"Wei relax arr makan dulu. Tu lain kali boleh baca lagi" kata Aisyah pada Azlin. Buku mata pelajaran Sains ditilik dan dibaca oleh Azlin dari tadi. Tidak lekang dia membaca. Hari ini kami belajar bab otak yang mana otak ada tiga bahagian iaitu Serebelum, serebrum dan medula oblongata.
Seterusnya bahagian anggota badan. Dalam rajah berkenaan terdapat ukiran seorang manusia dan nama serta fungsi semua anggota badan dari kepala hingga lah ke hujung kaki.
"Kau rasa bahagian mana yang paling sedap? " Tiba-tiba sahaja Azlin bertanya kepada Aisyah.
"Huh? Ohh bagi aku, aku suka bahagian paha. Isi dia sedap" kata Aisyah sambil mengangkat paha ayam yang dibelinya dari kantin sekolah.
"Paha ye. Ok" kata Azlin sambil tersenyum. Kemudian dia memandang buku Sains itu kembali.
"Wei jangan senyum macam tu seram la. "
"Hahahaha. Wei lepas ni cikgu Zainun masuk kan? Kerja sekolah dia kau dah siap? " cepat- cepat dia menukar topic. Takut ditangkap pula nanti.
Aisyah teringat sesuatu. Kerja sekolah Bahasa Melayu yang cikgu Zainun suruh hantar tidak siap lagi. Aisyah makan dengan laju bila dia teringat kerja sekolah dia tidak siap.
"Aku nak pinjam buku kau"
"Dalam beg" Aisyah tinggalkan semua pinggan dan cawan di atas meja. Dia berlari selaju yang mungkin ke kelas. Aku kena kemas la jawabnya.
Azlin tersengih melihat kawannya yang kelang -kabut berlari menuju ke kelas. Matanya berhenti kearah pinggan yang ditinggalkan Aisyah tadi. Dia ternampak tulang ayam yang berada di dalam pinggan itu.
"Paha ye? " Azlin kembali tersengih.
*
*
*
*
*
'Paha' apa yang Azlin tu fikir ye??.Ni just prolog. Bab satu part berikutnya.
Teruskan membaca!
Ermm klu blh vote la skli.. Hehehe tinggal kan komen
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...