Sejak pemergian Azlin tempoh hari. Mak cik Kimah tidak lalu makan. Hanya termenung. Katanya dia rindu sangat dengan Azlin. Wajah Azlin dengan anak bongsunya, Yana serupa Bagai pelanduk dua serupa. Sejak kemunculan Azlin Mak cik Kimah kelihatan sangat ceria berbanding dahulu.
Yana meninggal dunia sewaktu berumur 15 tahun akibat cancel paru-paru yang dihadapi sejak kecil.
Pada hari Yana meninggal, perangai Mak Cik Kimah berubah mendadak. Makan tidak lalu, asyik menyebut-nyebut nama Yana dari pagi hingga malam. Aris dan Harizz tidak tahu mahu membuat apa lagi. Tapi sejak kemunculan Azlin. Mak Cik Kimah seperti hidup kembali. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.Kini, bila Azlin pergi tanpa mengucap selamat tinggal Mak cik Kimah jadi seperti dahulu kembali.
"Mak Aris nak cari Azlin" Mak cik Kimah terus memusingkan kepalanya ke arah Aris. Riak mukanya seakan terkejut. Benarkah apa yang baru dia dengar?.
"Betul ke Aris nak cari Azlin? Aris tahu Azlin dekat mana? " tanya Mak cik Kimah sambil memegang bahu anaknya, Aris.
"Iya mak. Aris pergi dahulu" Aris keluar dari bilik dan menuju ke pintu hadapan. Hodie berwarna hitam itu disarungkan ke badan.
"Aris janji. Aris akan bawa Azlin balik"
*
*
*
*
*Aris ke pekan seperti biasa tetapi hari ini tujuannya bukan membeli barang keperluan atau berkerja sambilan. Dia mahu berjumpa dengan Pak Semat tuan badan punya lori. Dia menanyakan sesuatu bila kali terakhir Pak Semat nampak kelibat Azlin. Pak Semat memberitahu dia menghantar Azlin ke balai polis dan selanjutnya dia tidak tahu.
Aris menuju ke balai polis yang disebutkan oleh pak Semat. Aris meminta izin ingin menumpang ke sana. Kebetulan kata Pak Semat polis menghubunginya. Mereka memberitahu keluarga mangsa mahu berjumpa denganya tetapi dia menolak. Bukan dia yang selamatkan Azlin tetapi orang lain. Dan orang itu ialah Aris.
Tiba di sana, Pak Semat menemani Aris masuk ke dalam Balai polis tersebut.
"Encik. Inilah orang yang selamatkan budak yang hilang hari itu. " kata Pak Semat sambil memegang bahu Aris.
"Kebetulan mak kepada budak yang hilang itu mahu bertemu dengan penyelamat anaknya. Ini nombornya. Boleh hubungi nombor berkenaan" polis menyerahkan kertas kecil yang di dalamnya terdapat nombor tetefon.
Aris mengambil dan mengucapkan terima kasih kepada polis dan Pak Semat kerana membantunya atas mencarian Azlin.
Nombor yang tercatat dalam kertas itu ditaip mengunakan telefon awam. Maklum lah. Aris tidak mempunyai telefon.
"Assalamualaikum" Aris mulakan perbualan.
"Waalaikumussalam. Iya siapa ye? " balas di hujung talian.
"Saya Aris. Ermmm saya yang selamatkan Azlin. Polis bagitahu saya yang puan mahu berjumpa dengan saya"
"Yaaa betul.. boleh tak kamu ke rumah saya? Saya ingin terima kasih .tak. Terima kasih tak cukup saya nak bagi ganjaran . Boleh kamu datang? "
"Boleh puan."
*
*
*
*
*
*"Azlin sudah masuk waktu Zohor. Mari solat nak"
Solat Zohor? Oh dia ada belajar di sekolah tetapi dia tidak tahu dilakukan bagaimana.
"Armm mak. Akak tak reti solat" sepanjang dia hidup ini merupakan kali pertama dia di ajak solat. Azlin menunduk malu. Ibunya menghampiri Azlin. Azlin menutup matanya rapat mesti ibunya mahu memukulnya. Tetapi apa yang dia fikir itu semuanya salah. Rupanya Ibunya memeluk dia.
"Kesian anak mak" Fatimah mengusap lembut rambut anaknya.
"Mak ajar solat ye. Solat itu tiang agama. InsyaAllah Azlin akan lebih tenang lepas ni" Azlin hanya mengangguk. Satu persatu yang di ajar oleh ibunya diikuti Azlin.
"Ouh ya. Ada tetamu nak datang mari tolong mak dekat dapur" Fatimah keluar meninggalkan Azlin. Ini kali pertama dia tenang seperti ini. Al-Quran yang berada di depan matanya di tatap. Dia mencium Al-Quran dan dia meletakkan di atas meja lalu dia keluar dari bilik menuju ke dapur.
Setengah jam berlalu, masakan telah siap dihidangkan di atas meja. Hanya tinggal tetamunya sahaja yang tinggal.
"Siapa yang nak datang mak? "
"Adalah"
Ting!! Tong!!!
Fatimah segera membuka pintu utama. Azlin tidak beranjak dari dapur. Hatinya tidak setenang tadi. Suara kelaki menyapa telinganya. Nampaknya tetamu emak seorang lelaki.
"Azlin sini Aris nak jumpa"
Aris????? Azlin mengintai dari dapur. Ternyata Aris memang berada di rumahnya. Apa yang Aris mahu? Azlin berjalan perlahan-lahan keluar dari dapurbsambil menundukkan kepalanya.
"Kau sihat? " tanya Aris. Aris tidak lekang memandang Azlin yang asyik menunduk. Azlin hanya menganggukan kepalanya.
"Ha mari makan. Saya tak tahu pula yang anak saya ni pandai masak hahaha" Aris dan Azlin berjalan ke arah meja . Sebenarnya Aris menolak beberapa kali tetapi di paksa oleh Fatimah supaya makan masakan anaknya itu. Aris hanya menurut.
"Sekejap ye. Saya nak tambah Air. "
"Biar akak yang buat mak"
"Tak payah. Layan je Aris tu"
Fatimah meninggalkan mereka berdua. Keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.
"Kenapa kau lari? " Azlin diam. Dia menunduk kembali wajahnya seperti tadi.
"Kau tahu tak. Mak aku dah macam orang gila sejak kau pergi"ujar Aris dengan lembut.
"Kau tak ucap selamat tinggal pun. Sekurang- kurangnya ucaplah selamat tinggal"
Azlin masih diam. Mereka berdua diam.
"Aku minta maaf" akhirnya Azlin bersuara.
"Aku tak bermaksud nak buat macam tu. Kalau aku tak lari, keluarga kau dalam bahaya"
"Kenapa? " tanya Aris. Naik hairan pula. Kenapa pula bahaya?.
"Sebab aku... Aku tak tahu kenapa.. Aku makan daging man... " belum sempat habis kata -kata Azlin dipotong...
"Maaf lambat tadi air tumpah. Ha sambung lah cerita apa tadi? " tanya ibunya.
"Tak ada apa" Azlin cepat-cepat menjawab. Dia hampir memberitahu tentang rahsianya. Hampir sahaja. Entah kenapa otaknya memberi arahan supanya dia memberitahu hal sebenar.
Sepanjang makan, hanya ibu dan Aris sahaja yang sembang.
'Seriuslah? Dalam rumah pun pakai hodie? ' kata Azlin dalam hati.
kini , Aris ingin meminta diri untuk pulang. Sudah mahu senja. Jalan ke rumahnya gelap tiada lampu. Fatimah dan Azlun mengiringi Aris ke deoan pintu rumah.
"Sekali lagi saya nak ucap terima kasih. Saya tak tahu nak balas jasa kamu macam mana" Aris hanya terswnyum sambil megeleng keplanya.
"Izinkan saya bawa Azlin untuk beberapa hari. Anggap itu sebagai balas jasa acik pada saya. " mata Azlin terus membulat. Mulutnya ternganga.
Fatimah sedikit keliru tetapi dia hanya membenarkan sahaja. Dia harap Aris bukan la orang yang tidak baik. Mesti ada sebab Aris mahu membawa Azlin pualng. Aris boleh jaga Azlin. Fatimah pun mengizinkan.
"Mak Aris dah kotakan janji"
*
*
*
*
*
*
*;Heeeeeeeeee . Korng byangkan Azlin resah bila Aris kata mcm tu. Hahahahaha . Sorry ar x brapa best. N x pndai la buat part romentik. Hmm kene belajar sikit ni.
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...