone jangan menyepi je...buatlah cover banyak banyak lagi...
YOU ARE READING
HELLO,MR.HUSBAND!
Romance[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfiru...