Sebahagian badan abangnya sudah ditanam di semak- semak yang agak jauh dari rumahnya pada jam 11 malam tadi. Dia ingat mahu tanam di belakang rumah. Tetapi bila di fikirkan balik lebih baik dia tanam trmpat lain. Mana tahu mak dan ayahnya buat laporan polis ha habis la. Tu gunanya akal.
Dalam peti ais hanya tinggal isi daging sahaja. Tulang temulang sudah di tanam bersama dengan anggota yang lainnya. Letih juga mahu asingkan isi dengan tulang.
Kini dia tinggal membersihkan biliknya. Bau hanyir sudah hinggap diluar rumah. Kalau jirannya bau tidak pasal nanti mereka curiga.
Dia kembali ke bilik. Wahh ni bila mahu siap kemas. Haish letih. Dia membuka semua cadar, selimut dan sarung bantal. Dia mencampakkan ke dalam bilik air. Nasib la dua orang tuanya tiada. Kalau tak habis la.
Hampir satu jam juga dia membersihkan semuanya. Satu badan juga sakit. Dia masuk ke dalam bilik dan mencampakkan diri di atas katil yang sudah dipasang cadar baru.
"Haaa tenangnya. Haha" dia menguling-guling dia atas katil. Nampaknya esok dia kena pergi kedai beli pewangi baru dengan sabun. Jam sudah masuk pukul 3 pagi. Tidur dulu la apa apa hal.
Esoknya seperti dijanjikan. Dia ke kedai beli sabun, pewangin dan beberapa barang dapur. Harini dia rasa mahu masak sesuatu yang sedap.
Setibanya di rumah, dia mula membasuh daging abangnya dengan limau sehingga bau hanyirnya hilang. Dihiris halus-halus dan diletakkan ditepi dahulu. Hmm daginnya warna dia lain. Tak macam daging lembu.
Di tumis bahan yang dibelinya tadi. Sebelum itu daging yang di hiris halus itu digoreng garing , kemudian dicampurkan dengan bahan yang ditumis itu tadi. Gaul-gaul-gaul siapla daging masak merah.
Azlin menyediakan hidangan yang lain iaitu masak lemak daging dan ayam goreng.
Pukul 1:30 ibu bapanya pulang. Sudah rutin harian dia menyediakan makanan untuk ibu dan ayahnya. Tapi hari ini menu special lain dari yang lain. Tak sabarnya.
Azlin menghidang di atas meja. Nasi yang sudah ditanak itu di salin ke dalam mangkuk. Air sirap limau ais juga dia hidangkan.
Dia melihat makanan yang berada di atas meja itu. Tiba-tiba tekaknya rasa loya. Geli. Entah kenapa dia terasa loya. Padahal daging yang sama dengan daging yang dia makan mentah itu.
Pintu rumah dibuka. Ibu dan ayahnya berjalan menuju ke bilik tetapi berhenti ketika melalui dapur.
"Aik rajin kau masak? Aku ingat kau tak nak keluar dah dari bilik" kata maknya. Mereka berdua menuju ke meja makan. Kebetulan mereka tidak makan lagi.
"Mana Aliff? " tanya ayah.
"Tak tahu. Eh! Abang ada balik ke semalam. Lin tak perasan"
"Macam mana kau nak perasan. Kau asyik duduk dalam bilik je. Banyak beli barang dapur?. " tanya ibunya.
"Barang dah banyak habis masa nak masak. Alang-alang nak keluar tu beli je la barang ni semua."
"Hmm k. Nah ambil duit ni. Ganjaran kau masak untuk kitaorang. Dah pergi la kau aku menyampah pula pandang kau lama-lama" maknya mencampakkan duit sejumlah RM200 ke lantai. Azlin hanya mengutipnya. Dia tahu jika ibunya sudah bagi ambil sahaja. Jika banyak tanya duit itu dia akan ambil kembali.
Azlin hanya beredar Sahaja tanpa bantahan. Agak pelik bila mak dan ayahnya bercakap dengan baik. Selalunya Asyik di marah sahaja. Mungkin sebab dia masak? Entah laa. Azlin menuju ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Dia tersenyum sinis.
" Hahahaha itu kali terakhir kau tengok anak kesayangan kau. Kikikiki" Azlin ketawa sambil menutup mulutnya. Terhinjut-hinjut bahu kera ketawa. Entah apa yang lucu baginya. Layankan saja la.
*
*
*
*
*
*
*Teruskan membaca!
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...