Azlin melihat ibu menangis di ruang tamu ditemani ayah. Aik? Hari ini mereka tidak bekerja kah??
"Mak kenapa menangis? "
"Anak aku hilang. Semua barang dia ada. Telefon, baju, barang-barangnya semua ada. Kau ada nampak anak aku??" anak dia? Abang kah?.
"Tak nampak. Lin baru keluar bilik mahu ke tandas. Hari ini Lin mula sekolah. "
"Aku tak tanya pasal kau. Aku tanya pasal anak aku! " maknya menempuk meja dengan kuat. Terkejut Azlin. Ayahnya hanya memandang sahaja. Tida bercakap apa. Bisu ae?.
Azlin hanya diam. Tidak mahu berkata apa. Dia menuju ke tandas. Jika dia layan orang tua itu mahu dia tidak ke sekolah hari ini.
Semalam Azlin sudah membersihkan peti ais dan membakar baki isi daging yang tinggal. Dia tahu, ibu bapanya pasti akan lapor pada polis. Sebab itu la dia membersihkan segala bukti jenayah yang dia buat.
Disebabkan rumahnya agak berjauhan dengan rumah yang lain dan ibu bapanya juga selalu balik lambat. Senang sedikit kerjanya..
Lepas membakar dia membuang ke dalam tong sampah. Settel. Jangan risau Azlin pakar dalam mengilangkan bukti. Hehe. Hari ini , sudah mula persekolahan selepas selama seminggu dia bercuti. Lebam pada muka semakin baik. Dia hanya menampal sedikit foundation agar tidak kelihatan. Tetapi kesan lecur pada lehernya masih tidak pulih. Dia hnya menyapu gamat. Harap la cepat sembuh.
Di sekolah Aisyah asyik menanya tentang keadaannya. Kami banyak yang terjadi semasa dia tiada di sekolah selama seminggu. Mereka meneruskan berborak sementara cikgu tidak memasuki kelas. Sedang rancang berborak tiba-tiba Aisyah teringat sesuatu. Dia membuka cerita tentang Alia.
"Azlin kau tahu tak? Aku dengar cerita kan ada kesan gigitan manusia dekat leher Alia"
"Huh? "
"Iya. Tapi dia orang kata tiada DNA pada gigitan tu. Hmm pelik" Azlin diam seribu bahasa. Hampir sahaja. Azlin mengigit ibu jarinya. Macam mana kalau kantoi? Dia tidak bersedia lagi.
"Azlin kau ok ke tak ni? " Asiyah menegur Azlin yang tiba-tiba diam seribu bahasa.
"Ha? Amm o...Ok je.. Aku terkejut je. Tak sangka dia ditemui dalam keadaan macam itu. Nasib baik aku oulang denfan selamat." Azlin berpura-pura menangis. Aisyah segera memeluk Azlin.
"Tak apa benda sudah lepas. Lupakan je" Aisyah mengusap belakang Azlin. Risau jika kawannya masih trauma. Kalau boleh dia mahu Azlin melupakan segala yang terjadi itu.
Dalam masa yang sama Azlin tersenyum sinis. Heh
Sesi persekolahan tamat. Masing-masing pulang kerumah. Azlin tiba ke halaman rumahnya. Dia melihat banyak kenderaan polis berada di hadapan rumahnya. Perasaan risau mula menyengah.
Dia perlahan-lahan memarking motornya dan menuju ke dalam rumah. Dia ingin masuk ke dalam rumah tetapi ditahan oleh pihak polis.
"Adik buat apa dekat sini? "
Apa punya soalan tu abang polis?
"Ni rumah saya"
"Oh jadi adik anak kepada puan Mar dan encik Din? La ye? "
"Ye saya"
"Kami terima laporan dari mak adik yang abang adik hilang. Jadi kami akan jalani soal siasat sedikit. Mari masuk. " Azlin hanya mengangguk. Dia ikut sahaja kehendak polis itu. Dia memasuki rumah bersama polis tadi. Di ruang tamu, ada ibu dan bapanya yang sedang menangis. Oh dia orang pun di soal siasat juga. Ok la kalau bergitu.
"Oh ni adiknya? Sila duduk" Azlin mematuhi arahan. Dia duduk disebelah ibunya. Ibunya menjeling dan degera menjarakkan sedikit kedudukanmya antara dia dan Azlin. Azlin hanya biarkan saja dia sudah terbiasa.
Polis menanyakan beberapa soalan kepada Azlin. Azlin hanya menjawabnya dengan lancar dan sudah tentu jawapan itu semuanya tidak benar.
"Saya sudah dua hari tidak keluar dari bilik kerana tidak sihat. Dan saya langsung tidak tahu abang saya pulang ke rumah. " itu lah penyataan yang Azlin buat. Ibu bapa Azlin menjeling-jeling Azlin jikalau Azlin membuka cerita pasal mereka mendera Azlin.
Hampir setegah jam polis mengambil keterangan akhirnya mereka pulang. Azlin rasa letih. Letih bila berurusan dengan polis. Malas lah mahu di soal siasat saja. Bila dia hilang dia jumpa polis. Bila abangnya hilang pun dia jumpa polis. Letih tahu?.
"Nampaknya aku kena buat sesuatu supaya aku berhenti jumpa polis. " Azlin menuju ke biliknya. Dia ingin membuka ointu tetapi ditahan oleh ibunya.
"Betul ke kau tak nampak anak aku? "
"Abang ke? Betul mak. Lin tak keluar bilik pon. Lin tak boleh berjalan. Kaki Lin sakit masa tu"
"Ok aku percaya. Kalau ini ada kaitan dengan kau. Aku tak teragak-agak bunuh kau. Tak kira apa pun aku akan bunuh kau" kepala Azlin ditunjah-tunjah beberapa kali. Azlin menunduk memandang lantai. Ayahnya mengheret ibunya ke bilik. Ibu tidak habis asyik berkata mahu membunuhnya jika dia ada kaitan. Dia memandang kelibat ibu dan ayahnya pergi.
'Mak. Kenapa mak tak sayang Lin macam mana mak sayang abang? Apa salah Lin mak?' monolognya. Azlin memasuki ke dalam bilik. Dia menghempas beg di atas katil dan merebahkan dirinya.
Dia mahu disayang seperti abangnya. Sepanjang dia membesar dia tidak pernah rasa kasih sayang dari ibu bapanya. Hanya diberi duit belanja , itupun dibaling ke muka. Tidak diberi dengan baik. Tidak apa lah. Azlin anggap duit yang diberi itu merupakan kasih sayang mereka terhadapnya.
Lama dia termenung. Malasnya mahu bangkit dari baringannya. Tiba-tiba dia teringat sesuath. Oh ye apa yang dia harus buat supaya dia ketemu dengan polis lagi.
Dia fikir begini kerana jika dia bunuh orang dalam masa yang terdekat dia boleh menyimpan atau merahsiakan dari sesiapa dan tak perlu risau jika ada yang melapor pada polis. Kalau tidak bergini la jadinya. Asyik bertemu polis. Kalau boleh dia mahu buat secara senyap dan aman damai.
"Macam mana nak hapuskan mak dan bapa aku ye?"
*
*
*
*
*
*.....Selamat hari raya semua.
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...